Aireen dan Dean terserempak dengan Lydia ketika mereka ingin keluar dari bangunan Brilliant Empire.
"You guys nak pergi lunch together? I nak join boleh?" Lydia sengaja ingin menyibuk. Dia sakit hati melihat Aireen dan Dean yang berjalan sambil berpegangan tangan.
"Boleh. Apa salahnya," balas Dean laju. Aireen di sisi merenung Dean tajam. Dia ingat nak makan berdua dengan Dean saja hari ini. Minah penyondol ini pula sibuk nak ikut.
"Eh, tangan you kenapa?" Dean baru perasan dengan tangan Lydia yang berbalut. Genggamannya pada tangan Aireen terlerai. Kini tangannya sibuk menilik tangan Lydia yang cedera. Lydia tersenyum kemenangan.
"Semalam, tangan I kena tindih dengan tong drum. Berat gila tong drum tu." Lydia memerli Aireen.
"Macam mana boleh kena tindih dengan tong drum?" soal Dean pelik.
"Sejak bila kerja you angkat tong drum ni? Kelakar lah you ni. Lain kali jangan buat kerja berat macam tu. Nanti tak pasal-pasal you cacat. Nasib baik tak putus jari you tu. Kalau putus, kuranglah hantaran you nanti." Aireen sengaja menyampuk untuk menyakitkan hati Lydia.
"Dean, I rasa you lunch dengan Lydia aje la hari ni. I tak ada selera lah nak makan. Okey, bye. I pergi dulu." Aireen melangkah pergi dari situ. Dia rasa sangat sakit hati melihat Dean yang begitu prihatin terhadap Lydia.
"Aireen..." Dean tak sempat menahan langkah Aireen. Aireen pergi begitu sahaja tanpa dia sempat berkata apa.
"Elok lah si tong drum tu dah pergi. Sakit betul hati I." Lydia menggulingkan mata.
"Tong drum?"
"Kalau you nak tahu dia lah tong drum yang buat tangan I jadi macam ni. You tak baca ke mesej I semalam? Kan I dah beritahu you."
"Mesej?" Dean mengeluarkan iphone dari poket seluarnya. Dia memeriksa mesej yang Lydia hantar semalam.
Dia belum melihat mesej tersebut tapi mesej itu sudah dibuka dan dibaca seseorang. Pasti Aireen yang membaca mesej itu semalam. Jadi, ini bermakna Aireen sudah tahu lah bahawa dia curang?
.
Malam itu, Aireen pulang rumah agak lewat. Dean seperti cacing kepanasan menunggu Aireen. Mesejnya tak dibalas dan apabila dihubungi tak dijawab. Aireen belum pernah keluar tanpa pengetahuannya sebelum ini.
Tak berapa lama kemudian, dia mendengar suara gelak tawa Aireen di ruang tamu tingkat bawah. Dia turun ke bawah untuk mencari Aireen. Dia melihat Aireen bersama Zayyan yang baru pulang sedang duduk bersantai di sofa ruang tamu. Mereka bercerita sambil bergelak tawa.
"You memang tak guna kan! You lari tinggalkan I kat belakang." Aireen memukul perlahan lengan Zayyan.
"Dah you lari lambat sangat. Tapi yang lawaknya anjing tu pun lari perlahan bila tengok you lari. Nampak macam you berjoging dengan anjing tu." Tawa Zayyan pecah lagi.
Aireen turut ketawa. Dia cuba membayangkan semula situasi cemas yang berlaku tadi.Tak pasal-pasal mereka dikejar anjing sewaktu baru pulang dari mamak.
"Ini semua you punya pasal lah. Beria pesan pada I jangan takut. Kalau takut nanti anjing tu akan kejar. At last, you yang lari dulu. Sebab tu la anjing tu kejar," ucap Aireen lalu dia ketawa.
"Ehem." Dean berdeham.
Aireen dan Zayyan berhenti ketawa setelah perasan kehadiran Dean di situ.
"Pergi mana tadi?" soal Dean sambil melabuhkan duduk di sofa berhadapan dengan Zayyan dan Aireen.
"Kita orang pergi lepak mamak tadi. Aireen ni asyik lapar aje. Tak tahu lah dia ni. Ada bela saka agaknya." Zayyan mengusik Aireen lagi.
Aireen mengetap bibir sambil menjegilkan mata ke arah Zayyan. Zayyan tergelak kecil. Dean hanya memerhatikan mereka.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024