"Wey jom selfie" ucap Afnan kepada Azri sambil mengeluarkan Iphone 12 miliknya ."Kau ni macam perempuan la sikit-sikit selfie" keluh Azri
"Alaa bukan selalu kau ni , sporting la sikit" lalu memandang muka Azri yang menjeling ke arah Afnan "Fine" ucap Azri nasib kau la dapat kawan yang suka update semua benda dekat media sosial
Azri sangat pasrah lalu membuat gaya agak macho ketika mengambil gambar bersama Afnan .
"Wey ada awek lawa dho belakang kita" bisik Azri kepada Afnan .
"Eh ingat sikit dekat tunang kau tu kan nanti tak pasal-pasal dia merajuk ha pujuk la kau sampai esok" ucap Afnan .Tiba sahaja di rak yang mengandungi isi buku-buku novel yang ingin dibeli oleh Afnan , lalu Afnan mula membeli 5 buah buku novel yang dia inginkan tiba-tiba tangan nya ditarik oleh Azri
"Eh kau ni asal , kau ingat ni acara tarik tali ke ? main tarik-tarik pulak dahla jom la cari makan aku lapar laa" rengek Afnan sambil menggosok perutnya lalu jari telunjuk Azri menunjukkan perempuan yang sedang duduk , dari jauh Afnan nampak gadis yang berpakaian abaya hitam dan tudung shawl sama seperti warna bajunya . Ya itulahn Alisha Dania dialah author kegemaran Afnan ! .
"Wey kau tengok la tu perempuan tu kan yang ada dekat belakang kita tadi ! Dia penulis novel la wehh" ucap Azri
"Amboii melebih kau eh , dah tunang tu buat la cara orang dah tunang ini tidak asyik usya awek cun je" kata Afnan
"Wey pergi la mintak tanda tangan dia , awek lawa kot rugi woo ! melepas la kau" kata Azri
"Ish taknak la aku , malu la wey lagipun dia mesti ingat aku belikan novel ni untuk adik aku padahal aku sendiri yang nak baca" ucap Afnan
"Alaa , pergi je la lagipun tu novel yang kau minat kan? apa salahnya nanti mana tau ada rezeki kau dengan aku majlis kita hari sama ceyyy !! " ucap Azri sambil mengukir senyuman kepada Afnan .
"Yela , aku pergi kau tunggu sini jangan pergi mana-mana ! "
"Jangan lupa ambil gambar sekali tauu" gelak Azri sambil memandang muka Afnan yang tersipu.
Kaki mula melangkah pergi ke rak buku sambil membaca komen live Instagram nya.. "aina.natasya_: bang jumpa dengan akak Alisha Dania tak ? kalau abang jumpa dia jangan lupa cakap yang saya kirim salam dekat dia saya pun peminat dia jugak bukan abang sorang je yang minat dia ! "
seketika itu Afnan ketawa kecil apabila dia membaca komen tersebut lalu Afnan terus beratur dan memusingkan camera iPhone nya ke hadapan .
"Ohh awak nak tengok akak Alisha Dania eh ? ni dia duduk dekat situ je , eh bayar la ingat free ke nak suruh saya kirim salam dekat akak Alisha awak tu ! takde lah saya gurau je setakat kirim salam tu nanti saya cakap eh ! " ucap Afnan tiba giliran Afnan untuk mendapatkan tanda tangan Alisha Dania tetapi tiba-tiba..
YOU ARE READING
HER HUSBAND -AFNAN DANIEL- {HIATUS}
Roman d'amourkarya pertama by @Nnyleaa_ Afnan Daniel X Alisha Dania Aku jumpa dia dengan cara yang tak sengaja eh tersayang dekat author kesayangan pulak! Afnan seorang ulat buku terutama nya dia amat meminati novel , manakala Alisha pulak sudah bertunang denga...