Hayden yang sedang memandu itu hanya mendiamkan diri. Seribu satu persoalan bermain di mindanya tetapi setelah melihat wajah tegang sahabatnya itu, dia mematikan niat untuk bertanya.
Kereta diparkir di halaman rumah, kaki melangkah keluar. Arden terus masuk ke dalam.
"Where's Ryzen and Seth?" Dingin sekali suaranya.
"Tak tahu pula, keluar la kot." Jawab Hayden. Dia membelek jam di tangan, sudah hampir pukul 5:30 petang. Pasti Isaac dan Hans juga akan tiba kejap lagi.
Arden menekapkan telefon di telinganya.
"Where are both of you?" Tanya Arden.
"On my way home capo, kenapa?" Ryzen bertanya di sebalik panggilan.
"Ok." Terus Arden mematikan panggilan, langkah kaki dibawa menuju ke biliknya. Pintu dibuka, dia menghampiri meja di sebelah katilnya.
Laci dibuka perlahan-lahan. Sepucuk pistol yang tersimpan kemas selama ini akhirnya dia pegang.
Dia termenung jauh memikirkan keadaan Aurelia. Dia mengeluh.
Telinganya menangkap bunyi riuh dibawah. Pasti Isaac dan Hans. Dia sudah sangat kenal suara itu.
Tubuh dibaringkan di atas katil, mata dipejam rapat, tangan diletakkan di atas dahi.
Tubuhnya kembali duduk apabila pintu bilik diketuk.
"What?" Tanya Arden.
"Ryzen dengan Seth dah balik." Jawab Hayden disebalik pintu.
Arden terus melangkah keluar, pintu dibuka kasar, pistol erat dalam genggamannya. Dia menghiraukan Hayden yang sedang berdiri kaku di hadapan pintu.
Mata Hayden pula terbuntang saat dia ternampak pistol di tangan lelaki itu.
"Bro? Kau nak buat apa ni?" Tanya Hayden cemas.
Arden menghiraukan persoalan itu, kaki meneruskan langkah. Mukanya bengis.
"Bro! I'm asking you. Kau nak buat apa?!" Hayden meninggikan suaranya.
"Step back Hayden! I know what I'm doing." Sepucuk pistol dihala tepat ke Hayden.
Langkah Hayden terus terhenti.
Arden kembali melangkah ke bawah. Kaki menapak ke arah Ryzen dan Seth yang sedang berborak di ruang tamu.
Tanpa berkata apa-apa, leher baju Ryzen dicekak sehingga terangkat tubuh Ryzen. Tubuh itu ditolak kuat ke dinding. Pistol dihala tepat ke dahi.
"ARDEN! Apa kau buat ni?!" Hans bersuara tatkala matanya melihat aksi Arden.
"Aku panggil kau orang berdua datang sini untuk jaga dia, and do you what the f*ck had happened?!" Tengking Arden. Pistol dihala bersilih ganti ke kepala Ryzen dan Seth.
Mereka berdua menggelengkan kepala.
Arden menarik picu pistol yang membuat mata mereka berdua terus terpejam.
"I know I've left the group. But I wouldn't hesitate to kill anyone for my woman!" Arden menengking mereka.
"Bro apa ni? Tell us apa yang jadi? Apahal kau tiba-tiba nak bunuh dorang?" Celah Isaac yang diam sedari tadi.
"She was raped, the night yang korang datang lewat kononnya. She was raped! Aku upah korang untuk lindungi dia dari lelaki tu. Tapi apa yang korang buat hah?!" Timbul urat leher Arden saat ini.
"What, siapa yang kau cakapkan ni?" Suara Hayden mencelah.
"Aurelia Hayden, Aurelia. She was raped last night. I failed to protect her.." Lirih suara Arden, dia terduduk di sofa belakangnya.
Manakala Hayden, Isaac dan Hans terdiam. Pertama, mereka tidak sangka dengan apa yang menimpa Aurelia. Kedua, ini kali pertama Arden hampir rebah kerana seorang wanita.
Hayden menghampiri Arden yang terduduk, bahu itu ditepuk.
