Chapter 35

614 14 0
                                    

     Aeden mula membuka matanya perlahan. Sinar cahaya yang menusuk matanya membuatkan di sukar melihat dengan jelas. Namun, diri di gagahkan untuk bangun.

     "Mana bini Aed pa?"soal Aeden sebaik saja melihat wajah Sir Adam di hadapannya.

    "Ada Aed...isteri Aed tengh berehat."jawab Sir Adam tenang.

    "Anak Aed mana pa? Hidup tak?"soalan Aeden tu mengundang tawa semua yang berada di situ. Eriq menggeleng kepala melihat kawannya yang entah di sampuk jembalang apa entah.

   "Hidup Aed. Diorang sihat-sihat. Cuma kelahiran pramatang ni perlu pantauan dari yang pakar. Lagi-lagi anak Aed kembar."kata Dato' Razif pula. Mungkin menantunya itu terkejut tiba-tiba menghadapi kelahiran yang sepatutnya dua bulan lagi.

    "Fuhh legaaa. Aed nak pergi jumpa Lyn lah."ujar Aeden kemudian turun dari katil. Tiada siapa yang menghalang kerana masing-masing faham kerisauan seorang suami yang baru melihat isterinya melahirkan anak.

  
    Aeden merapati katil Emerlyn. Bayi-bayi comel di sisi katil isterinya itu dipandang teruja. Empangan air mata bahagia tidak dapat lagi di bendung.

    "Terima kasih sayang. Terima kasih sebab sudi mempertaruhkan nyawa demi zuriat abang. Terima kasih sudi pinjamkan rahim untuk anak-anak abang membesar. Terima kasih sebab sudi tahan alahan semasa mengandungkan diorang. Terima kasih sayang."luah Aeden ikhlas kemudian melabuhkan kucupan hangat di dahi isterinya.

     Emerlyn hanya mampu membalas dengan senyuman nipis. Jujur, kudratnya semakin melemah tika ini. Wajahnya pucat tak berdarah. Begini rasanya melahirkan anak.

     "Rest neonata...rest. I'll take care of them while you rest."kata Aeden. Emerlyn tidak membantah, malah mata dipejamkan dengan tenang.

    "Bie! Awak ni tak boleh cepat sikit ke?!"jerit Rina apabila suaminya masih belum turun. Seingatnya mereka bersiap sama-sama tadi. Tetapi mengapa pula dia siap dahulu sebelum suaminya? Tak terbalik ke?

    "Sabar lah baby. Bie baru nak pakai perfume dah terpekik terlolong."kata Zackry sambil menuruni anak tangga.

     Hari ini, mereka ingin melawat the twin. Sir Arsyad Rayyan dan Sir Arsyaf Rayzan. Walaupun sikembar lahir pramatang, tetapi mereka sangat comel dan gebu. Sekilas pandang, langsung tak nampak macam bayi pramatang.

    "Aeden dah jadi daddy. Kita bila bie?"soal Rina kepada suaminya. Tersedak Zackry yang sedang memandu di sebelah.

    "Ki...kita?"kata Zackry. Emerlyn mengangguk bersungguh-sungguh.

    "Ye! Kita! Ke...abang taknak anak dengan Rin?"tanya Rina kononnya berjauh hati dengan Zackry.

    "No! Ofcourse abang nak! I mean ofcourse we will have a baby. But....kita kena pastikan dulu yang kita ni dah bersedia pikul tanggungjawab sebagai ibu bapa."terang Zackry walaupun sedikit gabra di awal pembicaraannya.

    "Rin dah lama bersedia. Tak apa kalau abang belum bersedia. Rina faham."putus Rina.

     Perbualan mereka tamat disitu. Suasana dalam kereta Audi R8 itu sunyi sepi sehingga tiba di destinasi.

    Baru sahaja Rina ingin membuka pintu kereta bahagian penumpang, Zackry menarik pergelangan isterinya lembut. Kedua tangan isterinya digenggam lembut dan dibawa ke bibir. Lalu tangan mulus itu dikecup lembut.

    "We try again later."kata Zackry berani. Namun telinganya jelas memerah kerana malu. Begitu juga dengan Rina. Wajah nya semerah tomato. Dua mangkuk ayun ini sama-sama mahu tapi malu. Awwww!

     "Lynnnn!"

     "Rinaaaa!"

    Emerlyn dan Rina saling berpelukkan. Masing-masing ingin melepaskan rindu terhadap sahabat baik.

     "Cangrats babe! Tak sangka hero kau keluar awal."ujar Rina sambil membelek si kembar.

