BAB 53

10K 501 43
                                    

Kedengaran bunyi kanak-kanak menangis sayup di telinga Laila. Makin lama makin kuat. Membuatkan Laila paksa matanya untuk buka. Dengan rasa pening yang masih bersisa, Laila mencari punca suara itu. Kelihatan seorang budak yang sedang terbaring selang satu katil darinya.

Laila cuba menyentuh kepalanya yang berdenyut, tapi rasa sakit pada belakang tapak tangannya membuatkan pergerakannya terhenti. Ada salur jarum yang disambungkan dengan IV drip. Sakit.

Dengan rasa mamai, Laila memandang sekeliling. Tempat itu terlalu asing buat dirinya tapi tak bermakna dia tidak tahu tempat itu. Tapi kenapa dia berada di situ? Macam mana dia boleh berasa di situ?

"Cik tahu cik ada di mana sekarang?" tanya nurse muda tersebut sambil membelek beg IV yang tergantung di IV drip stand.

Laila memandang nurse tu lama sebelum dia membuka mulut. "Hospital?"

"Boleh saya dapatkan nombor telefon ibu bapa cik?"

Laila terdiam seketika. "Maaf, saya tak ingat," ujar Laila jujur.

"Kami perlukan nombor telefon waris. Ada ingat nombor kawan atau sesiapa yang boleh inform pada keluarga yang cik masuk hospital?"

Laila terdiam lagi sekali. Sungguh dia tidak ingat. Mana dia pernah hafal nombor telefon sesiapa. Nombor telefon sendiri, dia ingatlah. "Kalau nombor telefon saya sendiri, boleh tak? Mana tau nanti ada yang akan angkat?"

"Boleh. Berapa nombor telefon cik?" Nurse itu mula mencatit nombor yang disebut oleh Laila lalu berlalu untuk membuat panggilan.

Keadaan di kaunter nurse kelihatan mereka berbisik sesama sendiri bila panggilan yang dibuat tidak berjawab. Ada ura-ura untuk menghubungi pegawai polis kerana mereka sangkakan Laila adalah remaja yang sedang lari dari rumah. Tambahan pula dengan keadaan Laila yang mengandung dan sehelai sepinggang, menguatkan lagi andaian mereka.

******************************

Tuan Mizan di rumah semakin tidak tentu arah. Nombor Hajar juga dia sudah hubungi tapi Laila tidak ada di rumah Hajar. Panik. Sekali dengan Hajar panik bila tiba-tiba saja Tuan Mizan mencari Laila di rumahnya.

Tak puas hati dengan kehilangan Laila, Tuan Mizan menyelongkar handbag Laila, cuba mencari sesuatu yang boleh dijadikan klu di mana Laila. Nothing.

Emosi semakin menguasai diri membuatkan otaknya gagal untuk berfikir dengan baik. Habis semua barang-barang Laila dilemparkan ke atas katil. Serabut, Tuan Mizan menghenyakkan punggungnya di birai katil. Rambutnya diraup kasar.

Pelik, tidak pernah Laila menghilang begini. Ke mana isterinya itu pergi? Bukankah Laila tidak sihat? Dia sangat risaukan kesihatan Laila.

Tuan Mizan tersentak bila punggungnya terasa getaran halus. Kalut tangannya meraba permukaan katil mencari punca getaran tersebut sehinggalah tangannya menyentuh handphone Laila. Ada panggilan masuk. Teragak-agak tangannya ingin menjawab panggilan tersebut.

"Selamat tengahari, boleh saya bercakap dengan waris Cik Laila?" Kedengaran suara perempuan di sebalik sana.

"Ya, ya saya." Tuan Mizan berdiri tegak bila nama Laila disebut

"Boleh saya tahu saya sedang bercakap dengan siapa?"

"Saya suami dia."

"Saya membuat panggilan dari Hospital Sultanah Fatimah. Cik Laila sekarang berada di bahagian kecemasan. Harap encik boleh datang sini untuk bawa kad pengenalan Cik Laila untuk urusan pendaftaran."

"Kenapa isteri saya di hospital? Dia kenapa?" Suara Tuan Mizan sedikit meninggi. Jantungnya seperti direntap.

"Dia pitam. Nanti detail doktor akan terangkan kepada encik. Harap encik boleh datang secepat yang mungkin."

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now