Bab 13

243 20 0
                                    

PANG!

Automatik kedua-dua tangan dibawa menutup mulut tatkala penglihatannya dihidangkan dengan babak yang baru sahaja berlaku. Bersilih ganti wajah Alisya berserta seorang lelaki yang sedang berdiri bersebelahan dengan seorang gadis yang Haania sendiri tidak kenali siapa, dipandang.

"Oh, jadi ini lah maksud kau 'sibuk nak jumpa.' Ingatkan sibuk kerja ke apa, rupanya sibuk berjoli dengan perempuan lain eh?" Dada Alisya turun naik, menahan amarah yang bila-bila masa sahaja boleh meledak. Dia datang ke pusat membeli belah ini dengan harapan mahu membeli sesuatu sebagai hadiah untuk tunangnya. Tidak sangka dia pula yang dapat 'hadiah.' Pakej dengan kejutan yang langsung tak terjangkau dek otak pula tu.

"Awak saya—"

"Saya boleh jelaskan? Aduh, ayat dalam drama mana kau cekup ni wahai Iqram Adli? Nak jelaskan apa lagi kalau dari jauh aku dah nampak kemain peluk-peluk lengan, pegang-pegang. Dah terlupa halal haram ke? Ke sebenarnya senyap-senyap kau dah kahwin dengan dia? Kalau ye, dekat mana, Siam?" Bertubi-tubi ayatnya dilontarkan. Langsung tidak memberikan ruang untuk Iqram bersuara.

"Alisya!" Suara Iqram mula naik seoktaf namun, tingginya intonasi suara itu langsung tidak membuatkan Alisya terkesan, malah, dia hanya mampu ketawa. Haania pula hanya mampu memerhati. Tidak tahu apa yang perlu dibuat.

"Haania?" Seruan namanya membuatkan Haania balikkan sedikit tubuh. Terserlah wajah Hadeef.

"Eh, awak kawan Khalish kan? Hadeef am I right?"

Hadeef sekadar mengiyakan. Pandangan mula dilemparkan dengan adegan yang tersergam di hadapan mata.

"Apa jadi ni?" Dari jauh dia dapat lihat, orang ramai berkerumun. Sangkaannya mungkin sedang melihat para pelakon berlakon, tetapi tidak pula.

Haania hanya lepaskan keluhan kecil. "Kalau awak tengok betul-betul, awak rasa sebab apa?" Dibiarkan sahaja Hadeef memerhati babak yang sedang terlayar.

"Bagus juga bila tarikh nikah kita asyik anjak. Mungkin benda tu jadi sebab Allah nak tunjuk dekat aku perangai kau sebenar kau! Tak sangka eh kau sanggup buat macam ni?" Cincin di jari manis mula ditarik dengan kasar lantas dilempar tepat ke wajah Iqram.

"Bagitahu ibu yang kau dengan aku dah tak ada apa-apa. Kalau ibu tanya kenapa, kau sendiri yang mengaku. Kalau kau sendiri tak nak mengaku, then tell her to meet me so I can explain one by one with proof!" Tidak tunggu lama, Alisya mula menuju ke arah Haania.

"Kita balik je lah Nia. Nasib aku tak beli apa-apa lagi. Kalau tidak, tak tahu la dekat mana aku nak buang sampah untuk orang tak guna tu," ujar Alisya lantas membuka langkah terlebih dahulu. Terpinga-pinga Haania jadinya. Cepat-cepat langkah Alisya dikejar.

Hadeef pula masih lagi kaku di tempat yang sama. Kedua-dua tangan dinaikkan diparas dada lantas tepukan mula berbunyi. "Wah, dah macam tengok drama slot Akasia pukul 7..." Kepala digelengkan. Kelibat kedua-dua gadis tersebut masih lagi dilihat sebelum ianya mati tatkala bunyi deringan mula masuk ke dalam koklea telinga.

***

"SERIOUSLY Alisya?"

"Seriously what?" tanya Alisya bingung. Tangan masih lagi ligat menyapu sampah.

"Ini cara healing kau?" Hari ini merupakan hari gotong-royong untuk Rumah Cahaya dan sudah tentulah Haania akan turut setia. Tetapi tidak menyangka Alisya turut berminat. Katanya boleh dijadikan sebagai healing untuk lupakan kejadian yang berlaku dengan bekas tunangnya tempoh hari.

Unik betul cara healing. Bukankah orang kalau nak healing akan menikmati permandangan alam contohnya dengan pergi ke pantai atau sebaliknya. Tak pun membeli belah.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now