Bab 22 ♡

2.3K 74 2
                                    

"Answer me Aurelia Rose, who did this to you? Where is he?" Tanya Arden sambil mengetap giginya geram dengan kebisuan Aurelia.

"No one Arden, plus I'm okay." Jawab Aurelia setelah dirinya takut melihat renungan mata amber itu bertukar tajam.

Arden menghela nafasnya, cuba bersabar.

"Siapa yang buat you ni?" Tanya Isaac pula. Mata mereka berempat tertancap pada wajah Aurelia. Aurelia hanya menundukkan kepalanya.

"Let me see." Arah Arden.

"Tak payah Arden, saya cakap saya okay." Halang Aurelia. Dia sendiri keliru dengan perilaku lelaki ini. Saat ini dia merasakan Arden terlalu protective.

Arden yang hilang sabar terus menarik kerusi Aurelia rapat ke arahnya, dan lengan Aurelia ditarik.

"Apa awak ni!" Terkejut Aurelia dengan perbuatan Arden yang sangat laju itu. Dia cuba menarik lengannya tetapi pegangan Arden sangat kuat.

"Stay still Lia, I don't want you to get hurt again." Arah Arden tegas sambil tangannya menyelak lengan baju Aurelia sedikit.

Dia memejam mata menahan marah melihat luka seperti melecet itu.

"Izz?" Tanya Arden sepatah sambil merenung ke wajah si gadis.

Aurelia hanya mengangguk perlahan, kepalanya didongakkan lalu matanya bertemu mata amber itu.

"Please, saya okay. Jangan buat apa-apa dekat dia." Pinta Aurelia perlahan.

"Kenapa kau nak defend dia lagi? He literally cheated on you and now sakitkan you pula?" Tanya Hayden sambil kepalanya digelenggkan.

"Saya tak defend dia, cuma saya taknak besarkan hal sekecil ni. I can protect myself." Jawab Aurelia sambil matanya bersilih ganti memandang keempat-empat jejaka itu.

"Okay, but if he ever touches you again, I'll kill him. You understand me mia stellina?" Kata Arden sambil bibirnya tersenyum sinis.

Aurelia terdiam sekejap, dia agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Arden.

"Awak dah gila nak membunuh orang? Awak fikir awak gangster?" Tanya Aurelia dengan perasaan jengkel.

"Kalau saya kata ya?" Tanya Arden dengan serius.

"Erk? Awak gila? Takpayah nak menipu." Kata Aurelia sambil menjeling Arden.

"Ish mana makanan ni, aku dahla kebulur nak mampus, lepastu nak kena hadap dua ketul ni punya wayang pulak!" Bebel Isaac seorang diri.

Hans tergelak kecil. Betul apa yang Isaac katakan, sudahlah lapar, lepastu terpaksa tengok wayang dua ekor ni. Seorang acah kuat, seorang lagi terpaling protective.

"Apa kau cakap?" Tanya Arden, fokusnya kembali kepada sahabatnya.

"Eh mana ada cakap apa-apa. Kan Hayden? Aku takda cakap apa pun. Orang lain kot bro." Kelam-kabut Isaac mencari alasan.

"Asal aku dengar macam suara kau ja?" Tanya Arden lagi sambil mengjongketkan keningnya. Sengaja ingin bergurau.

"Ish kau berkhayal ni Arden, aku rasa kau dah lapar sangat kot itu yang khayal kan?" Kata Isaac lagi.

PAK!

"Ha itu khayal kau, kau ingat aku bengap?" Kata Arden setelah mengetuk kepala sahabatnya dengan menu di atas meja.

"Baik kau bunuh ja aku terus kalau asyik ketuk kepala ja." Kata Isaac sambil menggosok kepalanya.

Aurelia hanya ketawa melihat persahabatan mereka. Nampak sangat kasar tapi dia tahu, mereka sangatlah menyayangi antara satu sama lain.

"YEAYY MAKANAN DAH SAMPAI!" Jerit Isaac tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Kau ni japgi aku gam mulut baru tahu, kau ingat ni kedai bapak kau ka nak jerit macamtu?" Marah Hans.

"Alah orang excited tengok makanan ja pun. Dah ah kau." Kata Isaac dengan nada seperti merajuk.

"Tak payah nak merajuk sangat, kau tu jantan tau. Siku kang naya." Kata Hayden pula.

