"Are you okay, Mon amour?"
Dapat ku rasakan tangan kekarnya kini melingkar di pinggangku.
"O-okay," pantas aku berdiri dan menstabilkan diri. Terasa bahang di wajahku menahan malu.
Pandangan Hariez kini tertumpu kepada dua susuk pasangan kekasih yang berlalu tadi, tak lain tak bukan semestinya Puteri dan Syahir.
Wajah Hariez kini kelihatan seperti menahan marah, bibirnya diketap dan tangannya menggenggam penumbuk.
"Awak tengok siapa?" soalku.
Hariez hanya menggelengkan kepalanya lalu tersenyum kepada ku, dan... aku tahu senyuman itu dibuat-buat semata-mata ingin menutup kemarahannya.
"I have to go, see you next time, Mon amour" katanya lalu berlalu pergi.
Aku hanya melihat susuk tubuh itu pergi lalu aku berjalan ke Bugatti Divo milik abang tiriku.
Aku menghidupkan enjin dan membiarkan enjin panas dalam beberapa saat.
Aku melirik ke arah jam tanganku, sudah hampir pukul tujuh. Tanpa melengahkan masa aku terus memandu Bugatti Divo itu dijalan raya.
******
Telefon milik Puteri berdering. Puteri mengambil telefonnya dan melihat nama Hariez terpampang di layar telefonnya.
Puteri berdehem lalu mengangkat panggilan itu dengan suara yang sengaja dikepitkan.
"Hello, baby..." lembut kepit suara Puteri menjawab panggilan itu.
"We need to talk, I tunggu you dekat cafe yang biasa kita jumpa." dingin suara Hariez. Tak sempat Puteri ingin menjawab Hariez terus mematikan panggilan.
Puteri melihat panggilan itu telah dimatikan, dia tersenyum lalu meletakkan telefonnya diatas meja solek.
Puteri memandang jari manisnya yang telah disarungkan cincin. Ya, cincin pertunangan dia bersama Hariez.
Awalnya Hariez tidak mahu tetapi disebabkan paksaan ibunya dia harus akur dan menerimanya. Kenapa Hariez dipaksa menikah dengan Puteri?
Itu kerana pernikahan Hariez dan Aurel sudah dibatalkan dua tahun yang lalu sejak Aurel disahkan mengalami amnesia. Ibunya bercadang untuk mencari pengganti baru untuk Hariez.
"Aurel, Aurel... Tak lama lagi bekas tunang kau akan jadi suami aku. Puas hati aku! Akhirnya orang yang aku cinta menjadi milik aku. Ada hikmahnya juga ye kau accident dulu. Kalau dulu kau tunang dia sekarang you are not who he is anymore!" Puteri bercakap dengan dirinya sendiri di hadapan cermin sambil tersenyum sinis.
Puteri lantas bangun lalu mencapai beg tangannya. Dia keluar dari bilik itu lalu menuju ke keretanya.
Kereta milik Puteri dipandu laju olehnya sehingga tiba di kafe tersebut. Puteri dapat melihat motor r15 milik Hariez. Puteri tersenyum.
Dia berjalan masuk ke dalam kafe itu dan mencari kelibat Hariez. Dia ternampak Hariez sedang bermain dengan telefonnya sambil meminum secawan Capuccino.
"Baby! Sorry for being late. Dah lama ke tunggu?" Puteri menegur Hariez. Hariez hanya mengabaikan kata-kata Puteri, dia merenung pakaian Puteri yang tidak cukup kain itu.
"Sit."
Kerusi dihadapan ditarik lalu Puteri mula melabuhkan punggungnya.
"Siapa lelaki yang kau keluar dengan dia semalam?" soal Hariez, suasana menjadi serius seketika. Puteri tergamam dengan soalan itu.
"L-lelaki? Lelaki mana? Baby, semalam I duduk dekat rumah je, I tak keluar rumah pun. How dare you tuduh I?" Puteri mula menafikan kata-kata Hariez. Dia mula cuak.
Hariez tersenyum sinis? "Oh really?" Hariez mengeluarkan surat pembatalan nikah dan dihulurkan ke Puteri secara kasar.
"Wait, what?!" bentak Puteri.
"Apa you ni? Why did you cancel our wedding?!" marah Puteri. Bengang di wajahnya tidak dapat disembunyikan.
"Kenapa I batalkan? Sebab you curang dengan I! Kau ingat aku tak tahu kau dating dengan Syahir semalam? And then kau nak nafikan yang aku salah?!" marah Hariez, kelihatan urat-urat didahinya timbul. Seram seh!
Muka Hariez memerah menahan marah. Kemarahannya kini membara.
"No! I tak curang dengan you, Syahir tu kawan I je!" Puteri masih tidak mahu mengaku.
"Kawan? Kawan sampai peluk-peluk, cium-cium? Tu kau still cakap kawan? Sudah lah Puteri aku malas nak bertekak dengan kau kita tengah dekat publik sekarang ni. We're canceling the wedding and we done" Hariez bingkas bangun dan mengambil telefonnya lalu menuju ke motornya.
"Hariez! Hariez!" jeritan Puteri diabaikan. Hariez menghidupkan enjin motor lalu Hariez memulas minyak dan motor itu meluncur laju diatas jalan raya.
Surat penceraian itu dironyok-ronyok lalu di campak ke luar, fikiran Puteri kini bercelaru.
Puteri lantas bangun dan menuju ke keretanya. Dia menghidupkan enjin lalu memandu laju ke club yang sering dia pergi bersama Syahir. Tetapi kini dia pergi bersendirian, apakah yang akan terjadi?..
Tibanya dia diclub, Puteri mengambil lipstik nya dan mengoles ke bibir agar kelihatan pekat. Baju nya sengaja disingkatkan agar kelihatan peha.
Puteri keluar dari perut kereta dan mula melangkah memasuki pintu club itu. Gaya berjalan Puteri lagaknya seperti artis model. Puteri mengambil segelas Wiski lalu meminum sehingga habis.
Wiski ialah sejenis minuman beralkohol yang dibuat daripada penapaian bijirin yang dilumat. Terdapat pelbagai jenis wiski yang dihasilkan bergantung kepada bijian digunakan sebagai bahan mentah termasuklah barli, jagung, rai, dan gandum.
Puteri meminum alkohol itu lebih daripada tiga cawan, dia sudah minum sebanyak enam cawan sekali gus.
Kepalanya terasa pening dan dia mula terasa mabuk. Tiba-tiba puteri mendengar suara seorang lelaki menegurnya. "Hey, babe. Do you want play with me tonight?" tegur seorang lelaki diclub itu sambil memeluk pinggang Puteri. Wajah Puteri sudah memerah akibat mabuk.
Puteri hanya angguk, dia tidak sedar apa yang dia lakukan. Dia mabuk teruk akibat kebanyakan minum alkohol.
Lelaki itu menjamah bibir Puteri, perlahan lelaki itu menjilat leher puteri lalu menggigit dan memberikan kesan lovebite. Puteri perlahan meringis kesakitan. Puteri merasa rimas tetapi dalam masa yang sama dia mahukan ini untuk melepaskan stressnya tentang penceraian itu.
Lelaki itu lantas mengendong puteri untuk dibawa ke sebuah hotel. Tibanya mereka di bilik, puteri di tolak kasar ke atas katil. Pipinya dicium oleh lelaki itu. Lelaki itu menanggalkan baju puteri dan...
(Sorry if the last scene was too much. Ada sebab sy buat scene macam tu. So if you think it's too much, you can skip that scene.)
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomansaKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...