𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 47

6.7K 890 170
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

"DIA siapa?" Arabella sedikit berkerut tatkala matanya bertentangan dengan wajah Erzan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DIA siapa?" Arabella sedikit berkerut tatkala matanya bertentangan dengan wajah Erzan. Suasana di dalam bilik wad itu tiba-tiba sahaja ditemankan dengan kesunyian. Erzan yang mendengar persoalan dari Arabella itu terus terdiam dengan pandangan mata yang tunak merenung segenap wajah isterinya. Gadis itu memandangnya dengan wajah yang tidak mengerti.

Doktor Khairul sudah bertukar riak melihat keadaan Arabella yang ingatannya tidak sepenuhnya terpulih itu. Puan Zaniah lekas menayangkan wajah terkejut sebelum dia mendekat ke arah Arabella. Wajah sedikit ditundukkan sebelum bersuara.

"Bell tak ingat suami, Bell?" Lembut Puan Zaniah menyoal sambil mata dibawa untuk melirik wajah Erzan. Dalam hati wanita tua itu, dia sudah berharap agar anak perempuannya itu masih mengingat tentang Erzan walaupun sebenarnya peluang itu tipis memandangkan sebentar tadi Arabella baru sahaja menanyakan tentang siapa diri Erzan.

Dia berharap apa yang diucapkan Arabella itu tadi hanya gurauan semata-mata.

Arabella membawa kepala perlahan ke arah wajah Puan Zaniah. Dia sedikit menayangkan wajah terpinga-pinga sebelum bersuara.

"Bell dah khawin ke, mama?" Puan Zaniah yang mendengar jawapan Arabella itu sudah memejamkan mata erat sebelum menjauhkan kembali wajahnya dari Arabella. Kepala dipalingkan ke sebelah, memandang suaminya yang hanya tenang mempamerkan riak biasa. Bagai tidak terkesan dengan situasi sekarang.

Erzan pula sudah melepaskan nafas berat sebelum dia mengalihkan wajah ke arah lain. Tak sangka apa yang dia harapkan tidak terjadi akhirnya terjadi.

Arabella, isterinya itu tidak mengingatnya.

"Betul ke Puan Arabella tak ingat dia ni siapa?" Kini, Doktor Khairul pula bicara sambil mata tunak merenung wajah pesakitnya itu. Dia ingin memastikan sesuatu sebelum memberikan kata putus tentang keadaan Arabella kepada keluarga gadis itu.

Erzan kembali mengalihkan kepala ke arah Arabella. Dia nampak Arabella menghembuskan nafas berat sebelum menggelengkan kepala. Menunjukkan bahawa memang dia tidak tahu siapa lelaki yang berada di sebelah Doktor Khairul itu. Pada Arabella, wajah Erzan tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Siapa lelaki itu?

"Saya...saya tak ingat. Awak..siapa?" soal Arabella perlahan lalu matanya dibawa untuk bertentang mata dengan Erzan. Bukan apa, dia pelik mengapa Doktor dan mamanya menanyakan soalan yang sama kepadanya tentang lelaki itu seolah-olah lelaki itu pernah diingatnya sebelum ini.

Erzan hanya diam mendengar soalan Arabella itu sebelum tangannya naik untuk menyentuh lengan milik Doktor Khairul sehingga membuatkan lelaki berjawatan hebat itu memalingkan kepala ke arahnya. Erzan menjongketkan keningnya ke atas sebelum bersuara.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now