Chapter 18 - Latte?

3.5K 100 12
                                    

Sudah 1 jam setengah Aref Daniel dan Ziiyad Kyle mengemas buku yang berada di perpustakaan. Perut milik Kyle mula berbunyi tanda lapar.

Brukkkkkkkkkk

" Kau, lapar ke Kyle? " Tanya Aref Daniel. Ziiyad Kyle hanya mengangguk kepalanya tanda dia benar-benar lapar ketika ini. Sejak dari tadi dia menahan lapar sudah la pagi tadi dia tidak mengambil sarapan pagi risau jika perutnya mula gastrik. Tidak pasal-pasal muka handsome dia memasuki wad kecemasan pula.

Takmo la kito.

" Ha, kau pergi la kalau nak rehat dulu biar yang ni aku buat. Masa ni boleh je lah kalau kau nak keluar pergi beli makanan ke apa. " Jelas Aref Daniel kepada Ziiyad Kyle.

" Kau nak apa-apa ke aku boleh tolong belikan. " Tanya Ziiyad Kyle matanya hanya melihat kearah Aref Daniel yang sedang mengemas buku di kawasan meja pula.

" Belikan untuk aku air latte satu, Aku nak yang sejuk au. Makanan aku taknak sebab aku tak lapar. " Kata Aref Daniel kepada Ziiyad Kyle. Kyle hanya mengangguk dan keluar dari perpustakaan kakinya melangkah ke arah dewan makan cafe yang berdekatan.

Setiba di cafe itu.

Ziiyad Kyle masuk kedalam cafe tersebut tangan kanannya menolak pintu cafe namun kepalanya terangkat apabila ada suara yang menegurnya dari jauh.

" Hi, welcome. "

Seorang lelaki yang menyambut kedatangan Ziiyad Kyle di cafe mula tersenyum tanda menghormati pelanggan mereka.

Senyuman kan adalah salah satu sedekah.

" Apa yang welcome, saya belum cakap thank you pun. " Kata Ziiyad Kyle dengan selamba.Wajah pekerja yang menyambut itu mula tersenyum kelat.

Er

" Eh, tak bang welcome tu macam. Selamat datang heee . " jawab pekerja lelaki tersebut. Senyumannya dia masih dibibir menampakkan giginya.

" Selamat datang ke mana ? " Tanya Ziiyad Kyle. Jarinya menunjukkan kearah kekiri dan kekanan. Lelaki yang berada di kaunter itu mula bingung apabila mendengar perkataan daripada Kyle.

Ha?

" Selamat datang ke ke mana mana ? " Kata Ziiyad Kyle lagi. Diulang-ulang beberapa kali ayat yang sama untuk lelaki yang berada di kaunter itu.

Maklum lah duduk luar negara mana reti order-order ni.

Kitonyo manjo.

Kalau duduk luar negara boleh lah disuruh mikha yang order ketika ini. Dia mana reti order-order ni waduh susah sekali ya.

" Selamat datang ke kedai saya ha macam tu. " Jelas lelaki itu menahan sabar apabila melihat perangai Ziiyad Kyle itu. Matanya cuba untuk tidak dijeling kearah Ziiyad Kyle.

" Okay, kedai saya..... " Ziiyad senyap dan mula bertanya lagi dihadapan lelaki yang menjaga kaunter itu. Matanya melihat kearah name tag baju lelaki yang bernama Ahnaf zikri itu.

Woah nama dia unik.

Saya suka saya suka.

" Yang? " Tanya Ziiyad Kyle. Dia mula melihat Ahnaf zikri dengan pandangan redup.

" Yang apa kau yang ? Takde dah ! Aku datang pagi tadi ceria je tau, datang je kau rosak kebahagiaan aku. Kau nak order apa ? Meh sini. " Balas Ahnaf zikri dengan berang. Dia mula memanggil Ziiyad Kyle untuk datang kearahnya. Ziiyad Kyle yang melihatnya Ahnaf zikri memanggilnya mula menghampiri lelaki tersebut.

Ohok ada orang panggil saya la hehek.

