Bab 14

35 8 0
                                    

      "Bosan nya!" Rungut jiwa nurani memikirkan apa yang aku patut buat hari ini. Kalau ikutkan hati, tidur adalah aktiviti yang menarik. Tapi aku tak rasa nak lelapkan mata, hormon sedang aktif tapi tidak tahu nak buat apa. Dean pula? Dia sudah mula kerja, aku malas mahu ganggu.

Haqq...sampai sekarang dia masih tidak menghubungi aku mahupun menghantar mesej. Mesej terakhir adalah daripada aku, aku menanyakan tentang ayah. Tapi dia masih belum membalas. Sangka baik mungkin dia terlalu sibuk. Tapi hati tak tenang memikirkan keadaan ayah yang masih di hospital.

Terasa rindu pula pada Haqq, dia juga yang selalu mesej aku kalau tidak awal pagi mungkin tengah malam. Eh apa aku fikir ni? Sejak bila pula aku rindu dia?

Tak apa lah mungkin aku tengah serabut, fikiran pun ikut sama macam tuan badan. Bagus lah kalau aku buat sesuatu supaya terisi sedikit masa senggang.

  
    Sedang sibuk memikirkan apa yang patut aku buat, tiba-tiba notifikasi Whatsapp naik di layar. Hati mula berubah sedikit teruja, mungkin dari Haqq? Terus tangan mencapai telefon dan ingin membuka.

"My Daddy"

Anggapan aku salah, ia mesej dari ayah. Namun aku tetap membuka isi Whatsapp itu, aku juga rindu teramat pada ayah.

"Assalamualaikum anak ayah"
"Sihat ke?"
"Ayah rindu"
"Ada hajat ayah mesej Hayfa, datang hospital kita bincang"

    Berdebar seketika jantung aku. Apa yang ayah nak bincangkan? Sampaikan perlu datang berdepan dengan ayah. Hati rasa tak sedap, namun aku balas juga mesej dari ayah.

"HAQQ"

Tak habis terkejut yang tadi, Haqq pula menghantar mesej. Sedikit teruja disebabkan dia lama menghilang entah kemana. Aku buka juga isi Whatsapp dari Haqq.

"How are you Hayfa?"
"Come to my hospital, saya dengan Tengku menunggu awak"

Ha sudah, kenapa dua-dua pun tunggu aku? Mustahak sangat ke perbincangan yang nak dibuat? Masalah kewangan dunia?

Mula rasa tak sedap badan, dua orang yang sangat aku kenali kini menunggu ketibaan aku. Firasat mengatakan apa yang nak dibincangkan nanti sangat penting dan bila memikirkannya, aku rasa takut. Takut dengan jawapan yang bakal di dengar. Hati perlu kental untuk menerima.

  
Tanpa melengahkan masa, aku terus memberitahu Dean akan hal ini. Aku tahu dia sedang sibuk bekerja, tapi sengaja mahu memberitahu dia supaya dia tak risau.

Aku bersiap untuk ke hospital, tak perlu berlawa kot sebab bukan nak pergi jumpa perdana menteri pun. Sekadar mengenakan lip tint sebagai penyeri wajah. Sesudah siap, aku tak lupa membawa semua barang yang penting.

"Terpaksa lah order Grab kalau macam ni" bisikku dalam hati.

Grab sudah pun dapat, lebih kurang dalam 10 minit lagi sampai. Aku pun menunggu di luar pagar rumah, tapi kepala tak lekang dari terus fikir apa yang bakal dibincangkan nanti.

"HAQQ"

Whatsapp dari Haqq masuk. Dia suruh aku cepat ke? Atau patut aku beritahu dia yang aku naik Grab?

"I'm on my way now. Will arrive around 7 minutes"

Alamak, dah dia pula yang nak ambil aku ke rumah. Tapi aku dah order Grab.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now