BAB 55

11.1K 398 30
                                    

Razlan meramas rambutnya, tidak percaya dengan apa yang baru saja terjadi di depan matanya. Matanya memandang Tasya yang turut tergamam dengan apa yang berlaku.

Sebentar lagi Razlan akan menyoal siasat Tasya apa sebenarnya yang telah berlaku. Apa yang dia sudah ketinggalan? Kenapa ayah mereka begitu marah dengan Faizal? Macam mana keluarga mereka boleh berantakan macam ni? Di mana silapnya?

"Assalamualaikum." Kedengaran suara orang memberi salam di hadapan rumah.

Tuan Mizan merenggangkan pelukan. Kedua-dua belah pipi Laila dipegang lalu diangkat agar memandang ke arahnya.

Tidak tahan dengan panahan mata Tuan Mizan, cepa-cepat Laila menundukkan wajahnya kembali. Air mata yang masih bersisa di kelopak mata, diseka.

Tasya yang melihat Tuan Mizan langsung tidak berganjak dari tempatnya berdiri, mula melangkah ke hadapan pintu rumah. Siapalah yang datang waktu genting macam ni? Adakah jiran terdengar kekecohan di rumah mereka? Nasib baik tak ada yang report dekat polis. Haish, buat malu saja. "Waalaikumussalam."

"Laila dah balik rumah ke?"

"Mak cik, pak cik. Mama dah balik. Masuklah dulu." Tasya menggaru pipinya yang tidak gatal. Tak tahu apa panggilan yan sesuai untuk diberikan kepada Hajar dan Salem. Mereka dikira datuk dan nenek tirinya kan?

Terkocoh-kocoh Hajar menanggalkan seliparnya lalu masuk ke dalam rumah diikuti oleh Salem.

Tuan Mizan memandang tetamu yang datang ke rumah. Belakang Laila diusap lembut untuk menenangkan isterinya itu. "Mak dengan abah datang," ujarnya perlahan.

Hujung hidung yang berhingus, Laila lap dengan hujung lengan bajunya sebelum dia berpusing mengadap kedua-dua orang tuanya. Kedua-duanya disalam tanpa mampu berkata apa-apa.

"Duduklah dulu. Maaf, tadi aku dah buat kamu berdua risau." Tuan Mizan menggamit Hajar dan Salem untuk duduk di sofa.

Laila memandang Tuan Mizan, tidak mengerti. Kenapa Hajar dan Salem datang ke rumah mereka lewat petang macam ni? Mungkin Tuan Mizan sudah memberitahu mereka yang dia masuk hospital? Lambat-lambat Laila melabuhkan punggungnya di sebelah Tuan Mizan.

"Macam mana Laila boleh masuk hospital?" Laju saja soalan Hajar keluar dari mulutnya.

"Er.... Laila pengsan. Sebab tak tahan panas." Laila sendiri buntu untuk menerangkan kepada orang tuanya.

"Laila pitam sebab badan dia tak berapa sihat. Laila mengandung." Tuan Mizan menggaru hidungnya.

"Eh?" Razlan yang berdiri agak jauh dari mereka, sedikit terkejut. Matanya memandang Tasya meminta kepastian. Tasya hanya tersengih seperti kerang busuk.

Mulut Hajar sedikit melopong.  "Laila mengandung? Betul ke?" Wajah Laila dipandang lama.

Malu-malu Laila menganggukkan kepalanya.

"Dah berapa bulan? Kenapa tak bagitahu kat mak?"

"Err.. dah dua bulan."

"Alhamdulillah," ujar Salem sepatah.

"Kami bukan tak nak bagitahu. Tapi macam masih awal. Ingatkan nak tunggu masuk tiga bulan, baru nak bagitahu dekat semua orang.  Tapi tak sangka pula ceritanya jadi macam ni," terang Tuan Mizan.

"Tasya, apa yang terjegat kat situ je. Buatlah air untuk tetamu." Razlan memberi arahan kepada Tasya.  "Mak cik dan pak cik berbual la dulu. Kami ke belakang buat air sekejap." Razlan merangkul bahu Tasya, memaksa adiknya itu melangkah seiring dengannya ke dapur.

Terkial-kial Tasya mengikut langkah Razlan ke dapur.

"Better Tasya cerita every single thing kat Angah. Dari A sampai Z. Jangan ada tinggal sikit pun," bisik Razlan perlahan sewaktu mereka menghilang ke dapur.

Tuan Mizan terdiam seketika dengan babak seminit anak-anaknya. "Sejak dua tiga hari ni alahan Laila ni macam makin teruk. Makan pun tak lalu. Asyik muntah je. Itu yang Laila berehat kat rumah je. Tapi tak sangka pula boleh pitam."