" Rilek lah bang. Alamak menda ea yang Aref Daniel nak tadi ?  Ha bang bagi saya ni lah bang aiss " Satey " satu. " Jelas Ziiyad Kyle sambil menunjuk jari telunjuknya tanda mahu satu sahaja di hadapan lelaki itu. Mata Ahnaf zikri mula tajam melihat Ziiyad Kyle.

" Latte! " Jawab Ahnaf zikri dengan geram.

" Latte okay latte latte okay latte L A T T E ! OKAY ! " Balas Ziiyad Kyle dengan laju. Kedua-dua tangannya diangkat diatas tanda mengaku kalah.

" Kecil-kecil taknak mampus, Dah besar macam anjing. " Kutuk Ahnaf zikri dengan perlahan. Tangannya mula membuat kerja dalam bahagian air pula.

Ziiyad hanya memandang kearah Ahnaf zikri yang tengah buat kerjanya.Dia bosan apabila tiba-tiba sunyi.

Dah la kehidupan sudah sunyi. Single lagi sedih.

" Bang saya ni kan macam ada benda yang saya rasa serius lah, bang. " Ziiyad Kyle mula mengajak Ahnaf zikri untuk berborak dengannya.

" Serius ? " Tanya Ahnaf zikri dengan pelik. Walaupun dia berang dengan lelaki yang berhadapan ketika ini. Namun Ziiyad Kyle tetap pelanggannya. Kena layan baik-baik kalau tak susah dia nanti takde customer.

" Serius la bang, Hm macam tertanya-tanya macam tu. " Jawab Ziiyad Kyle dengan laju.

" Itu curious ! Dia serius ni macam engkau serius ke ? " Jelas Ahnaf zikri.

" Tak, saya curious. " Balas Ziiyad Kyle lagi.

" Iya ! Aku explain ! Ni apa benda yang kau tertanya ni ? " Kata Ahnaf zikri.

" Saya ni ada bela ikan, harini birthday dia jadi perlu tak saya belikan dia ' fishcake ? " Tanya Ziiyad Kyle.

Matanya hanya memandang kearah Ahnaf zikri untuk mengetahui kepastian.

" Kepala hotak kau ! Habis kalau ikan kau nak main bola bagi apa fishball? Nah ! Kau ambik ni !  "

Balas Ahnaf zikri dengan geram. Dia berikan air yang sudah disiap buat kepada Ziiyad Kyle. Makin dilayan makin sakit kepalanya. Boleh mental hari-hari kalau dapat customer macam ni.

" Tak de lah. Birthday kan mesti lah nak kena ada kek. Aduhai tapi at-least lilin takde,bang ? Boleh dia tiup fuh fuh ha macam tu bang. " Tanya Ziiyad Kyle lagi.

" Eeeii berambusss !!! " Halau Ahnaf zikri.
Ziiyad Kyle terus bayar duit air dan pergi kearah kedai lain untuk membeli makanannya.

Alo dah kena marah hik sampai hati.

Sesudah membeli makanan dan minuman Ziiyad Kyle tiba di perpustakaan.

Dia menceritakan situasi itu kepada Aref Daniel dan terlihat kearah lelaki itu yang gelakkan dirinya.

" Bongok la HAHAHAHAHAH yang kau pergi kacau orang tu kenapa aduh sakit perut aku tahan gelak. " Balas Aref Daniel.

" Kita ini hidup kena ada wawasam." Balas Ziiyad Kyle dengan sambil lewa.

" Apa benda pulak ni wamwamsam? Wawasan ke ?  Wamwamsam untuk apa ? " Tanya Aref Daniel.

" Untuk jadi yang terbaik. Jadi tak jadi belakang kira yang pentim conpidemm. "

Jawab Ziiyad Kyle.

" Hotak dia lah conpidem orang confident " Kata Aref Daniel. Matanya dikesat daripada terus mengalir air mata.

Ko ingat tak penat ke gelak silent.

Aduhai sakit perutnya menahan gelak.

Terhibur dengan sikap Ziiyad Kyle.

Ni belum Hanni Dalisya lagi yang buat lawak.

Kalau bergabung antara Ziiyad Kyle dan Hanni habis lah. Berdekah gelak rasanya.

HAYDEN LITTLE GIRL Where stories live. Discover now