Bab 3

247 18 0
                                    

"Abang, berapa lama lagi si Zaki tu nak duduk dengan kita? Maz tak selesalah ada lelaki lain duduk sebumbung ni." Maznah, isteri Malik mengadu kepada suaminya saat dia sedang melipat pakaian di ruang tamu ditemani suami dan anak lelakinya Adib yang sedang melukis sesuatu di atas kertas putih.

"Abang masih fikir lagi." Kata Malik mendatar, mata ralit memandang kaca televisyen yang menayangkan National Geographic.

"Alasan abang sama je dari dulu. Duk fikir fikir. Daripada 5 6 tahun lepas tahu tak." Berkerut dahi Maznah, seakan2 tidak berpuas hati.

"Kenapa ni sayang? Biarlah Zaki tu tinggal dengan kita. Dia kawan baik abang dari kecik lagi." Kata Malik.

"Ye Maz tahu si Zaki tu memang kawan sehidup semati abang. Tapi takkanlah sampai abang kahwin dapat anak pun nak berkepit lagi?"

"Dah lah tu sayang. Abang yang ikhlas nak jaga dia. Abang yang pelawa dia masuk ke dalam keluarga kita. Apa salahnya kan kita jaga orang kurang upaya? Mana tahu esok lusa dia pulak yang tolong kita ke." Pujuk Malik kepada isterinya. Maznah kelihatan berserabut. Dia mula bangun bersama pakaian yang ada di dalam bakul.

"Takdenye dia nak tolong kita pun nanti. Menyusahkan ade lah. Dahlah menumpang kat rumah ni. Makan minum pun orang tanggung." Rungut Maznah.

"Maz! Jangan cakap gitu boleh tak? Abang yang sara dia. Abang yang keluarkan duit untuk jaga dia. Ni keputusan abang sendiri nak jaga dia."

"Habistu Maz macam mana? Abang asyik habiskan duit untuk dia. Pastu bila Maz mintak duit abang nak berkira pulak."

"Astaghfirullah bila pulak ni sayang? Maz ni isteri abang. Mestilah abang akan berhabis duit lagi banyak berbanding abang berhabis duit untuk Zaki." Malik yang pada asalnya duduk mula berdiri mengadap isterinya. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Malik itu adalah benar. Sebagai seorang suami, dia memang telah menghabiskan banyak duit untuk keluarga.

Dia tidak pernah berkira dengan anak dan bininya. Begitu jugak dengan Zaki. Dia tidak pernah berfikir soal duit kalau nak menjaga Zaki. Tapi itulah, perempuan suka nak perbesarkan masalah yang suami tak buat pun.

"Maz tak selesa tahu tak. Maz nak duduk sebagai satu family dalam rumah ni. Tiba2 ada si Zaki tu. Maz tak suka!" Maznah menghentakkan kakinya sebelum dia masuk ke dalam bilik. Malik menggaru kepala lalu dia mengekori isterinya. Niat untuk memujuk.

Seketika kemudian, Zaki berjalan perlahan ke arah ruang tamu. Kedua belah tangannya menyentuh dinding rumah. Dia berjalan sehingga ke pintu rumah.

"Uncle! Uncle nak gi mana?" Adib berlari ke arah Zaki lalu tubuh itu dipeluknya erat. Tangan kanan Zaki serta merta mencari rambut Adib untuk digosok.

"Uncle nak keluar jap." Kata Zaki tersenyum.

"Nak ikut!" Kata Adib kegirangan.

"Tak boleh Adib. Adib kena siapkan dulu kerja sekolah." Kepala Zaki ditundukkan ke bawah sedikit, memandangkan dia tahu Adib adalah budak lelaki jadi sudah semestinya dia cuba menganggap bahawa dirinya sedang memandang Adib. Walhal dirinya pun tidak pernah tahu bagaimana rupa Adib yang selalu menggembirakan hatinya.

"Alaaa..." Adib memuncungkan mulutnya.

"Adib siapkan kerja sekolah dulu ye." Zaki menggosok manja kepala Adib.

