00 [PROLOG]

415 19 0
                                    

SEBUAH Lamborghini Aventador yang dipandu oleh Tengku Hariez laju bergerak diatas jalanraya yang sunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBUAH Lamborghini Aventador yang dipandu oleh Tengku Hariez laju bergerak diatas jalanraya yang sunyi.

Tiada satu pun kenderaan disitu melainkan Lamborghini Aventador milik Tengku Hariez.

"Awak tahu tak, kalau awak fikir dulu sebelum buat benda ni tak akan jadi!" bentak Aurel. Kelihatan wajah Tengku Hariez sudah bengang disebelah Aurel urat-urat didahinya pun timbul.

"Rel, can you stop talking about this? Kita boleh slowtalk tak perlu nak bising-bising!" bicara Tengku Hariez dengan lagak tenangnya tetapi cuba menahan amarah.

Kenderaan dipandu semakin laju membuatkan jantung Aurel berdegup kencang akibat kelajuan yang melebihi 90km/h.

"Riez slow lah!" marah Aurel. Namun Tengku Hariez hanya mengabaikan kata-kata Aurel.

Semakin laju kereta dipandu semakin gelap tempat yang dilalu. Akibat kenderaan terlalu laju Hariez tidak dapat mengawal dan...

BANG!

Lamborghini itu remuk teruk kerana terlanggar tiang elektrik di simpang empat. Disebabkan suasana terlalu gelap Hariez tidak dapat mengecam tiang elektrik itu.

Tambahan pula Hariez sedang menahan amarahnya itu membuatkan dirinya hilang kawalan. Dan ketika itu kedengaran seperti siren ambulan berbunyi. Maka dari itu gelaplah duniaku.

✧✧✧✧

"Doktor, tak ada cara lain ke boleh selamatkan anak saya? Sebulan lagi dia dah nak nikah doktor...tolonglah" rayu puan Nazrin. Puan Nazrin merupakan ibu kandung Aurel atau lebih dikenali sebagai Cik Azrin.

"Maafkan saya puan Nazrin, pihak hospital mengesahkan bahawa Aurel Naura mengalami amnesia akibat bentakkan kuat di kepalanya," terang seorang doktor yang seusia puan Nazrin itu.

"Amnesia?" riak wajah puan Nazrin menjadi agak terkejut dan radar sedih.

"Ye puan, amnesia adalah istilah umum yang menggambarkan kehilangan ingatan. Gejala termasuk kehilangan ingatan, kekeliruan dan ketidakupayaan untuk mengenali wajah atau tempat yang dikenali. Beberapa punca amnesia sementara termasuk gegaran otak, penyakit teruk dan demam tinggi, tekanan emosi, beberapa ubat dan terapi elektrokonvulsif," terang doktor itu.

Tanpa disedari air mata puan Nazrin mengalir. Pelbagai pertanyaan yang bermain di fikiran puan Nazrin. Adakah anaknya akan melupakan dirinya? Adakah Aurel akan melupakan Hariez? Adakah pernikahan itu akan dibatalkan? Apa yang akan terjadi kalau Hariez tahu Aurel mengalami amnesia?

Tak lama kemudian, seorang jururawat memberitahu puan Nazrin bahawa Hariez sudah sedar dari pengsannya.

Puan Nazrin bergegas menuju ke arah bilik menantunya. Pintu diketuk tiga kali lalu puan Nazrin memulas tombol pintu bilik menantu terunanya itu.

"Hariez..." puan Nazrin memanggil nama lelaki itu dengan lembut.

"Aurel...Aurel mana ibu?" air mata Hariez mengalir mengingat semula apa yang terjadi kepada bakal isterinya. Puan Nazrin hanya diam sambil menahan rasa sebak didada.

"Aurel ok je, riez ada sakit-sakit dekat badan lagi ke?" puan Nazrin sengaja mengubah topik. Hariez hanya menggelengkan kepala.

"Riez nak jumpa Aurel ibu..." lemah garau suaranya. Kata doktor keadaan Hariez masih belum pulih sepenuhnya.

"Hariez rehat dulu ya?" puan Nazrin seakan tidak mahu memberitahu kebenaran. Dia pasti Hariez akan kecewa mendengarnya.

"Please, ibu... I want see her"

Puan Nazrin mengeluh berat. Terasa berat hati ingin memberitahu hal sebenar tetapi apakan daya Hariez berhak tahu hal yang sebenarnya terjadi.

"Hariez, Aurel...dia mengalami amnesia," perlahan suara puan Nazrin sambil menahan sebak. Dia tahu Hariez tidak akan mempercayai apa yang disampaikan olehnya.

"Ibu tak main-main kan?" kelihatan sebenang air mata bergenang dimata Hariez. Perlahan-lahan puan Nazrin menggeleng dan akhirnya air mata itu mengalir dengan derasnya.

Pelbagai perasaan sedih yang menghantui diri seorang Tengku Hariez. Menyesal kerana dirinya lah punca Aurel menghidap amnesia.

 Menyesal kerana dirinya lah punca Aurel menghidap amnesia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now