05

89 10 0
                                    

ALARM di telefonku berbunyi, perlahan-lahan aku membuka mata tangan mula meraba mencari dimana letaknya telefonku.

Aku mencapai telefonku lalu menekan butang 'berhenti' . Aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 5.35 pagi.

Aku duduk lalu menyelak selimut ku ketepi, aku menggeliat seraya menguap. Aku bangun dan berdiri tak lupa juga aku membuat sedikit regangan badan.

Aku mencapai tuala dibelakang pintu lalu aku melangkah menuju ke bilik mandi.

Usai mandi, aku memakai baju setelah itu menuju ke bilik air semula untuk mengambil wuduk.

Azan subuh berkumandang, itu adalah tanda untuk semua umat Islam bangkit dan menunaikan kewajipan sebagai umat muslim.

Usai solat aku menadah tangan lalu aku membaca doa selesai solat tak lupa juga aku menyelitkan Ayat Kursi didalam doaku. Selesai membaca doa-doa tersebut aku bangun lalu melipat telekung dan sejadah setelah itu aku meletak telekung dan sejadah kedalam Almari.

Aku memakai inner dan juga  aku memakai t-shirt jersey. Pakaian ku sangat simple, make up ku agak natural. Aku hanya memakai sunscreen dan lipgloss.

Aku melilitkan shawl ke leher dan aku juga memastikan tudung ku tidak terlalu singkat, dada ku juga ditutup agar tidak kelihatan aurat.

Aku menyemburkan sedikit minyak wangi. Apabila sudah berpuas hati dengan penampilan sendiri, aku senyum lalu mencapai telefonku.

Aku memulas tombol pintu lalu keluar dari bilik.

Hidungku tiba-tiba mencium aroma yang melazatkan membuatkan perutku bernyanyi.

"Rel!" jerit Haykal.

Aku turun dari tangga lalu melihat Haykal sedang menghidangkan makanan.

"Mana mama?" soalku, bingung. Biasanya mama yang akan menyiapkan sarapan di pagi hari.

"Mama pergi rumah Makcik Husnah" kata Haykal seraya membancuh kopi lalu meletakkan dua cawan di meja makan.

"Makcik Husnah? Siapa tu?" soalku ingin tahu.

"Hm, makcik Husnah tu mak kepada Hariez, kenal Hariez kan? Yang kau jumpa dia dekat Hospital masa tu" kata Haykal, aku hanya angguk.

"Tunang si Hariez tu curang lepastu mama cakap mak si Hariez tu nak jodohkan kau dengan dia semula" terang Haykal sambil menyuap bihun goreng kedalam mulutnya.

Semula? Apa maksud semula?

"Kenapa semula? Rel pernah kenal rapat dengan dia ke sebelum ni?" Haykal tiba-tiba tergamam tak lama itu dia berpura-pura tersedak tangannya mencapai secawan kopi lalu meneguknya.

"Tersasul lah, dah lah makan nanti sejuk tak sedap" Haykal mengubah topik, aku hanya mengangguk dan terus makan.

Usai makan aku bangun lalu mengutip pinggan yang kotor dan meletakkan pinggan-pinggan itu didalam singki. Aku mencuci kesemua pinggan itu, bak kata orang dulu-dulu anak dara kena rajin nanti dah kahwin senang nak uruskan suami, hehe.

"Haykal, Aurel nak keluar kejap tau" aku meminta izin untuk keluar bersiar-siar. Bosan juga hari-hari terperap dalam rumah.

Haykal angguk.

Aku mencapai kunci kereta lalu aku menuju ke kereta Honda ku. Aku menekan butang menghidupkan enjin lalu aku membiarkan enjin panas seketika.

Aku mengundur kereta keluar dari garaj rumah, setelah itu aku menekan minyak dan kereta aku mula bergerak, aku membuka radio agar suasana didalam kereta tidak terlalu sunyi.

Destinasi ku adalah PD Waterfront, tempat yang selalu ku pergi untuk menghilangkan stress.

Biasanya aku akan pergi bersama Tyara Emelda, tetapi sekarang dia sudah berkerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Siapa Tyara Emelda? Tyara merupakan kawan rapatku, dia lah orang pertama yang aku kenal selepas aku tersedar dari kemalangan 2 tahun yang lalu.