"Bunuh budak berdua ni takkan ubah apa-apa bro. I know you love her so much, we all know that even if you deny hundred time. Tapi sekarang kau sabar, be there for her. Bukan dengan cara macamni." Kata Hayden perlahan.
Arden menarik nafas dalam-dalam. Tubuh kembali ditegakkan, mata merenung Ryzen dan Seth.
"I'm giving both of you last chance. Vada a cercare Izz e lo porti qui immediatamente!" (Go get Izz and bring him here immediately!) Kata Arden dengan tegas.
"Si capo. We're truly sorry for her." Kata Seth, lalu terus melangkah keluar diikuti Ryzen.
"Apa jadi ni?" Tanya Hans.
"She fainted at the office tadi, aku dengan Zarif bawa ke hospital and doktor syak she was raped." Jawab Arden.
"Is she okay?" Tanya Isaac, mukanya risau. Dia tak pernah ada kawan perempuan, Aurelia yang pertama saat dia jejakkan kaki di Malaysia.
"No, dia masih takut dan trauma." Jawab Arden.
"Let us pray for her." Kata Hayden.
"I wanna marry her." Kata Arden tiba-tiba.
"Kau gila ka? She's a muslim bro, lagipun dia baru dirogol kot. Aku tak rasa dia akan terima." Hans mencelah.
"Aku tak kata pun dalam masa terdekat kan? I'm going to convert soon. For me and for her. Sejak datang Malaysia, aku dah lama belajar pasal Islam. Hampir setiap hari lepas balik kerja." Kata-kata Arden mengejutkan semua kawan-kawannya.
"What? Habis yang kau balik lewat tu sebab ni? Kau kemana?" Tanya Isaac.
"Dekat masjid, cari ilmu dengan seorang pakcik." Jawab Arden, mata hanya merenung lantai.
"Kau pasti dengan apa yang kau buat?" Hans bertanya lagi.
Arden mengangukkan kepala.
"Aku naik dulu." Terus Arden menapak ke biliknya.
Setibanya di bilik, terus dia berlalu membersihkan diri. Hampir 15 minit, dia selesai, tubuh dibaringkan di atas katil.
Dia membuat keputusan untuk menghubungi daddynya.
"Hello daddy. I need to tell you something." Arden memulakan bicara.
"What is it?" Tanya Zander.
"Arden nak masuk Islam." Kata Arden senafas, mata dipejam, dia risau dengan penerimaan daddynya.
"Oh god. Arden serius?" Tanya Zander.
"Ya daddy. Arden harap daddy terima keputusan Arden." Dia melepaskan keluhan.
"I'm happy for you son! Do whatever you like. Daddy terima seadanya." Ceria suara daddynya berkata.
"Tapi kenapa tiba-tiba?" Tanya Zander yang membuatkan Arden terdiam.
"Entahlah, duduk dekat Malaysia ni buat Arden rasa sesuatu. Kawan Arden dekat sini pun muslim and.... Arden nak cuba jadi lebih baik untuk isteri Arden nanti." Arden jujur kepada daddynya.
"Wait a minute. Isteri? Who is that lucky girl?" Zander tergelak kecil.
"Nama dia Aurelia Rose, she's kind hearted, pretty, lembut, dan kuat. Dia bukan macam perempuan lain. I love her." Arden tersenyum saat membicarakan tentang Aurelia. Tapi kisah hitam itu, lebih baik dia sorokkan, dia taknak Aurelia rasa rendah diri nanti.
"Wow son, you fell pretty hard for her." Perlahan nada Zander.
"I am. Love at first sight maybe? Anyway thanks daddy." Kata Arden, bibir masih tersenyum manis.
"My pleasure." Terus Zander menamatkan panggilan.
Dia kembali terfikir akan Aurelia, apalah yang wanita itu tengah buat sekarang? Adakah dia okay?
Dia pasti Aurelia tengah keseorangan sekarang, nak harapkan papa dan mama wanita itu? Memang tidaklah mereka akan menjaga Aurelia.
"I hope you're doing just fine mia stellina." Ucap Arden lalu memejamkan matanya.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...