"Meet my Arsyad Rayyan and Arsyaf Rayzan."tutur Emerlyn lembut. Teruja Rina mengomol bayi yang sedang lena itu.

"Nak panggil apa ni babe?"tanya Rina.

"Iyan and Iyzan."balas Aeden mewakili isterinya. Rina mengangguk-angguk tanda faham. Emerlyn sudah pasrah.

30 minit yang lalu...

"Call me Iyan mummy!"kata Aeden tegas mewakili Arsyad Rayyan yang sedang lena ditangan.

"No! It's Acad!"bantah Emerlyn tak mahu kalah.

"Dah macam budak cacat lah sayang. Iyan lah! Lagi sedap kan bunyi dia."kata Aeden berlembut suara cuba psiko Emerlyn.

Emerlyn terdiam lama. Benar juga kata suaminya ini. Akhirnya Emerlyn bersetuju.

"But this call him Acap."kata Emerlyn mewakilkan Arsyaf yang berada dalam pelukkannya.

"Nooo! Iyzan, call him Iyzan. Sayang ni tak pandai bagi nickname lah! Nanti anak kita malu sebab nickname diorang tak sedap tau."komen Aeden. Emerlyn menjuih bibir. Dia ajelah betul kita semua salah.

"Ikut abang lah. Penat lah Lyn nak berperang mulut. Tahun depan sambung."kata Emerlyn. Iyzan diletakkan perlahan ke dalam baby coat di sebelah katilnya. Iyan pula diraih untuk diberi susu.

"Tak payah cover sangat lah sayang. Abang dah tengok semua dah pun."kata Aeden selamba. Memerah wajah Emerlyn mendengar bicara suaminya itu. Dasar suami tak ada insurans! Tutor pulangkan suami kat mak mertua macam mana eh? Urghh.

"Aed, sini jap."panggil Zackry kepada Aeden. Para isteri dibiar kan di dalam wad sementara mereka berada di luar wad.

"Aed macam mana nak cepat dapat baby?"soal Zackry tanpa segan silu. Untung saja disitu tiada orang!

Tersedak Aeden dengan soalan kurang bijak sahabatnya itu. Kepala Zackry di luku keras. Zackry mengaduh sakit sambil menggosok belakang kepalanya.

"Kau ni dah kenapa bodoh. Baru kahwin kan, enjoy aje lah dulu. Aku mana lah tahu macam mana cepatkan proses tu. Aku tahu buat je."jawapan kurang cerdik dari Aeden membuatkan Zackry menjentik telinga kiri Aeden.

"Tak tahu cakap tak tahu la bongok! Bagi jawapan yang memalukan betul la mamat ni."kata Zackry tidak puas hati.

Kecik besar kecik besar je Aeden melihat Zackry di hadapannya itu. Sakit la bangang! Dah kau tanya aku jawab lah!

"Eh Karl mana?"soal Zackry mengalihkan pembicaraan. Aeden yang baru tersedar Karl tiada bersama mereka mengangkat bahu. Semenjak dua ini Karl selalu sangat menghilang. Nasib baik saat dibutuh kan budak tu muncul. Dah macam chipsmore!

"Apahal cari aku?"soal satu suara garau dengan nada mendatar. Zackry dan Aeden menoleh ke arah pemilik suara. Karl! Bersama...seorang perempuan?

Gadis berketinggian paras bahu Karl itu mengenakan blouse peach melepasi lutut dan rambut panjang paras pinggangnya dibiarkan begitu sahaja. Simple tapi cukup cantik. Ditambah pula dengan kulit gadis itu yang putih melepak.

"Sorry bro aku busy sikit beberapa hari ni."ujar Karl kepada Aeden sambil berjabat dan peluk.

"It's okay. Kau datang ni pun dah kira bagus."balas Aeden.

Sedari tadi, Zackry hanya berdiam diri sambil mengscan anak dara orang yang di samping Karl. Aeden menyiku perut Zackry membuatkan lelaki itu sedar dari khayalannya.

"Kau ni...macam aku pernah nampak lah. Tapi kat mana eh?"soal Zackry tiba-tiba. Terkebil-kebil mata gadis disebelah Karl itu kerana ditanya soalan secara tiba-tiba dengan pandangan aneh dari Zackry.

"Tak payah sibuk. Dah kau pergi lah tengok kawan kau sana."kata Karl kepada Zackry kemudian menyuruh si gadis pergi. Gadis tersenyum manis seraya menganggukkan kepala.

Aeden menghantar gadis yang masuk kedalam wad isterinya dengan ekoran mata. Aku pun macam pernah nampak perempuan ni. Siapa eh?

TBC

¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn RayhanaWhere stories live. Discover now