35 ♡Luahan Adyan♡

47 3 0
                                        

"Korang dua ni dah kenapa? Berpeluh teruk sungguh ni" tanya Harith pelik

"Takut la bodoh , kitorang tak boleh rileks selagi tak selesai" balas Aryan

"Haishh tabah jela , kitorang pun tak boleh bantu. Yang nak kahwin tu korang" celah Hayyan

"Yup , terus berdoa supaya semua dipermudahkan. Jangan tersilap sudah , kang malu je dapat terutamanya Ryan. Jangan bagi malu keturunan kau , tak pasal-pasal Dyan terjebak sekali nanti" celah Isqandar tetapi dibalas jelingan daripada kedua-dua pengantin , bakal suami orang tak lama lagi. Hayyan dan Harith disebelah menyokong apa yang dikatakan Isqandar dengan mentertawakan mereka

Entah niat nak memujuk ke nak perli pun tak tahu la si Isqandar ni. Perangai dua kali lima je dengan Adyan bila dah mula random. Adyan yang juga turut menunggu hanya memilih untuk setia menjadi pemerhati kelima-lima budak tak cukup akal dihadapannya itu. Malas ambil port

"Dyan..takut" ngacu Eariq

"Haishh diorang ni , nak juga petik nama aku , tak boleh nak bagi aku hidup aman kejap" monolog Adyan sendirian lalu segera memandang ke arah kedua-dua pengantin.

Kalut nak kahwin tapi takut , kuban-kuban je

"So kau nak aku buat apa?"

"Hmmm , Dyan ni sama je dengan lagi tiga beruk tu" balas Aryan

"EHHH baik sikit mulut kau tu , aku cium kang!" kata Harith

"Rith"

"Ok-ok sorry Dyan"

"Ok la sekarang aku nak tanya korang la sebelum akad nikah kejap lagi. Korang ni betul-betul nak kahwin dengan pasangan korang ataupun tak?"

"Mestilah nak , korang nak halalkan diorang" balas Aryan

"Tapi takut sikit nak akad kejap lagi" tambah Eariq lirih

"Takut , gementar sebelum akad nikah tu benda biasa bagi semua lelaki. Kita takut masa akad tu tak berjalan lancar , takut gagap tapi benda tu biasa je , ramai dekat luar sana yang gagap sampai kena ulang akad banyak kali dan diorang masih berusaha. Tak semua pengantin lelaki hanya dengan sekali akad terus sah"

"Jadi apa yang penting sekarang korang just tenangkan diri , jangan terlalu stress berfikir. Pasangan korang tu tak lari mana pun dan yang patut korang ingat wali nikah yang akan korang berakad kejap lagipun ialah Wali mujbir iaitu bapa kepada pasangan korang juga. Dah kenal , dah pernah bergurau senda kan...jadi aku jamin diorang takkan telan korang" pujuk Adyan sambil sedikit mengusik.

"DYANN!!"

"Bongok Dyan , kau diam macam taknak ambil port usik diorang tadi tapi hakikatnya kau mengusik juga dalam kau pujuk tu" kata Isqandar perlahan dengan memeluk bahu Adyan. Dah macam kembar tapi tak seiras , tak seibu dan tak sebapa dah Adyan dengan Isqandar ni

"HAHAHAHA so sekarang dah ok sikit?"

"Dah!" balas Eariq dan Aryan serentak

"Viel Glück euch beiden and 加油 (Jiā yóu) " ucap Adyan dan Isqandar serentak

Hanya Adyan dan Isqandar sahaja yang paling fasih dan faham pelbagai bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hayyan juga fasih tetapi tidak sebanyak Adyan dan Isqandar. Bahasa yang mereka berdua fasih ialah Bahasa German , Bahasa Cina , Bahasa Rusia dan Bahasa Australia manakala Hayyan pula fasih dalam Bahasa German dan Bahasa Itali. Bak kata ahli Diaz Vercetti yang lain , mereka bertiga ialah Trio multilanguage brain.

"Hwaiting! Goodluck!" tambah Hayyan dan Harith lalu mereka berenam ketawa bersama

******

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang