Disclaimer!
Assalamualaikum dan hai semua. Kita jumpa lagi. Cerita kali ini hanyalah berdasarkan imaginasi saya, yunakarim.
Yang suka berangan dan suka menulis.Cerita ini juga tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati.
Sekiranya anda semua menemui ada bahagian yang sama dari pelbagai segi, ia hanyalah kebetulan.
Mohon kepada anda semua untuk tidak mencentak, membukukan atau menjual dalam bentuk soft copy tanpa kebenaran saya sebagai penulis. Dilarang juga meniru karya saya.
Perhatian! Sekiranya anda suka dan rajin untuk promosi cerita ini, sangat-sangat dibenarkan. Dengan syarat tidak paparkan bahagian penting jalan cerita. Itu merugikan saya sebagai penulis. Kasihanilah saya😭. Terima kasih.
Kali ini dengan cerita yang agak misteri? Islamic romance? Entah, enjoy je la baca.
Dan minta jasa baik awak semua untuk vote dan komen okey. Terima kasih.
Yang mana sudi baca karya ini, percayalah... sy dah anggap awak semua pembakar semangat saya untuk mencapai impian menjadi penulis. Awak semua saksi untuk saya bangkit. Terima kasih. Nah mini love....
***************************************
Prolog
PANDANGANNYA DI LONTAR jauh ke tengah langit malam. Bintang-bintang bertaburan di merata, menyinari malam bertemankan bulan. Bahzi mengalih pandangan daripada langit ke arah sibuk nya kota bandar raya dekat depan mata. Cahaya lampu dari bangunan dan juga jalan membuatkan pemandangan dari atas bangunan ini terlihat seperti sebuah lukisan. Kedua tangan masih di dalam baju sejuk. Hoodie juga dibiarkan atas kepala, menutup rasa dingin malam yang mula menerpa bumi.
Kenapa dia di sini? Itu persoalan untuk diri sendiri sejak semalam. Ini ke apa yang orang cakap, masa tak pernah menunggu manusia. Dan dia dekat sini disebabkan telah mencabar sesuatu yang lebih besar? Sesuatu yang tak boleh diterjemahkan sebagai makhluk. Allah!
Bunyi siren ambulans dari bawah cukup buat dia tersedar, bahawa menjadi manusia itu. Hidup nya wajib bersyukur, nikmat sihat juga salah satu anugerah yang diberi. Tapi sebelum ini, nikmat kesihatan yang baik ini la disalah guna. Baru sekarang rasa nak tersedar! Atau pun sebenarnya dia sudah terlambat?
Bingung dengan apa yang telah jadi, atau sebenarnya diri sendiri yang cuba menafikan. Lagi memenangkan ego melangit dari tunduk ke kaki yang memijak tanah. Apa maksud semua ini cuma mimpi? Kalau bernasib baik, perjalanan mimpi yang indah. Kalau tidak baik, ngeri natijahnya!
***************************************
Bulan malam ini terlihat cerah. Ufaira betulkan letak selendang di atas kepala. Angin pun kuat sangat malam ini. Lihatlah pokok-pokok yang beralun seperti nak tercabut. Seolah-olah membawa sesuatu berita. Seakan terjadi peristiwa esok harinya. Ya Allah. Dada berombak kencang tiba-tiba, perasaan takut dan gelisah yang sudah lama tidak dia rasakan kini kembali. Petanda apakah ini?
Prang!!!
"Aaaaa!" Ufaira menjerit bila tingkap bilik tiba-tiba pecah.
Bukan kerana dibaling batu, itu dia sangat pasti.
Badannya dan kaki ke belakang, terkejut. Nafas tercunggap dan wajah bertukar pucat. Melihat kaca-kaca yang bertaburan atas lantai. Dengan bantuan sedikit cahaya bulan, ia menyinari masuk melalui tingkap yang terbuka. Dapat dia lihat di sebalik serpihan kaca itu bayang seseorang yang sedang berdiri, wajah yang tak jelas sebab ditutupi dengan hoodie atas kepala.
Ufaira tergamam dengan kedua tangan menutup mulut di tempatnya berdiri.
Siapa?
Yang nyata bukan manusia!
Ost untuk cerita kali ini menggunakan lagu dari +
Opick feat. Melly Goeslaw - Takdir dan Opick - Rapuh
Barulah boleh acah-acah drama kan.
IG author yunakarim ~ _onlyyk
TIKTOK author yunakarim ~ _onlyyk
Ramai vote dn komen, mungkin author baik hati update bab 1 😝
YOU ARE READING
( OG) HANYALAH DIRIMU (BAHZI ISA)
Mystery / ThrillerHanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira