Bab 19

40 6 1
                                    

Seminggu selepas episod kami di awan biru, kami tidak hilang kontak sama sekali. Malahan lebih rapat, dan yang lebih membuatkan hubungan makin baik adalah kerana kami bakal naik pelamin dalam masa lebih kurang dua bulan lagi. Suka atau duka? Segala perasaan bercampur dan bercambah, adakah aku sudah bersedia untuk menjalani kehidupan baru? Apa pula ujian yang bakal aku hadapi nanti bersama Haqq?

Terlintas pula persoalan itu di minda, bukan itu yang paling aku takuti. Aku takut yang aku tak dapat jadi yang terbaik buat Haqq yang serba serbi sempurna. Disebabkan hal itu, aku sering merasa sedih dan di situlah bayangan Haqq berkaca di layar mata.

   "Ayfa! Menung apa tu?" Suara yang nyaring itu sangat aku kenal, Kak Fazi. Potong daun betul lah nak melayan perasaan sendiri pun.

   "Akak! Apa ni terkejut Hayfa tau.." cebikku disertai jelingan. Kak Fazi tertawa melihat betapa terkejutnya aku.

   "Berangan apa tu adik ku? Mentang-mentang dah jadi tunangan orang" perli Kak Fazi bersama tolakkan di bahu aku.

   "Hish sibuk je akak ni. Tak ada lah kak, Hayfa cuma terfikir sesuatu je.." jari menguis meja kayu di hadapan sambil menunduk ke bawah.

   "Terfikir apa tu? Encik tunang yang charming ke?" Kak Fazi mencelah lagi, tangannya merayap ke jari aku yang sudah bercincin.

   "Hurm itu satu...lepastu"

   "Alolo comelnya dia teringat kat tunang" tak sempat ayatku dihabiskan, Kak Fazi dah mengusik hish!

   "Hayfa tak habis cerita lagi! Hurm bukan apa, Hayfa takut kalau pilihan ni betul atau tidak" bibirku menutur perlahan tetapi masih boleh di dengar oleh Kak Fazi. Dengan selambanya Kak Fazi menarik kerusi di sebelah dan duduk berdepan dengan aku.

"Tanya lagi betul ke tak? Kalau dah sampai lamar atas private jet tu kira betul lah tu" celah Kak Fazi dengan memuncung bibir.

"Tapi kak, saya tak tahu yang saya mampu atau tidak untuk Haqq. Dia tu sempurna, saya tak.." pintasku dengan nada suram. Tangan di tarik oleh Kak Fazi, dengan lembut dia mengusap jari jemari aku.

"Akak faham, biasa lah Hayfa baru-baru nak merasa mencipta hubungan. Pada akak tak salah kalau nak rasa begitu, tapi jangan terlalu. Sempurna ni tak ada dalam diri seseorang insan, manusia ni banyak kekurangannya Hayfa. Boleh jadi sempurna yang Hayfa maksudkan itu dari segi dia orang yang berharta. Walaupun dia banyak harta, tak boleh jamin yang Hayfa akan jadi orang yang kuat disebabkan banyak benda yang dia selalu beri, itu boleh jadi ketidaksempurnaan. Yang kedua, misal kata sempurna yang Hayfa maksudkan adalah dia mampu untuk bahagikan masa untuk Hayfa, tapi dia tak mampu untuk bahagikan masa untuk diri dia, itu pun satu ketidaksempurnaan" berbelit lidah Kak Fazi menjadi kaunselor tak bertauliah sekarang ini. Terpaksa lah aku buka telinga untuk mendengar.

"Jadi..bersederhana lah dalam berbuat sesuatu, boleh jadi sederhana itulah bahagia yang kita sering cari" sambung Kak Fazi lagi. Membulat aku menatap matanya, serius betul dia kali ini.

"Hm...baik lah akak, Hayfa cuba. Mungkin Hayfa pun kena terima Haqq seadanya, dari situ pun Haqq boleh terima Hayfa kan?" Jawabku separa setuju dengan celoteh nya sebentar tadi.

"Now you got it. Okay lah sambung lah merindui bakal suami tercinta tu, akak nak ke pantri kejap" balas Kak Fazi seraya bangun dari duduknya. Lantas dia perlahan berlalu meninggalkan aku.

Ada-ada je Kak Fazi ni, nasib lah tak ada orang dengar. Bila nama Haqq mula bermain di kepala, bibir dengan tak sengaja mengukir senyum entah kenapa. Tapi benar, saat ini aku merindui Haqq. Apa lah yang dia buat sekarang ini?

"Ting!"

Baru aje sebut pasal dia, masuk pula notifikasi dari encik tunang. Laju tangan menggapai telefon di sebelah.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now