36 |

18 5 1
                                    

Wotaru mempelawa manusia itu untuk duduk di kerusi dapur yang mewah itu, serta meja panjang terletak ditengah-tengah kepungan kerusi mewah itu. Luas betul dapurnya, apalagi ruang tamu yang sepetutnya luas.

Mereka pun duduk dikerusi lima yang berbaris ditepi meja, hanya tertinggal satu bangku yang dibiarkan kosong. Manakala yohan duduk dikerusi ketua. Kei, amar dan iska duduk diarah yang bertentangan dengan zia.

Clap! Clap!

Beberapa pelayan masuk sambil menolak meja beroda yang terletak bermacam-macam jenis makanan enak, serta satu pelayan lelaki membawa kain putih untuk diberikan kepada mereka.

Makanan diletakkan diatas meja.

"Errr"

Zia berasa tidak senang dengan layanan sebegitu, agak canggung baginya. Suasana diruangan menjadi hening kerana sibuk menikmati hidangan.

"Kenapa tak makan?" Yohan menyoal, dia menyadari kalau zia daritadi asyik kunci mulut aje.

"Saya rasa segan pula memakan makanan yang sebegini mewah, tuan muda." Zia bertukar menjadi formal. Selama ini dia berasa sedikit kecewa kerana membiarkan yohan diperlakukan seperti budak kecil oleh abang-abangnya.

Yohan terbatuk. Rasa serba salah pun muncul dibatinnya.

"Ambillah tuala saya" wotaru memberi tuala kecil kepada yohan.

Yohan mengambil tuala itu..
"Asal formal sangat, kau boleh bercakap santai ajelah kat aku" ujar yohan.

Zia melepas keluh tanpa mendengar perkataannya.

Kei yang ada didepannya menatap zia. Melihat air muka zia bertukar semakin sedih, dia pun mengambil tindakan untuk memarahi yohan.

"Kau ni, asal tak bagitau dia awal-awal? Kan dia dah kecewa tu" zia terpegun mendengar kata-kata kei.

"Eh?! Tak kecewa pun lah!" Suara zia sedikit menggertak.

Esya mula mencelah percakapan mereka, " dia rasa bersalah tu sebab sebelum ni abang dia kan bezakan kau"

Zia bengang tidak tahu mahu terangkan apa yang ada didalam hatinya.

"Kau makanlah, tadi kata lapar" ujar irah menyuruh kawannya itu segera makan.

"Hmm"

"Holah, sedap tau! Rasa rangup dan pedas sikit" ana yang duduk disebelahnya mendorong satu mangkuk yang berisi daging. Dia sengaja pilih yang tidak seberapa pedas, sebab dia tahu kalau rakan sebayanya ini tidak boleh makan yang terlampau pedas.

Dengar saja perkataan rangup, zia langsung memandang makanan yang diberi. Berliur mulut melihat makanan yang seperti keropok itu.

Ana yang melihat itu terus mengambil semula makanan itu "taknak sudah"

"Haaaa.... Aku nak!" Air muka zia kembali seperti sediakala, matanya berbinar minta dikembalikan.

Mereka tertawa dengan tingkah zia. ana memberikan semula makanan itu..

Wajah zia seperti nampak berlian yang besar sahaja, padahal cuma satu mangkuk daging kering. Yohan yang melihat itu pun terus menyuruh pelayan lelaki yang berdiri disebelahnya untuk membuat daging, ikan kering. Tidak seberapa masin dan tidak seberapa pedas.

"Kei nak juga!"

.

.

.

.

.

Usai makan, mereka diiringi beberapa pelayan untuk menunjukkan kamar baru.

Missing Elementals | The Founding Power [Repair]Where stories live. Discover now