"Hmm okaylah! Nanti Adib nak ikut uncle tau." Kata Adib.

"Bolehh..." Zaki tersengih.

Selepas dia mendengar hentakan kaki Adib menjauh darinya, kembali dengan kerjanya, Zaki menggapai-gapai tangannya mencari dinding dan pemegang tangga. Dia keluar rumah lalu menuruni tangga. Rumah Malik ini yang seakan2 seperti rumah kayu yang sangat mewah menyebabkan Zaki sukar untuk menuruni tangga kerana tangganya yang tinggi.

Tapak kakinya terasa sejuk menyentuh lantai tangga. Jari kakinya tidak henti menyentuh selipar miliknya yang sentiasa disusun rapi. Zaki berjalan perlahan sehingga dia keluar dari pagar rumah. Jalannya terhenti saat dia merasakan dia sudah berjalan jauh daripada rumah. Tangan kanannya yang sudah tidak mampu untuk berpaut mula dijatuhkan.

Zaki terduduk di pinggir jalan. Angin yang sejuk pada malam itu membuatkan dia memeluk lututnya. Bunyian enjin kereta dan moto yang lalu lalang di situ menemani kesunyian pada malam itu.

Zaki mula berfikir. Adakah dia adalah bebanan dalam hidup Malik? Dia tahu selama ini dia hanya menumpang dan dia tahu dia tak layak menjadi salah seorang keluarga Malik. Tapi layak ke dia dapat macam ni?

Malik seorang yang sangat baik, membenarkan orang seperti dirinya untuk tinggal bersama. Berpuluh kali juga dia berfikir apa perasaan isteri Malik nanti jika dia tinggal bersama. Betul apa yang dikatakan Maznah, dia hanyalah satu bebanan untuk Malik.

Berfikirannya bercelaru sehingga matanya mula berkaca. Cairan jernih menitis sehingga mengenai tapak tangannya. Marah? Takut? Benci? Tidak. Dia hanya sedih sahaja.

Malam yang hening mula mengganggu Zaki saat dia merasakan ada seseorang cuba menghampirinya. Haba yang pada asalnya dingin, menjadi suam.

"Siapa tu?" Tanya Zaki. Kehadiran itu makin dekat menghampirinya. Dia juga merasakan ada seseorang menyentuh lembut tangannya. Dia berfikir sejenak, dia pernah merasai sentuhan ini.

"Izzat ke?" Tekaan Zaki menjadi tepat saat jasad itu memberi reaksi dengan memegang pergelangan tangannya.

Izzat menarik lembut tangan Zaki sehingga dia berdiri. Zaki tahu bahawa Izzat ingin membawanya pulang. Tapi dia taknak pulang ke rumah Malik buat masa sekarang ini. Dia taknak jadi bebanan Malik lagi.

Di dalam pandangannya yang gelap, dia tahu Izzat sedang memandang ke arahnya, menunggu untuk dia bersuara. Berkerut dahinya berfikir apa yang patut dia lakukan dan apa yang patut dia jelaskan kepada Izzat sekarang.

"Izzat. Boleh ke abang tumpang tidur kat rumah Izzat malam ni?" Kata Zaki, lalu tangan Izzat disentuhnya. Dia tahu Izzat tidak mampu memberikan jawapan, tapi dengan sentuhan tangan Izzat, dia dapat tahu bahawa Izzat sendiri terkejut dan tidak menjangka Zaki akan berkata sedemikian.

Agak lama Izzat berfikir dan akhirnya Zaki dapat merasakan bahunya ditepuk berkali-kali menandakan Izzat sudi membantu Zaki kalini. Zaki tersenyum.

Izzat membawa Zaki pulang ke rumahnya buat sementara waktu dan berkemungkinan pada keesokan hari dia akan memujuk Zaki pulang ke tempat asalnya. Mungkin Zaki ada masalah pribadi di rumahnya buat masa sekarang ini, sebab itu Zaki enggan untuk pulang. Ujar hati Izzat.

Cinta OKUWhere stories live. Discover now