Katanya, kami rapat sejak sekolah rendah lagi. Kebiasaannya Tyara akan balik ke Negeri Sembilan seminggu apabila dia mendapat cuti tambahan.

Aku berjalan-jalan di sekitar kawasan pantai itu. Aku mengambil beberapa gambar langit yang sangat indah itu. Hati ku terasa lebih tenang apabila mendengar deruan ombak di pantai.

Terasa kesemua tekananku mula hilang.

"Hai," tiba-tiba aku mendengar suara seorang lelaki menyergah ku. Aku memandang lelaki itu dan ya, tak lain tak bukan semestinya Hariez. Terukir senyuman yang cukup indah di bibirnya tambah pula lesung pipit nya menambahkan aura ketampanan di dirinya.

Aku membalas senyuman itu dengan ikhlas.

"Awak buat apa dekat sini?" soalnya seraya menyedut air kepala ditangannya.

"Tak buat apa-apa, saya bosan dekat rumah so saya datang lah sini" jujurku. Tengok dia minum air tu tekak ni pula mengada nak minum air kelapa.

"Sorang?" tanyanya sekali lagi. Aku angguk, dapat macam ada dua orang ke?

"Jom, jalan-jalan dengan saya. Saya pun sorang, boleh lah kita kenal-mengenal lepastu nikah, mesti best!" katanya dengan nada teruja sambil tersengih kearah ku. Aku tahu itu hanya helahnya untuk mengusikku.

"Eee gatal!" cebikku. Hariez mengekek ketawa.

Aku dan Hariez mula berjalan beriringan sambil berborak dan ketawa bersama. Entah kenapa perasaan aku mengatakan kami sudah kenal lama dari dulu.

Aku menyinggah ke sebuah lori penjual makanan, aku membeli sosej bakar dan juga nugget, setelah itu kami mencari sebuah bangku yang kosong.

Aku dan Hariez duduk di sebuah bangku yang berada dibawah pokok yang agak besar.

"Pagi tadi mak awak datang rumah saya sebab nak jumpa mak saya" Hariez memulakan perbualan.

"Saya tahu, apa yang mak saya borak dengan mak awak?" tanyaku ingin tahu. Tiba-tiba wajah Hariez bertukar sedikit serius.

"Mak saya suruh saya kahwin dengan awak" katanya sambil memandang air di laut. Aku? Oh jelas terkejut. Tapi aku tahu, mungkin Hariez sengaja ingin mengusik ku.

"Saya tak tipu, mak saya dan mak awak berbincang depan saya pagi tadi" baiklah, tak tahu nak kata apa... But I think, aku perlu tanya dia satu soalan.

"Saya nak tanya something boleh?" tanyaku, Hariez hanya mengangguk seraya memandang tepat ke arah wajahku.

"Betul ke awak putus tunang? Apa punca awak putus tunang? Erm... I'm sorry if you feel that my question scratched your heart a little" aku kataku sambil menyoal. Hariez tersenyum dan senyuman itu bukanlah sengaja dibuat-buat.

"Saya sanggup setia dengan dia sebab dia pilihan mak saya, tapi bila saya tahu dia curang saya rasa kecewa. Bukan kecewa untuk diri saya tapi kecewa untuk mak saya, mak saya meletakkan harapan yang tinggi untuk dia jadi calon isteri saya tapi... Saya, saya paksa diri saya untuk terima dia dulu, walaupun saya tak boleh nak lupakan masa lalu saya bersama orang yang paling saya sayang. Saya sedikit bersyukur sebab dia curang dan saya berharap sangat-sangat masa lalu saya kembali..." terang Hariez, dapat ku lihat dia cuba menahan sebak.

"And you know? Saya terima lamaran mak awak" mukanya yang tadi nampak sedih kini kembali ceria. Wait! Dia? Terima lamaran? Maksudnya betul lah aku dijodohkan?

"Kenapa?! Bukan awak nak masa lalu awak kembali ke? Kenapa awak terima lamaran mak saya?" soalku tak puas hati. Tadi kata nak masa lalu kembali lepastu terima lamaran orang lain...

"Sebab boleh."


His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now