MEMBESAR tanpa seorang ibu, tanpa kasih sayang. Bukan keinginan dari seseorang. Namun, kehilangan Hazalea Maleena saat ini membuat hidup Haura Malikha hanya sebatang kara. Tiada tempat hendak dia berlindung dan berteduh. Saat ini air mata yang mengalir bukan kerana lemah tetapi kekuatannya untuk bangkit semula.
Kehadiran Suraya Zarina serta-meta merubah hidupnya. Segala hinaan dan cacian sekian bermain di bibir. Hidup penuh dengan derita dan sengsara. Mampukah Haura terus bertahan atau ia akan tewas oleh keadaan?
"Perempuan malang. Kalau aku boleh halau kau, sekarang juga aku halau!" - Suraya Zarina
"Kau lebih baik mati aje lah. Tak guna punya perempuan." - Suraya Zarina
Segala perkataan dilontarkan oleh Suraya Zarina, tidak diendahkan. Pada Haura saat ini hidupnya harus di teruskan, hidupnya juga harus ada kebangkitan. Sampai bila harus dia jadi orang bodoh, yang sentiasa mendengar semua maki-amun oleh ibu tirinya?
"Minggu depan rombongan meminang akan sampai. Just wait and see love." - Harraz Mikael
"Maafkan saya, saya terpaksa tolak pinangan awak. Saya tak layak diperisterikan oleh lelaki sebaik awak." - Haura Malikha
Pertemuan mereka telah membangkitkan perasaan yang begitu dalam, sehingga perasaan itu berubah menjadi sebuah cinta. Tetapi dapatkah Haura Malikha terus mempertahankan cintanya atau terpaksa dia relakan?
"Wait for me Haura. Masalah awak akan selesai." - Harraz Mikael
Sungguh dia tidak mampu memberi sebarang harapan untuk Harraz memilikinya. Namun semakin dia mencegah, semakin perasaan itu datang berkepul-kepul, seperti asap yang sukar dipadam.
"Sebaik sahaja saya bergelar suami kepada Haura Malikha, segala derita awak akan berakhir." - Harraz Mikael
"Saya tidak pernah takut derita saya akan berakhir, tetapi saya lagi takut derita saya semakin banyak bila bersama awak." - Haura Malikha
Kata-kata memerlukan kebuktian. Jika ini dikatakan takdir tuhan, ia redha.
"Kebahagiaan abang terletak pada Haura. Tidak memerlukan kebuktian, cukuplah hanya kita dan tuhan sahaja yang tahu." - Harraz Mikael

ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA TERAKHIR (OG)
Любовные романыnew version (2024) [ start - 11 November 2023 ] [ end - ]