Italy
Weh Ryan! Baju apa yang kau suruh aku pakai ni!" Kata Uwais dengan muka masam.
"Kau-"
"Ryan. Aku dah dapa-" Terhenti mulut Rizq Razin apabila memandang pakaian yang Iskandar Uwais pakai. Sexy noh.
"Pft- hahahaha.. baju apa yang kau pakai ni Uwais, tak cukup kain aku tengok baju tu-" Tergelak besar Rizq Razin melihat kawan nya.
"Kau diam. Aku pakai baju tak cukup kain ni sebab terpaksa je oke-" kata Iskandar Uwais pasrah.
Aryan Mikael yang berada di situ juga, hanya diam sambil melihat ke arah Iskandar Uwais dan Rizq Razin dengan tatapan tajam.
Rizq yang terasa di lihat oleh seseorang. Dia toleh ke belakang. Aryan. Mampus! Anak mata biru gelap itu menatap tajam ke arah Rizq.
"Pst!" Rizq menyiku lengan Iskandar. Mata Rizq tetap memandang ke arah Aryan.
"Kau kenapa! Aku dah lah serabut dengan gaun biru ni!" Marah Iskandar. Dia dari tadi membetulkan gaun biru itu.
Pap!
"Pandang belakang, sengal!" Rizq menampar kuat belakang tubuh Iskandar.
"Sia-"
"Kau carut. Aku potong lidah kau." Aryan menuding pisau di depan mata Iskandar. Terbeliak mata nya. Jarak antara Aryan dengan Iskandar sangat dekat. Tiada jarak sedikit pun.
"Ya pun, alihkan dulu pisau ni dari mata aku. Buta nanti, kau nak tanggungjawab ke?" Soal Iskandar tenang.
"Daripada buta sebelah, baik aku butakan sebelah lagi." Tenang Aryan berkata. Pisau itu masih lagi di depan matanya.
"Taubat lah. Dah banyak dosa kau ni."
"Kau tu yang kena taubat. Mencarut tak ingat dunia. Solat pun tidak, apalagi kau bunuh orang sana sini."
"Guys-?"
"Kau diam Izq. Kau pun sama je Ryan. Kau macam aku juga, tak ada beza kau dengan aku."
"Guys..?"
"Kau diam."
"Aku? Taubat dah. Sejak ada isteri, taubat dah aku. Kau tu, bila nak ada isteri. Tak kan nak single sampai menua." Perlahan pisau itu hilang dari mata Iskandar. Aryan melangkah ke belakang sedikit untuk memberi jarak pada Iskandar.
"Girlfriend pun tak ada Ryan. Siapa je yang nak kat aku. Dah lah tak handsome, anak kampung pula tu.." sendu sahaja suara Iskandar. Nak perhatian daripada Aryan punya pasal.
"Kalau penampar ni hinggap kat muka kau. Mahu berbekas telapak tangan aku dekat muka kau."
"Alah.. aku gurau pun tak boleh ke?"
"Kau dengan gurau kau tu, pergi mampus." Naik turun jantung nya. Bercakap dengan Iskandar, macam bercakap dengan orang hutan.
"Guys?"
"Kau dia-"
"Nah! Kau makan cili ni!" Rizq menyumbat cili ke dalam mulut Iskandar. Penuh di dalam mulut Iskandar dengan cili. Suruh aku diam sangat kan.
Purhhhhh!!
Iskandar menyembur semula. Pedas!
"Kau kenapa!"
"Suruh orang diam lagi kan. Ha makan lah cili tu! Geram aku."
"Cili mana kau rembat ni?" Soal Aryan. Setahu dia, mana ada yang beli cili atau pun tanam pokok cili.
YOU ARE READING
ARYAN MIKAEL || OG
Romance"Saya Naura Kayla bersetuju untuk kahwin dengan Aryan Mikael" Ujar Naura dengan lembut. Dia sudah berfikir panjang. "Baiklah kalau macam tu, kamu berdua akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Jadi kamu Naura masih ada masa untuk study for your SP...