....
Aisyah dan Aira masuk ke rumah.
"U boleh letak barang u dekat atas meja makan dekat sana dulu."
"Okey." Meletakkan barang-barangnya di atas meja.
"Hrm.. sorry la nak tanya sikit boleh?" Soal Aira.
"Ouh boleh. Awak nak tanya apa?"
"Dekat rumah pun u memang kena pakai niqab lagi ke?" Soal Aira yang kehairanan melihat Aisyah yang masih belum membuka niqabnya.
"Ouh maaf.. saya lupa nak buka." Kata Aisyah.
"Kejap." Kata Aisyah lagi sambil membuka niqab
Aira kelihatan bersungguh-sungguh melihat Aisyah membuka niqab yang dipakai oleh Aisyah. Terlompong si Aira melihat wajah sebenar Aisyah disebalik niqab itu.
"Oh my god!! Seriously!!?" Soal Aira tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya.
"Kenapa Aira?" Soal Aisyah kembali yang terkejut dengan reaction tersebut.
"So PRETTY !!" Kata Aira sambil mendekatkan wajahnya ke arah Aisyah .
Aisyah sedikit mengundur kerana terkejut.
"Aira awak okay tak ni?"
"U pakai make-up ke? Or u pakai something ke dekat muka sebab u nampak cantik sangat!" Kata Aira dengan sangat teruja.
"Allahuakbar.. saya tak pakai apa-apa pun Aira cuma pakai pelembab je."
Aisyah cuba membuka hijabnya pula. Sekali lagi si Aira menjerit teruja melihat rambut Aisyah yang sangat cantik, panjang , ikal dan berwarna perang kemerahan.
"Youre hair!! Oh my god! Cantik giler .. u dye rambut ke? I dah lama nak dye-kan colour ni." Kata Aira.
"Saya tak dye pun.. ni memang rambut asli saya Aira."
"Wow.. i betul-betul tak sangka yang u secantik ni. Sumpah i betul-betul terkejut."
Aira merenung sejenak mata Aisyah.
"Wait! U tak pakai contact lens kan? " soal Aira selepas menyedari warna mata Aisyah yang berwarna hazelnut itu."Tak."
"Okay i dah faham sekarang Aisyah. U memang patut pakai macam ni .. sebab u memang cantik sangat. Kalau la u pakai macam i ,dah sah-sah semua lelaki dekat luar sana akan tergila-gilakan u." Kata Aira
"MasyAllah ,laa quwwata illaa billaah.. " balas Aisyah sambil memejamkan matanya sejenak.
"Why? U baca apa?"
"Doa. Maksud dia sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud. Dah la .. jangan puji saya lebih-lebih sangat semua manusia ni Allah dah ciptakan sebaik-baiknya." Jelas Aisyah.
"Sorry la.. i cuma terkejut.. tengok u yang macam ni."
"Dah la.. jom i tunjukkan bilik u dekat atas ." Ajak Aira .
![](https://img.wattpad.com/cover/356059185-288-k836641.jpg)
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU (C)
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...