AKU berjalan-jalan ditepi pantai sambil melihat keindahan senja. Aku mengeluarkan telefonku didalam slingbag ku.
Aku mengambil beberapa gambar matahari yang hampir terbenam dipantai itu, selesai mengambil gambar aku menyimpan kembali telefon ku didalam slingbag.
Ku berjalan sambil memandang pasir sedar tak sedar aku terlanggar seorang lelaki. Tubuhnya kekar wajahnya juga boleh dikatakan tampan, lelaki itu menghanyutkan aku kedalam dunia khayalan kerana ketampanan itu.
"Hai?" lelaki itu menyapa ku membuatkan aku terjaga dari dunia khayalan.
"Er... Sorry..." pintaku, malu ye aku sangat malu sekarang ni. Mesti dia ingat aku tengah scan tubuh badan dia.
"Aurel?" tanya lelaki itu, aku mengerut dahi. Sejak bila dia boleh tahu nama aku? Kita pernah berjumpa ke?
"Urm, ya. And you?" tanyaku pula.
"Just call me Syahir, and she... Puteri Balqis" katanya sambil menunjuk wanita disebelahnya. Puteri Balqis. Lawa nama itu, kelihatan mereka berdua sangat serasi.
Aku hanya senyum ke arah perempuan bernama Puteri Balqis itu lalu aku meminta izin untuk pergi memandangkan keadaan sudah hampir Maghrib.
"Oh, Aurel. Can we talk for a second?" tanya Puteri. Aku hanya angguk dan bersetuju.
Aku melihat Puteri meminta Syahir untuk pergi dahulu, katanya mahu berbincang hal privasi denganku.
"So... What do you want to talk about?" tanyaku sambil duduk disebuah bangku memandang Puteri, kini dapat kulihat wajah Puteri berubah serius.
"You memang dah tak ingat I lagi ke?" yup, soalan dibalas dengan soalan. Ini yang kita mahukan.
"Sorry, kita pernah kenal ke?" soalku pula dengan riak wajah ingin tahu. Sejujurnya aku tak pernah ingat aku berkawan dengan Puteri. Rapat ke kami? Atau kami digelar sebagai BFF?
"No, I just nak kepastian you sahaja. Can I ask you something? Do you know Tengku Hariez?" kini riak wajah si Puteri berubah semakin serius.
Aku diam seketika sebelum menjawab, haruskah aku jujur? Sebernanya aku tak berapa kenal dengan Hariez tapi aku pernah berjumpa dengannya semalam.
"Yes, I know him. Why?" jawabku dengan jujur. Dahiku berkerut seribu, aku semakin keliru dengan apa yang terjadi tentang situasi ini.
"You mean, you kenal Hariez and you ingat siapa dia?" suasana semakin serius bersama Puteri. Kenapa dia sebok sangat nak tahu? Ada masalah hidup dengan aku ke? Dah lah make up setebal alam ni kalau tiup mahu jerebu Negeri Sembilan.
"No, tak. Semalam I saw him in the TH's Hospital. And kami berkenalan sekejap, then my mother coming. But... I think my mother know who him" terangku jujur. Muka Puteri yang tadinya serius terus kelihatan lega.
"Okey, I trust you. But! If you lying to me, aku akan pastikan kau tak akan hidup tenang." jelingan tajam diberikan kepada ku. Huh, do you think I'm scared? Apa dia ingat aku takut ke?
Dah lah pakai baju tak cukup kain, foundation bercampuk, rambut macam pontianak, jalan mendada pastu nak tonggek ontot. Apa? Dia ingat gempak ke?
Tahu tak bertapa sukarnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengangkat darjat perempuan?
Islam meletakkan kedudukan wanita seiring dengan lelaki dalam banyak perkara. Lazimnya, banyak ayat-ayat al-Quran menyebut lelaki dan wanita dalam satu-satu ayat mencerminkan bahawa Islam tidak mendiskriminasi golongan hawa. Bahkan kejadian lelaki dan wanita tidak ada perbezaan kecuali taqwa.
Firman Allah SWT: “Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (al-Hujurat:13)
Malangnya, walaupun agama Islam mengiktiraf kedudukan dan hak wanita, sebaliknya, sesetengah pihak mendiskriminasi wanita dengan menggunakan alasan agama. Sedangkan pada hakikatnya, ia hanya merupakan adat dan amalan yang tidak berlandaskan agama.
Kedatangan Nabi Muhammad SAW mengangkat darjat wanita, memberi hak yang sewajarnya dan meletak mereka di tempat yang sesuai dengan fitrah. Malah terdapat satu surah khusus yang dinobatkan dalam al-Quran iaitu surah al-Nisa’.
