13.Pupus

55 8 0
                                    

Bas berwarna hijau meluncur laju meninggalkan pondok bas usang di bira kampung. Gadis itu meniti jalan turap menuju ke rumahnya dengan langkah sederhana. Sesekali matanya hinggap pada kenderaan yang lalu lalang. Sedang dia asyik menghayati suasana, matanya menangkap dua sosok kecil yang sedang duduk di tepi pagar. Satu senyuman terukir di bibirnya.

"Usamah! Wadea!" tegur gadis itu. Kedua dua kanak kanak itu mengangkat wajah hampir serentak.

"Kakyah!" sahut mereka penuh girang.

Usamah dan adiknya Wadea merupakan jiran Zinnirah, rumah mereka terletak bersebelahan dengan warung cik Zai. Selalu juga gadis itu meluangkan masa bersama mereka jika ada kelapangan. Tapi sejak kematian ibu mereka dua bulan lepas, dia semakin jarang melihat bayang dua beradik itu.

"Usam dengan adik gi mana? Lama akak tak nampak," soalnya pada budak lelaki berumur 9 tahun itu.

"Atuk tak-" Usamah pantas menekup mulut adiknya, kanak kanak itu tersenyum janggal.

"Ada jee..akak tu yang lama tak nampak," balas Usamah bersahaja. Zinnirah tergelak kecil, betul jugak kata budak tu.

Namun senyuman gadis itu mati, dia ternampak lebam pada kedua lengan kanak kanak itu. Tangannya pantas meraih lengan Usamah dari celah pagar.

"Kenapa ni?" Soal Zinnirah penuh perhatian. Kelihatan seperti lebam dirotan. Usamah segera menarik lengannya.

"Hee, takda apa kak. Usam jatuh," Kanak kanak itu sedaya upaya menyembunyikan lebam dengan lengan baju. Zinnirah mengecilkan matanya.

"Usamm..tak baik tipu,"

Kanak kanak itu kelihatan tidak keruan. Ada sesuatu yang berlaku padanya namun dia tidak mahu berkongsi.

"Siapa tu!" Sergah seseorang dari dalam rumah.

Zinnirah menjenguk kepalanya dari celah tubuh Wadea, kelihatan datuk kepada kanak kanak itu tergesa gesa menyarung selipar menghampiri mereka.

"Ooo, Tok Awang. Terkejut saya..takda apa, saja borak borak dengan budak budak ni. Lama tak jumpa," balas Zinnirah mesra masih melutut di luar pagar.

Dia kenal benar dengan Tok Awang, ayah kepada arwah ibu Usamah dan Wadea. Lelaki lewat 60an itu juga tinggal tidak jauh dari sini, di pekan sebelah. Rajin juga dia singgah sarapan di warung ibunya.

"Pergi balik!" Bentak lelaki tua itu tiba tiba. Wadea yang ketakutan segera berlindung di belakang abangnya.

Zinnirah memandang pelik. Apahal orang tua ni? Datang bulan ke?

"Laa, rilekslah Tok Awang. Macam tak biasa pulak. Kan saya memang selalu singgah tengok budak budak ni," balas gadis itu masih bernada mesra. Tok Awang mula mencekak pinggang.

"Hei, aku kata pergi balik! PERGI BALIK!" Teriak lelaki itu. Zinnirah yang tergamam segera berdiri menghadap Tok Awang.

"Yelah! Nak balik la ni! Brrr.." dengus Zinnirah, kaki sengaja dihentak kuat menterjemahkan kemarahannya. Ingat dia sorang je boleh marah?

Gadis itu berlalu meninggalkan kawasan rumah Usamah dengan hati yang panas. Orang cakap elok elok, nak marah pulak. Sebijik perangai ustaz Wan Hadi. Sedara mara dia agaknya.

Sekilas dia menoleh kembali ke arah rumah dua tingkat berwarna ungu lembut itu, kelihatan Usamah dan Wadea berlari lari masuk ke rumah sambil menangis sementara datuk mereka masih tercegat di pagar.

Apa yang jadi dalam rumah tu?

*********

Kebisingan di dewan prep boleh didengari sehingga ke belakang asrama, meskipun begitu ia tidak sedikitpun  menggangu Mazni. Dia masih kekal tenang menelaah di meja bulat yang terletak di belakang asrama itu. Tempat lepak kegemaran Zinnirah. Lain rasanya bila gadis itu tiada. Para pelajar sudah mula menunjukkan taring terutamanya pelajar form 5, tiada lagi rasa hormat mereka padanya selaku kapten aspuri.

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now