"Ish korang ni janganlah marah Isaac. Kesian dia." Kata Aurelia lembut.

Terus keempat-empat kepala menoleh ke arah Aurelia.

"Haaa ni yang I sayanggggg you lebih!" Kata Isaac dengan gembira.

"Nak mampus?" Tanya Arden.

"Hehe tak tak." Laju Isaac menjawab.

"Kejap lah tunggu Encik Zarif dulu. Nak habis solat dah tu." Kata Aurelia kepada keempat-empat jejaka itu.

"Yalah demi you I sanggup berlapar kejap." Kata Isaac.

Arden merenung Isaac tajam.

"So awak semua ni half Malaysian ka?" Tanya Aurelia. Dia perasan akan mata-mata yang memandang ke arah meja mereka, tepat lagi ke arah keempat-empat jejaka ini.

Mana taknya? Mereka tidak nampak seperti Malaysian langsung. Memang rupa mereka seperti orang barat tetapi sangat fasih berbahasa Melayu dan rilek melepak di mamak.

"No, kita orang lahir di Italy, dan membesar di sana juga. Kecuali Arden. Dia pernah menetap dekat Malaysia lebih kurang 4 tahun. Tapi tak silap dia kecil lagi masa tu." Terang Hayden.

"Oh kenapa awak pernah duduk sini?" Tanya Aurelia pada Arden.

"My dad buka syarikat dekat sini dulu. Tempat you kerja tu. Dia lah yang bangunkan sampai berjaya seperti sekarang." Terang Arden pula.

"Wow, so you orang kaya lah?" Tanya Aurelia sambil ketawa kecil.

"Ya kenapa? You suka kikis lelaki kaya ka?" Tanya Arden pula.

"Hahahahah apa kau ni Ar." Kata Hans sambil ketawa.

"Er saya ada duit saya sendiri untuk dikikis okay." Kata Aurelia sambil menjeling tajam lelaki itu.

"I'm just joking Lia." Kata Arden setelah melihat wajah yang masam mencuka itu.

"I'm back!!" Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu suara. Terus mereka menoleh.

Kelihatan Encik Zarif sedang berjalan ke arah mereka.

"Ish lambat betul! Aku lapar gila ni, rasa nak mati dah!" Bebel Isaac.

"Sekarang kau mati tak? Tak kan? So diam." Kata Encik Zarif.

Isaac menjeling sahabatnya lalu terus menyuapkan maggi goreng yang dipesannya.

Mereka yang lain juga turut menjamu selera.

"Saya lupa nak tanya tadi, stellina tu apa? Saya selalu dengar awak sebut." Tanya Aurelia kepada Arden.

"Google ada, cari sendiri. Takda masa aku nak bagi jawapan untuk kau." Jawab Arden mendatar, tangannya menyuap nasi kandar. Ya, walaupun dia asal barat, tetapi dia agak gemar memakan nasi kandar.

"Ish menyampah betul cakap dengan awak ni. Baik saya bercakap dengan Isaac. Kan Isaac?" Kata Aurelia sambil matanya memandang Isaac.

Isaac yang tengah mengunyah itu terdiam dengan soalan Aurelia. Kalau dia jawab ya, mati dia. Tengok sajalah renungan Arden saat ini. Rasa nak tembus jantung. Tetapi kalau dia kata tidak, kesian pula pada Aurelia. Jadinya, dia hanya tersengih.

"Ah sudahlah." Keluh Aurelia.

Tanpa sedar, bibir Arden membentukkan senyuman. Matanya tidak lepas memandang wajah yang polos itu.

'Nampak sahaja baik, tapi kuat melawan kata juga budak ni.' Kata Arden dalam hati.

"Ehem ehem!" Sengaja Hans berdehem untuk menyedarkan Arden. Terlalu ralit merenung anak dara orang.

Arden kembali tersedar setelah telinganya menangkap bunyi berdehem Hans. Keempat-empat sahabatnya hanya tersenyum nipis.

"Kau orang pahal? Nak mampus?" Tanya Arden, menyampah dengan mereka. Adalah tu nak kata.

"Awak kenapa tiba-tiba marah dorang?" Hairan Aurelia bertanya. Tak ada angin, tak ada ribut. Tetiba dimarahnya kawan-kawannya itu.

"Nothing Lia." Jawab Arden sepatah.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now