Dalam aspek kepimpinan wanita, terdapat beberapa tokoh-tokoh wanita yang disebut dalam al-Quran, antaranya, Puteri Balqis Malikah al-Saba’, seorang raja perempuan yang bijaksana. Begitu juga Asiah, isteri Firaun dikenali sebagai wanita unggul, mukminah dan solehah. Malah Siti Maryam, wanita terpilih dan suci yang melahirkan Nabi Isa AS. Manakala tokoh-tokoh lain seperti Hawa, Sarah, Hajar dan Ummu Musa yang dianggap ummu mithali dan ibu kepada para anbiya’.
Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa status Fatimah sebagai penghulu di syurga (kecuali ke atas Maryam AS). Siti Khadijah sebagai wanita terbaik di kalangan umatnya. Manakala Aishah pemberi manfaat ilmu pengetahuan kepada umat Islam secara keseluruhannya.
Walaupun semenjak abad ke ketiga Hijrah, banyak perbincangan mengenai kepimpinan diperkatakan, namun ia berkisar ke atas kepimpinan lelaki sahaja.
Kepimpinan wanita disentuh sepintas lalu kerana terdapat ayat al-Quran yang bermaksud: “ Kaum lelaki itu adalah pemimpin ke atas kaum wanita” (al-Nisa 4:34)
Tambahan pula terdapat Hadis yang mengatakan wanita itu kurang pada akal dan agama dan ketetapan Syarak yang mewajibkan wanita berhijab. Realitinya, kurang pada akal bukan bermaksud kecerdikan wanita itu rendah dan lemah berbanding dengan lelaki yang lebih mantap, matang dan berdaya fikir.
Tetapi sebenarnya, ketetapan Syarak yang menentukan nisbah bilangan kesaksian dua wanita menyamai satu lelaki. Kurang pada agama pula bukan bermaksud tiada wanita mukminah, solehah, warak dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kurang pada agama mempunayi makna disebaliknya, iaitu wanita terpaksa meninggalkan solat dan puasa ketika haid dan nifas.
Dari sudut pandangan Islam, adalah disepakati oleh seluruh ulama bahawa dalam melaksanakan solat, wanita tidak boleh menjadi imam bagi lelaki. Ini telah diterima oleh wanita Islam kecuali dalam satu kes terpencil di mana Aminah Wadud mengetuai solat Jumaat di Amerika Syarikat.
Adapun hukum bagi seseorang wanita menjadi ketua negara, terdapat dua pendapat di kalangan ulama. Majoriti berpendapat bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin negara berdasarkan satu ayat al-Quran: “Lelaki itu pemimpin bagi wanita” (al- Nisaa: 34).
Manakala pandangan minoriti percaya bahawa wanita boleh menjadi pemimpin sesebuah negara. Sebabnya ialah ayat ini tidak boleh difahami secara literal. Sebagai contoh Prof Haleem seorang pakar tafsir Quran menyatakan bahawa ayat di atas hanya bermaksud bahawa “suami perlu menjaga isteri-isteri mereka ….”
Mengikut Imam Hasan al-Banna, wanita tidak boleh menjawat jawatan dalam wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti pemimpin tentera, wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum.
Ini merujuk kepada dalil-dalil yang diambil dari al-Quran seperti “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita)” (al-Nisa 4:34) dan Hadis: “Tidak berjaya sesuatu kaum itu yang dipimpin oleh wanita”.
Dalam sejarah, Rasulullah SAW tidak pernah melantik kepimpinan umum dari kalangan wanita. Para sahabat juga tidak melantik ahli syura dari kalangan wanita.
Meskipun begitu, menurut Prof. Dr Yusof al-Qardhawi, harus wanita memegang semua jawatan termasuk perdana menteri.
Alamak, tak pasal-pasal kena dengar ustazah Aurel berceramah. Tak apa ceramah ringkas je tak panjang pun.
Tiba-tiba aku mendengar suara Syahir yang sengaja dimanjakan agar kedengaran lembut dan comel.
"Biy... Jom lah balik, ayang penat, hm..." bluekkk! Nak meluat aku dengar. Ingat comel ke? Kalau tak haram ni tak dah lama melekat penampar dekat muka dia.
Aku melihat Syahir dan Puteri berlalu pergi. Aku hanya membiarkan sahaja dan mula melangkah untuk pulang.
Semasa aku hendak berjalan, aku terlanggar seorang lelaki buat kali kedua.
And again, aku terlanggar seorang lelaki sekali lagi. Aku dapat merasakan tubuhku hilang kestabilan dan hampir terjatuh tetapi tiba-tiba aku merasa ada yang menyambut ku agar tidak terjatuh. Seperti adegan TV3. Sang heroin hampir jatuh dan Sang hero menyambut dengan lagak maconya.
"Are you okay, Mon amour?"
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...