"Lia, jom beli groceries. Rumah aku takda barang masak langsung ni." Laung Arden dari tingkat bawah.
"Okay kejap, nak pakai tudung!" Balas Aurelia. Dia hanya mengenakan bawal yang diselempang sahaja.
"Okay jom awak." Ajak Aurelia.
"Hm kejap." Arden masih ralit menghadap komputer ribanya.
"Awak ni tadi beria ajak orang. Lepastu orang dah turun, dia tak habis-habis kerja lagi." Bebel Aurelia, dia melabuhkan duduk di hadapan suaminya.
"5 minutes sayang. Kejap ya." Arden berkata tanpa memerhatikan wajah isterinya yang sudah masam mencuka.
"Yalah." Aurelia bermain dengan telefonnya pula.
"Okay dah 5 minit. Jom." Arden meletakkan komputer ribanya di atas meja. Dia melangkah keluar rumah diikuti Aurelia.
"Saya nak tanya, awak cakap awak dah lama tak tinggal dekat rumah tu kan? Tapi kenapa bersih tak ada habuk pun saya tengok?" Aurelia mengangkat sebelah keningnya.
"Aku panggil maid kemaskan setiap minggu. Bukan kemas apa pun. Cuma buang habuk ja lah." Jawab Arden.
Aurelia mengangukkan kepalanya. Dia kembali berdiam diri.
"Aku nak tanya sesuatu boleh?" Arden menyuarakan isi hatinya.
"Hm tanyalah." Jawab Aurelia.
"How are you holding up now? Selepas apa yang jadi." Arden mengerling isterinya yang terdiam.
"Honestly, saya tak tahu Arden. Ada masanya saya okay. But most of the time, that scene keep playing in my head. I get panic easily." Jawab Aurelia perlahan.
"I'm trying to be better tapi tak semudah apa yang semua fikirkan. Lagipun, I have no one to help me." Sambung Aurelia.
"I'm sorry." Arden berkata sambil merenung wajah isterinya lama ketika berhenti di lampu isyarat merah.
"Untuk apa?" Aurelia menoleh ke arah suaminya.
"I wasn't there that night. Aku tak dapat lindungi kau macam yang aku harapkan. But, I'm here now, for you" Tangan si isteri digenggam erat.
"It's okay awak. It wasn't your responsibility pun. Cukup awak ada macam sekarang, saya dah bersyukur." Aurelia tersenyum nipis.
"Do you love me?" Soalan Arden menyentakkan Aurelia.
"Saya tak tahu. Saya masih keliru dan.. takut." Antara dengar tidak dengar sahaja jawapan Aurelia.
"I won't ask you to love me back mia stellina. Just give me permission to love you." Kata Arden sambil mengerling ke arah isterinya. Kereta diparkir apabila mereka sudah tiba di Lotus.
"Awak marahkan saya ka?" Lengan Arden ditarik.
"Mana ada sayang. Jangan fikir bukan-bukan." Tangan Aurelia dicapai lalu ditarik untuk jalan bersebelahannya.
Arden mengambil troli yang disediakan. Kaki melangkah di setiap lorong yang disediakan.
Tiba di lorong makanan beku, mata Aurelia hanya memerhati pelbagai jenis aiskrim yang tersusun. Nak minta, tetapi dia segan pula.
"Awak ambilkan daging cincang kejap." Arah Arden, tangannya sudah penuh dengan makanan lain.
Aurelia melangkah meninggalkan suaminya di belakang. Dia memilih jenama daging cincang yang digemarinya. Setelah siap pilih, dia kembali ke troli mereka.
Mata ternampak bekas aiskrim yang terletak di dalam troli, juga sekotak aiskrim magnum.
"Aiskrim?" Aurelia menoleh ke arah suaminya.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...