Zayn berjalan lemah. Ruang tamu menjadi pilihan. Saat punggung berlabuh atas sofa, terbit keluhan lega. Penat tak terungkap.
Tali leher dilonggar dari leher. Otot yang lenguh diurut perlahan. Nasib badan. Sendiri nak, sendiri tanggung.
"Pukul 12 malam baru jumpa jalan pulang anakanda," sapa Datin Emila.
Selendang tebal cantik selit di bahu. Gaya seperti memang sedang menunggu anak teruna pulang. Dia ambil tempat duduk di sebelah Zayn.
Zayn mencapai tangan yang membesarkan dengan penuh kasih sayang lalu dicium lembut.
"Biasalah mama. Kerja." Zayn rehat kepala di riba Datin Emila.
"Mama dah pesan tak perlu terima jawatan pensyarah tu. Awak tu sudah ada dua kerja tambah lagi satu pula. Jangan tamak Zayn Macallan."
Zayn ketawa halus. Bila nama penuh diseru si mama pasti ada sesuatu yang tak kena.
"Tiga bulan je Mama. Tak lama pun. Lagipun syarikat Zayn tak sepenuhnya beroperasi. Zayn isi masa lapang dengan tambah pahala. Kongsi ilmu."
Datin Emila menggeleng. Kalau dengan anak kedua tak usah cakap banyak, memang tak jalan. Pendirian utuh, teguh.
"Suka hati kamulah, Zayn. Mama nasihat bukan kamu dengar pun. Dah makan belum?"
Beginilah seorang ibu, dalam marah ada sayangnya. Dalam bebelan ada prihatinnya."Dah. Zayn dinner awal kat kafe area universiti tu," ujar Zayn bersama senyuman.
Tepat pilihan untuk berehat di situ sebelum sambung kerja di ofis papanya. Dia dapat jumpa cik Bunga dengan...
Tak sampai sesaat terus mati senyuman Zayn bila teringat wajah lelaki bersama cik bunga.
Lagi bertambah panas hati melihat wajah mendung gadis bunga si pemilik hati.Pap! Bahu kanan Zayn terima satu tamparan.
"Kamu dengar tak mama cakap apa?"
"Sorry sorry. Apa mama?"
Datin Emila menggeleng kepala. Dia syok bercakap panjang lebar boleh pula si anak termenung.
"Weekend nanti teman mama pergi kedai florist. Mama nak cari pokok bunga buat hias mini garden mama."
"Boleh mama. Anything for you, my heaven," seloroh Zayn.Terletus tawa Datin Emila. Ada aje mulut manis. Anak bertuah betul.
"Mama Zayn nak tanya sesuatu," pinta Zayn mendatangkan kerutan di dahi mamanya.
"Apa?" Datin Emila bermain rambut lembat Zayn.
"Kalau kita selalu ingat dekat orang tu. Apa maksud dia?"
Bibir Datin Emila melebar. Senyum penuh makna.
"Dah kalau ingat sampai tersengih sendiri tu maknanya kita suka dia. Anak terlajak teruna mama ni dah jumpa pujaan hati ke? Siapa gadis bertuah tu?"
Anak terlajak teruna. Kuat terletus tawa Zayn.
"Milik orang mama," Tawa Zayn diganti dengan rintihan. Bahu menerima kepit ketam daripada Datin Emila.
"Ah! Kenapa mama cubit Zayn?" Zayn bangun dari baringan. Bahu digosok. Sengatan paling berbisa takat ini.
"Kamu jangan bukan-bukan ye Zayn Macallan. Bini orang jangan disondol. Ramai lagi perempuan yang solo luar sana," balas Datin Emila berbau amaran.
"Mama ni cepat sangat mentafsir. Kalau tafsir betul tak apa. Ini salah."
"Habis tu?!"
Zayn mengeluh perlahan. Bukan mama kalau tak drama. Terpengaruh lagi dengan isu-isu di sosial media.
"Dia girlfriend orang bukan bini orang. Zayn pun waras lagi lah mama. Malu keturunan Macallan kalau jadi penyondol."
"Jangan keluar dari mulut saja tapi simpan jug dalam akal fikiran yang tuhan bagi tu. Jangan sesuka hati ambil kebahagiaan orang," balas Datin Emila.
"I keep it, Mama. Love is about choosing to keep it or to let it go, right?"
Datin merenung wajah penat Zayn. Soal hati. Sekali sudah patah sampai ke akhir ini hati anaknya masih tiada ruang untuk dimiliki. Mulut cakap tak peduli tapi hati hanya tuhan tahu.
"But when I love someone, I love harder and never let her go, Ma. Not even once," sambung Zayn lagi.
Bibir Datin Emila melebar nipis. "But if your name is not written in her heart, you have to let it go, son. You must, no matter what."
Raut wajah Zayn berubah mendung. Tak pernah rasa sesakit ini sedangkan dia tahu. Dia tak patut benarkan perasaan ini.
Datin Emila naik mengusap pipi Zayn. Naluri ibu kuat mengatakan fikiran anaknya bercelaru. Hati anaknya seakan diuji.
"Kita semua sudah dicipta berpasang-pasangan jadi jangan risau kalau dia bukan milik kita. Mungkin kehadiran dia hanya sekadar mengejar erti cinta tetapi bukan cinta yang hakiki," ujar Datin Emila lembut.
Zayn senyum paksa. Dalam kata-kata mamanya, ada benar.
Mungkin kehadiran dia juga hanya sekadar watak tambahan dalam kisah Alisha Humaira. Gadis yang digelarkan Cik Bunga.
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
RomanceZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023