Bab 20

41 1 0
                                    

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡


DALAM tempoh yang panjang ini, tidak pernah sekali Dhafir jejak kaki ke rumah agam Dato' Jahran dan Datin Kartini. Kecewa? Marah? Sudah tentu. Orang gila tepi jalan pun tahulah riak wajahnya sekarang ini. Sejak hampir dua tahun ini, ini kali pertama dia jejakkan kaki ke sini.

Tapi hari ini dia buat keputusan untuk menziarahi kedua orang tua itu. Loceng utama rumah ditekan sekali lagi. Dhafir memeluk tubuh seraya mengoyangkan kaki. Menanti bila pintu ini akan terbuka.

Tidak sampai beberapa saat, pintu besar itu dibuka dari dalam. Dhafir angkat wajah sedikit melihat empunya badan yang membuka. Senyuman kelat dilempar.

"Ran..." Datin Kartini menyeru. Terkejut dengan kehadiran anak muda itu.

"Ibu."

"Erm masuklah, Ran." Jemput Datin Kartini seraya membalas huluran salam Dhafir.

Setelah mereka masuk ke dalam rumah, Dhafir memandang sekeliling. Menganalisis seluruh tingkat dan penjuru rumah. Kut-kut Jibrael dan Hara ada tapi hampa, kelibat malah bauan Hara pun tiada di sini.

Betullah mereka benar-benar lari dari hidupnya.

Datin Kartini berhenti kemudian memusingkan tubuh. Menghadap Dhafir yang sedang melihat sekeliling rumah. Dia tahu apa di dalam fikiran lelaki itu. Kepala cuma mengeleng dan bibir mengulum senyum.

"Abi tak ada. Abi pergi Rumah Endah. Petang nanti baru balik," kata Datin Kartini lembut.

Dhafir hanya angguk faham.

"Ada apa Ran datang rumah ni? Rindu Jibrael, ya?"

Kaku terus seluruh tubuh Dhafir. Mata perlahan-lahan merundum ke Datin Kartini. Senyuman tipis terukir di bibir merah itu. Kepala diangguk kecil.

"Itulah. Ibu pun rindukan dia. Manalah dia pergi sekarang, ibu pun tak tahu. Harap dia baik-baik saja." Tiada niat Datin Kartini mahu mengeluh tapi mencari pengetahuan si anak seorang itu memang payah.

"Ran duduklah dulu. Makan kat sini, ya?"

"Eh tak apa. Ran sekejap je ni. Datang cuma rindu suasana rumah ni. Yalah, hampir dua tahun Ran tak datang melawat." Tolak Dhafir lembut.

"Tak apalah! Ibu pun dah lama tak terima tetamu. Ran makan sini ya, sayang? Ibu pergi hidangkan sekejap." Laju sosok Datin Kartini berlalu ke ruangan makan.

Dhafir masih berdiri tegak. Akhirnya dia lepaskan keluhan panjang. Memang niatnya mahu melihat keadaan rumah ini dan mahu membalas perbuatan wanita tua itu dengan sarkastik tapi dia pula dilayan begini. Tidak marahkah orang tua itu padanya disebabkan amukan dan makiannya dulu?

Kaki panjangnya melangkah menuju ke rak jati dan beberapa rak kaca berhampiran di situ. Berlari-lari matanya melihat gambar Jibrael dan ada juga beberapa keping gambar Hara dan dirinya. Satu bingkai gambar menarik perhatian Dhafir. Kelihatan dua kanak-kanak dan dua orang remaja sedang tersenyum riang kerana sambutan hari jadi lelaki di sebelahnya semasa remaja.

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now