"Laila pergi mana tadi?" soal Salem pendek tapi padat.

Laila memgerling ke arah Tuan Mizan. Tergagap-gagap mulutnya ingin bercerita.

"Laila nak pergi kedai runcit seberang sana. Handphone pun tak bawa sebab fikir dekat je.  Tak sangka pula boleh pitam. Nasib baik ada orang yang tolong hantar ke hospital." Tuan Mizan bercerita bagi pihak Laila. Takkanlah dia mahu ceritakan keburukan keluarga sendiri.

"Risau pula mak dengar. Laila kalau tak ada teman kat rumah ni, datang jela rumah mak. Sekurang-kurangnya mak boleh tengok-tengokkan. Kot la pengsan dalam rumah, susah nanti," ujar Hajar.

"Betul cakap mak kamu tu, Laila. Sekurang-kurangnya ada orang yang boleh tengokkan Laila kalau Mizan tak ada. Tak adalah kamu duduk rumah seorang diri," tambah Salem.

"Laila okey tak?" Tuan Mizan merenung ke wajah Laila yang sedang berfikir.

Laila bermain dengan jari-jemarinya. "Laila tak nak menyusahkan sesiapa."

"Susah apanya. Duduk jelah rumah mak tu. Macamlah tak biasa. Lagi pun mak tengok Laila ni dah makin kurus pula. Risau badan tu tak larat nanti," tambah Hajar lagi.

"Aku rasa lebih baik Laila duduk rumah diorang waktu aku tak ada." Tuan Mizan membuat keputusan sendiri.

Laila menganggukkan kepalanya perlahan.

"Tapi duduk sana, jangan sibuk nak buat kerja rumah pula.  Rehat. Jangan nak paksa badan tu," pesan Tuan Mizan.

"Tapi nanti nak makan apa?" tanya Laila polos.

"Tak payah sibuk nak masak. Mak kan ada. Biarlah mak yang masak. Betul tak, Hajar?" Tuan Mizan memandang Hajar.

"Aa... Ya... Betul." Terkial-kial Hajar menjawab bila terasa Tuan Mizan perli padanya.

"Kalau aku dapat tau Laila degil juga buat kerja rumah, tau la aku nak buat apa nanti." Tuan Mizan merenung Laila tajam. Suaranya sengaja ditegaskan seperti memarahi Laila tapi ayatnya lebih ditujukan kepada Hajar.

Hajar tersenyum kelat. Panas pula telinga mendengar kata-kata Tuan Mizan.

"Iya. Nanti Laila akan rehat je. Laila tak buat apa-apa." Laila akui, dia sudah tidak mampu untuk membuat kerja seperti dulu lagi. Badannya cepat saja terasa penat. Baru sapu sampah rumah saja, dia sudah termengah-mengah mencari nafas.

Kalau memasak pula, ada saja yang tak kena. Kadang-kadang terasa tawar, kadang-kadang pula terasa masin. Ini semua salah lidahnya yang sering terasa payau. Deria rasa juga sudah kelaut.

Tuan Mizan mengukirkan senyuman senang hati. "Dah alang-alang datang sini, kita makan malam sekalilah. Semua orang ada ni, meriah la sikit. Mana tau nanti boleh naikkan selera Laila ni."

Hajar memandang Salem di sebelah. Kalau mereka makan di rumah Tuan Mizan, macam mana pula dengan Tiara di rumah tu? Dia belum sempat masak apa-apa untuk makan malam. Nanti apa anak daranya itu ingin makan?

"Boleh juga. Dah lama kita tak makan bersama, kan?" Tersenyum Salem dengan cadangan Tuan Mizan.

Bulat mata Hajar dengan persetujuan Salem. Aik, orang tua ni dah lupa ke dengan anak kat rumah tu? Omel Hajar di dalam hati. Walaupun tidak bersetuju, dia tidak berani untuk membantah.

"Alhamdulillah. Malam ni kita makan dekat luarlah. Tak perlu susah-susah nak masak. Laila okey ke makan kat luar nanti?" Mata Tuan Mizan kembali jatuh pada wajah Laila.

"Laila okey. Laila ikut je mana-mana," jawab Laila perlahan.

"Tiara macam mana?" soal Hajar pada Salem. Tak senang hatinya untuk biarkan Tasya makan seorang diri di rumah.

"Suruh la dia datang sini. Mizan tak kisah kan kalau Tiara ikut sekali?" tanya Salem pada Tuan Mizan.

Tuan Mizan tersenyum senget. "Boleh."

Cikit je lagi nak sampai ke garisan penamat 😁

Citer ni akan saya edit dari masa ke semasa. So siapa yang reread, akan perasan.

Saja ubah sikit bagi kena cita rasa pembaca 🙈

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now