RAMBUT panjang hampir cecah bahu itu dibiarkan tidak berikat. Jangan kata rambut, wajah sendiri pun tak dijaga. Penuh jambang dan juga misai yang melekat. Tidak seperti dulu, dia seorang yang bab kekemasan diri memang nombor 1, sekarang disebabkan dia serabut dengan masalah yang lebih rumit. Semua jadi serba tak kena! Dia tunduk dalam duduk nya melihat kaki sendiri. Dulu, selipar yang dipakai nya itu tersarung kasut berjenama. Seluar baju juga tak nak kalah punya nama. Tapi sekarang...
Tiba-tiba ada bayang manusia yang menghampiri di hadapan nya.
Bila kepala diangkat dari tunduk, dia melihat seorang wanita yang khusyuk dengan buku dan pen di tangan. Dari gaya pemakaian dan tote bag yang tersangkut di bahu, kelihatan seperti seorang pelajar. Tak hairan la, sebab mereka sekarang tengah duduk di station bas di hadapan universiti.
Tengah ralit menulis, tiba-tiba terasa seperti diperhatikan. Ufaira menjeling dengan hujung mata. Sah! Seseorang di belakang nya duduk begitu hampir. Dengan perlahan dia mengesot ke sebelah kiri sedikit. Mengelak dari didekati. Tengah hari rambang macam ini, ada yang nak buat kerja. Dua je maksud dalam kepala. Satu, lelaki di belakang nya tadi nak kerja jual minyak. Minyak gatal modal nak mengorat. Kedua, mungkin kerja penyeluk saku. Diam-diam buat kerja toreh beg atau apa-apa yang boleh dijadikan penyebab sesuatu kejadian. Terus tote bag dekat bahu ditarik ke riba, pegang erat. Ufaira tahu, dia tak ada duit. Tapi telefon dan ic itu yang penting.
Melihat reaksi wanita tadi, Bahzi boleh agak apa yang dalam fikiran wanita itu. Terus dia bangun dan berdiri di belakang wanita tadi. Tak kisah dengan reaksi wanita itu, sekarang dia cuma rasa terkejut.
Atau ada maksud yang ketiga. Orang gila! Ufaira toleh ke sisi. "Boleh berdiri jauh sikit tak?"
Tersentak dengan teguran wanita itu. Membuatkan mata Bahzi bersinar, macam ada cahaya yang muncul tiba-tiba. Tanpa sedar bibir nya ukir senyum segaris sambil dia berganjak setapak ke belakang.
"Kau cakap dengan aku?"
Ufaira mencebik. Orang gila sekarang advance, boleh diajak berbual. "Tak kan la aku bercakap dengan tiang pula."
Bahzi berjalan ke depan dan berdiri di hadapan wanita misteri itu. Badanya membongkok sedikit, melihat wajah wanita yang memakai tudung biru laut. Tiba-tiba rasa tenang, setenang air laut. Tangan nya naik nak memegang pipi wanita itu.
Perlahan badan dibawa ke belakang. Terkebil-kebil mata Ufaira terkejut. Orang gila dekat depan ini bukan setakat pandai nak berbual, pandai nak melakukan sesuatu dengan perbuatan juga. "Pergi, sebelum aku jerit!" Tapi orang gila tetap orang gila. Mana dia faham bahasa kan. Diri sendiri yang sepatutnya mengelak. Baru je dia nak bangun tiba-tiba orang gila itu duduk mencangkung di hadapan nya. Dengan kedua tangan memegang kerusi batu yang dia duduk, mengunci pergerakan.
"Kau nampak aku?" Bahzi masih bertanya soalan.
Terkedu seketika.
Otak cuba berfungsi memahami maksud apa yang terjadi. Okey, sekarang memang rasa nak menjerit betul. Teringat mimpi cermin pecah dan muncul bayang seseorang, malam tadi yang mengganggu lena. Takut! Apatah lagi bila reaksinya menarik perhatian dua pelajar lain yang semakin hampir.
YOU ARE READING
( OG) HANYALAH DIRIMU (BAHZI ISA)
Mystery / ThrillerHanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira