~CHAPTER 33 || ZAYREEL~

2.7K 205 0
                                    

Sedang sibuk Zafreel membelek fail-fail kerjanya, kedengaran pintu pejabatnya dibuka. Tanpa dilihat siapakah gelaran itu, dia sudah tahu siapa. Aiden bengap la, siapa lagi kalau bukan dia.

"Yow what up bro." Sapanya namun tidak dihiraukan. Matanya masih membelek kertas-kertas kerja. Aiden mencebik bibirnya. Busy memanjang je kawan dia ni.

"Tak sangka eh kau, lagi seminggu je lagi nak jadi laki orang." Zafreel mengangkat wajahnya memandang insan di depannya. "Kau pun sama lah. Tahu-tahu dah jadi tunang orang."

Tergelak Aiden dibuatnya. "Hahaha, nak buat macam mana. Girlfriend aku asyik tanya bila nak masuk meminang, alang-alang tu aku bertunang je terus."

"Ni kau aku nak tanya. Kau tu lagi seminggu nak nikah, sempat lagi kau buat kerja office. Tak pergi beli barang hantaran ke?"

"Tak. Semua aku serah dekat family aku dengan family Adellea. Dia pun okay je. Dia pun boleh tahan busy jugak, cafe dia aku tengok makin ramai orang datang." Sejak Adellea kembali membuka kafenya, semakin ramai pelanggan yang datang. Sudah setaraf restoran makanan di kafe Adellea. Sebenarnya diorang datang bukan sebab nak makan je, nak tengok Adellea sekali, HAHAHA.

"Sebenarnya bukan orang datang nak makan je dekat kafe tunang kau tu, diorang datang nak tengok owner dia sekali. Siapa je tak nak tengok muka cantik tunang kau tu." Katanya berbaur gurauan. Pandangan tajam diberikan kepada Aiden.

"Kau mengidam nak makan terajang aku ke, Den?" Aiden menelan air liurnya kasar. Seram pulak tengok muka garang Zafreel.

"Lek lah, Zaf. Aku gurau je, tak kesian ke nanti aku jadi pengapit kau muka aku pecah. Ish tak patut, tak patut." Zafreel menjeling tajam kepada Aiden. Tunang aku kot, buat main eh kau.

 Tunang aku kot, buat main eh kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adellea merenggangkan ototnya. Pelanggan semakin ramai pula selepas dia kembali beroperasi. Dan dia terpaksalah turun ke dapur akibat tak cukup tangan. Selalu hanya Raina, Rina, Hakimi dan Amir sahaja memasak dibahagian dapur.

"Semua customer dah balik ke?" Soalnya kepada Khairy. Dia menoleh memandang Adellea. "Dah, cuma tinggal lagi satu group student tu je. Diorang cakap 15 minit lagi diorang balik, tengah siapkan assignment kut." Katanya acuh tak acuh. Tangannya kembali mengelap meja.

"Kemas lah kafe ni. Diorang keluar, kita tutup cafe terus. Lepas siap kemas korang boleh balik terus la, tak payah tunggu aku." Khairy hanya menganggukkan kepalanya. Apron yang berada dibadannya dibuka kemudian digantung di tempat asalnya.

Kakinya berjalan ke arah tangga untuk menunju ke pejabatnya. Tissu yang ada ditangannya diangkat ke dahinya mengelap peluh. Penatnya hari ni.

"Bos! Kitorang dah kunci pintu depan nanti bos keluar ikut pintu belakang tau! Kami balik dulu!" Jerit Aziem dari bawah. Adellea mengambil beg kerja dan jaketnya kemudian turun ke bawah. Dia berjalan ke arah suis lampu lalu ditutup dan cepat-cepat dia berjalan ke arah pintu belakang. Haish seram gelap-gelap ni.

Selesai sahaja mengunci pintu belakang, terus dia berlari ke arah kereta Mercedes benz nya. Risau, buatnya si Danish tu muncul macam dulu mampus dia.

Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya dia sampai ke villa neneknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya dia sampai ke villa neneknya. Ya, dia tinggal di sini sebaik sahaja nenek dan datuknya sampai Malaysia.

Pintu rumah diketuk sekali. Jam tangannya dipandang sekilas, sudah pukul 11.25 takkan omma dia dah tidur. Janganlah, tak pasal dia tidur luar malam ni.

Terbatal niatnya mahu mengetuk pintu itu semula apabila pintu itu sudah dibuka. "ha, tum bhee vaapas aa gae. vaapas aane mein itanee der kyon ho gaee?"(Ha, balik pun kau. kenapa lambat sangat balik ni?)

Adellea hanya menghiraukan sahaja soalan neneknya. Dia berjalan masuk kemudian ke arah sofa. Terus dia menghempaskan tubuhnya diatas sofa. "Macam biasalah omma, kerja. Orang ramai datang harini, pekerja tak cukup tangan. Jadi Zayra la kena turun masuk dapur." Katanya sambil memejamkan mata. Sungguh dia penat sekarang ni.

"Itulah aku dah cakap, tak payah kerja. Aku banyak harta, guna jelah. Harta aku tu kalau tujuh keturunan guna pun tak habislah." Bebel Ameena kepada cucunya. Adellea mengambil bantal kemudian menutup telinganya. Malas nak dengar omma dia bebel. Bagi jelah dekat orang lain harta dia tu, banyak lagi sepupunya yang lain.

"Zayra bukan macam orang lain. Kalau Zayra nak benda tu, Zayra akan usaha. Bukan ambil orang punya." Balasnya serak.

"Ikut suka hati kau lah, Zayra. Aku nak bagi kau tak nak. Ni aku nak pesan, jangan kerja lebih masa sangat. Ingat kau tu lagi seminggu nak nikah, jaga makan tidur apa semua." Adellea hanya menganggukkan kepalanya kemudian dia bangun dari sofa. Pipi neneknya dicium sekilas sebelum dia berlalu ke arah tangga.

Pintu biliknya dibuka. Dia mencabut pin tudung yang digunakan kemudian membuka tudung bawalnya. Dia berjalan ke arah katil yang bersaiz king itu kemudian menghempaskan tubuhnya diatas katil. Mata dipejam, kucingnya yang tidur diatas katilnya dibiarkan sahaja. Malas nak halau dia.

 Malas nak halau dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

Chapter ni hambar la saya rasa.

20 votes = update

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now