PERUT yang sakit disentuh. Disebalik baju sekolah yang tersarung di tubuh, ada lebam yang sedang membiru. Seharian dia tidak makan sejak semalam. Dia juga tak boleh tidur sepanjang malam tadi disebabkan rasa sakit. Sekarang jam sudah masuk angka 7:23 petang.
Hari ini, dia tak larat tapi mama paksa dia ke sekolah. Mama juga pesan untuk jangan balik sehingga jam 7 sebab Wazir akan berada di rumah sepanjang tempoh itu. Hari Jumaat memang itulah rutin Wazir. Dia akan keluar lepas waktu Maghrib macam syaitan.
Ikutkan hati Amanda tak mahu ke sekolah, dia mahu temankan mama di rumah. Dia juga risau kalau mamanya diapa-apakan Wazir tapi mamanya paksa supaya pergi. Dia tak mampu berbuat apa-apa kecuali akur. Memang sepanjang hidunya dia hanya akur apa yang mama minta. Dia tak pandai melawan.
20 minit berjalan dari sekolah, Amanda akhirnya tiba dihadapan pagar rumah. Kereta Wazir tiada. Amanda melepaskan nafas lega namun dia tetap harus berhati-hati. Siapa tahu lelaki itu masih ada didalam rumah walaupun kereta dia tak ada.
Lorong kecil tepi rumah untuk ke pintu belakang dia selusuri perlahan-lahan tanpa membuat bising. Sebaik kakinya berdiri betul-betul di hadapan pintu kayu bahagian belakang dapur, kunci pendua yang sudah berada didalam tangan dimasukkan ke lubang kunci dan dipulas.
"Assalamualaikum mama..." bisiknya.
Dia berjungkit masuk ke ruangan dapur yang gelap itu. Beg sekolah ditanggalkan dan diletakkan di atas lantai dapur.
"Aghhh~"
Bulu roma Amanda meremang serta merta. Suara itu adalah suara mamanya. Bukan menjerit tetapi seperti dalam kesakitan.
"Aku dah bagi amaran. Aku tak boleh biarkan kau hidup dan bagi peluang pada kau buat apa-apa..."
Suara itu pula bukan suara Wazir ataupun mana-mana lelaki yang Amanda kenal. Suaranya keras dan menakutkan walaupun dia bicara cukup perlahan. Dada Amanda terasa seperti mahu pecah. Dengan tubuh yang sudah menggigil, Amanda dekati ruang yang jadi pemisah dapur dengan ruang tamu.
Sap!
Sekelip mata, jantungnya terasa seperti terhenti melihat apa yang sedang tertayang didepan mata. Dia terkaku. Bagai mahu pecah dada melihat keadaan dua manusia yang sedang berhadapan antara satu sama lain.
Mata Amanda jatuh pada kaki mamanya, ada cecair merah pekat yang mengalir deras. Air mata Amanda tumpah serta merta dan tangan dibawa menekup mulut. Sekuat hati dia menahan diri dari menjerit.
Perlahan-lahan tubuhnya terlorot ke lantai bila kaki sudah mula hilang deria rasa. Tidak sedar, dia sudah terlupa cara untuk bernafas buat dada terasa menyempit. Matanya terus menerus menyaksikan nyawa mama diambil seorang manusia yang dia langsung tak kenal.
Tangan kekar yang menggenggam pisau ditekan lebih dalam ke perut mama yang sedang membulat. Tangan mama yang dipenuhi darah menggenggam tangan lelaki itu... cuba untuk halang tikaman itu pergi lebih dalam. Wajah mama berkerut dan memerah menahan kesakitan.
Kaki mama sudah kelihatan menggigil dan kelemahan. Wajah mama mulai pucat dan air mata mama mengalir setitis demi setitis melintasi pipi dengan laju. Kepala mama sudah terdongak memandang wajah lelaki itu dengan mata yang makin kuyu.
Mama sedang menahan sakit...
Amanda tak tahu bagaimana rasa sakit itu tapi didalam kepalanya sudah kuat menjerit 'mati'. Darah itu, wajah menahan sakit itu... apa yang dia sedang lihat sama seperti memori pahit di hari terakhir papa.
Mata Amanda jatuh pada lelaki bersut hitam itu, wajahnya penuh dengan benci tanpa secalit pun rasa bersalah. Anak matanya... tajam menikam anak mata mama.
YOU ARE READING
Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...