HHAD 5

52 4 0
                                    

Tiba sahaja di rumah maknya dia langsung mencapai tangan ibunya lalu bersalam dan dia memeluk ibunya dengan erat sekali rindu dah lama tak balik kampung halamannya . Maklumlah dia ni anak bongsu daripada 2 orang adik beradik kakak sulungnya sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata , kakaknya yang ke 2 pula bekerja di Syarikat

"Kenapa kamu balik tak cakap dulu bertuah punya budak !" ucap Puan Nazirah dia sudah lama rindukan anaknya yang sudah lama tidak pulang ke kampung halamannya . Bila telefon asyik cakap busy dan macam-macam lagi lah alasan si Afnan ni ! 

"Hehe.. saje je nak buat surprise ayah mana bu ?" tanya Afnan dia ingin berjumpa dengan ayahnya sudah lama dia tidak berbual dengan ayah maklumlah busy dekat Kuala Lumpur tu .

"Ayah ada dekat nenek pergi melawat nenek katanya , ni dah makan belum?" tanya Puan Nazirah dia risau takut anaknya pengsan tiba-tiba tak pasal-pasal kena pergi hospital dahla lama tak balik kampung !

"Ohh kenapa ibu tak ikut sekali ? Adik dah makan tadi dengan kawan" balas singkat lalu dia melabuhkan punggung di sofa .

"Ibu lupa nak cakap dekat kamu ni sebenarnya ibu dah nak telefon adik nak tanya adik balik ke tidak , tahu-tahu adik ada dah dekat depan rumah , ni ibu nak cakap sesuatu dengan adik" ucap Puan Nazirah berdebar-debar Afnan hal apa yang ingin ibunya bicarakan sampaikan pucat muka Afnan . Ni kalau bukan pasal kakak ni mesti pasal aku ! kata dalam hati Afnan.

"Haa cakap la ibu apa dia yang serius sangat ni , pasal ayah ke ? kakak ? ke pasal adik ? "  semakin laju denyutan jantung nya semakin kencang .

"Ni pasal adik la , ibu ingat nak jodohkan adik dengan anak Makcik Faridah tu anak dia lawa tau dik masuk uni Oxford dekat UK lagi"

"Ibu... adik taknak la lagipun dia boleh je cari jantan lain kenapa adik juga yang dia nak ? adik dah ada pujaan hati la ibu ! Ish ibu ni memandai je dia nak hodohkan kita dengan anak Makcik Faridah tu " bebel Afnan dia tidak setuju akan perjodohan itu , bila dah jatuh cinta pandang pertama dengan si A memang taknak cari lain la .

"Amboi kau dik kau tolak macam itu je ? Makcik Faridah tu bukannya orang lain ibu kenal la anak dia macam mana keluarga diorang pun baik je dengan ibu  dah setuju kalau kamu pergi pinang dia perkara yang baik perlu dipercepatkan lagipun kamu ni dah semakin tua bukannya semakin muda" ucap ibunya lalu memegang tangan Afnan sambil mengusap lembut kepala anak bongsu nya .

"Ibu.. adik.. adik dah ada orang lain , adik taknak lah lagipun ramai lagi jantan lain yang Makcik Faridah boleh pilih . Adik pula yang dipilihnya taknak lah"

"Haih ikut adik lah ibu tak paksa tau , kalau adik dah ada orang lain bawa la jumpa ibu dengan ayah senang kita bincang terus dengan bakal menantu inu tu mesti cantik kan ? nanti ajaklah dia datang sini ye dik" ucap Puan Nazirah ha sudah la kau Afnan number phone dia pun kau tak ada inikan nak ajak dia datang rumah lepastu bincang pasal tunang ??!! kata Afnan dalam hati sambil tersenyum melihat kearah ibunya .

"InshaAllah ibu nanti adik kenalkan dia dekat ibu dengan ayah ye , lagipun dia busy bu dia ni kerja penulis je" kata Afnan sambil merenung kearah pintu biliknya. "Ibu adik masuk bilik dulu nak mandi panas la , nanti adik pergi dapur tolong ibu masak eh"

"Ha yelah" Afnan bergegas masuk ke dalam biliknya "Betul ke adik dah ada pujaan hati ? haih biar betul boleh percaya ke budak ni ? eh baik aku fikir nak masak apa malam ni daripada fikir pasal jodoh anak aku lambat laung datang jugak jodoh dia tu " gumam Puan Nazirah pun bergegas ke dapur ingin memasak lauk kegemaran Afnan .

Tepat jam 5:40  petang Afnan pergi ke dapur untuk menolong ibunya membuat makan malam .

"Haa ! masak apa tu ibu ?"

"Opocot mak kau , eh adik ni lah buat orang terkejut tahu tak ?" marah Puan Nazirah haih takde kerja lain asyik nak mengusik je kerja dia !

"Hahahha.. alaa sekali sekala lama dah adik tak tengok ibu melatah , ni ibu angah balik bila ?" tanya Afnan sambil mengambil sebiji buah apple lalu dipotong kecil untuk diletakkan dalam air sirap yang dibancuh oleh ibunya .

"Along ? kenapa dia ada telefon adik ke cakap nak balik ?" tanya Puan Nazirah sambil meletakkan petai di dalam sambal udang . Fuh ni memang lauk kegemaran Afnan menu ni wajib ada kalau dia balik kampung !

"Tak adalah pula itu yang adik tanya ibu , ibu adik nak tanya la kalau adik nak cerita pasal MRS A adik tu boleh tak ?"

"Hah ? MRS A ? siapa tu dik pujaan hati kau ke ?" tanya Puan Nazirah sambil mengerutkan dahinya .

"Hm boleh jadi pujaan hati adik jugak tapi sayangnya mungkin dia milik orang kot bu" balas Afnan sambil meneguk air sirap yang diletakkan buah apple di dalam nya .

"ADIK ! kau jangan cari pasal dik , ibu berapa kali dah pesan jangan kacau hak orang !" sambil mengambil sudu garpu lalu meletakan di muka Afnan .

"ASTAGHFIRULLAH ! ibu bawa mengucap bu , ya Allah selamatkanlah aku daripada jin dan syaitan yang ada dekat dapur yang merasuki ibuku"

"ARGHHH , SAKIT IBU LEPASLAH IBU ADIK NAK JAWAB LAH NI" balas Afnan 

"Adik ibu tanya elok-elok ni ha dia bergurau pulak kan dah kena" Puan Nazirah menarik telinga anaknya . Ha memain lagi kan dah kena .

"Ibu ni betul la yang adik doa tadi takut malam nanti muncul betul-betul dekat dapur ni haa , sakit tau tak bu merah dah telinga adik ni !" ucap Afnan sambil menggosok telinga nya .

"Adik tak akan kacau hak orang ibu , adik tahu la mana yang baik mana yang buruk tapi kalau dia tak jadi tunang dengan mamat tu adik nak pergi masuk meminang dia !" ucap Afnan sambil tersenyum melihat ibunya . Sambal petai udang sudah siap tinggal nak makan je !

"Ibu adik nak pergi ronda-ronda kampung kejap eh nanti adik balik sebelum pukul 7 petang !" Afnan bergegas mengambil kunci motor 125ZR. 




HER HUSBAND   -AFNAN DANIEL-   {HIATUS} Where stories live. Discover now