AKU lena dibuai mimpi, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan dari arah pintu bilikku. Siapa pula yang ganggu ni?
Aku bangun lalu bergegas membuka pintu. Apabila aku memulas tombol pintu aku melihat mama sedang berdiri di hadapan pintu bilikku.
"Astagfirullah!" untung aku tidak mengeluarkan kata-kata kasar. Adakah ini ibuku atau sejenis lembaga?
Sudahlah dengan telekung putihnya, bedak sejuk penuh satu muka. Ini kalau tengah malam boleh terkena serangan jantung ni. Nasib baik sudah pagi.
"Dah kenapa tengok mama pun macam tengok hantu?" tanya mama sambil mencekak pinggang. Memang nampak macam hantu pun.
"Tak ada lah, ni mama nak apa? Rel tengah sedap-sedap tidur tadi tau.." cebikku, ala-ala nak bermanja dengan mak sendiri. Kalau nak bermanja dengan bapak, dia dah pergi underground dulu, haha...
"Rel teman mama pergi kenduri rumah Makcik Husnah tu boleh? Mama nak ajak si Haykal tu tapi hari ini dia ada meeting dekat ofis" kata mama. Aku? Aku bab-bab pergi kenduri ni memang paling malas lah. Pergi pun kalau dekat rumah mama tak masak.
Tapi... Rumah makcik Husnah? Maksudnya rumah Hariez lah kan?
"Hariez ada ke ma?" tanyaku seraya menggosok mata, nak buat acah-acah ngantuk.
Mama memandang dengan wajah hairan. Mesti dia pelik kenapa aku tanya pasal Hariez, aku cuma bertanya salah ke? Orang kata malu bertanya sesat jalan, ceyy!
"Tak ada" entah kenapa mood aku tiba-tiba bertukar menjadi suram. 'tak ada' satu ayat itu membuatkan hati aku rasa sedikit kecewa. Baru nak excited...
Hampir bahagia, tapi gajadi...
"Dah kenapa rel cari dia? Dah pandai nak menggatal eh?" usik mama. Lah, bila masa aku nak menggatal? Tanya pun salah. Ni lah mak-mak zaman sekarang, bila ditanya pasal anak laki orang mesti di cop menggatal, geram lah jugak aku!
*****
Suasana di rumah makcik Husnah sangatlah riuh, seperti reban anak ayam.
Bosan.
Ye, aku bukan. Dekat sini memang tak ada anak dara eh? Kebanyakan makcik-makcik je. Tapi kan... Kalau tengok betul-betul jenis makcik-makcik zaman sekarang ni macam rajin pergi gym. Ye lah, dah tua bangka pun masih larat berjalan lagi.
Ada yang tolong angkat tong gas lagi, kalau aku tu... Hm, mahu merungut tak tentu pasal. Padahal tak lah berat sangat...
Ada yang siap merempit naik motor lagi. Fuhhh! Dah tua nanti aku nak belajar naik motor juga lah, biar bakal suami aku tengok, walaupun isteri dia dah tua tetapi masih boleh bawa motor, haha...
Tiba-tiba aku menghidup bau aroma yang menyelerakan, mula lah perut ni nak menyanyi pula, tadi dekat rumah dah janji tak nak makan. Tapi apakan daya, rezeki tak kan datang dua kali.
Aku bangun dari tempat duduk ku lalu aku menuju ke meja yang terhidang dengan pelbagai jenis makanan. Perghh! Lauk-pauk dia bukan main!
Ada kari ayam, gulai masak lemak, daging sambil, ayam masak kicap, sambil ikan bilis, sambal tempe, senang cerita macam-macam lagi ada.
Kalau kuih-muih pula ada donat, karipap, dan macam-macam lagi. Malas lah nak list satu-satu.
Aku berjalan ingin menuju ke meja yang letaknya pelbagai jenis kuih. Dihadapanku, ada seorang lelaki yang tubuhnya cukup kekar. Dia sedang sibuk mencedok kuih dan meletakkan kuih itu kedalam pingganya.
Tiba-tiba lelaki itu memandang ku. Lama. Aku pula memandang lelaki itu kembali. Kami saling berpandangan. Sweetkan? Awak ada? Tak ada kan... Lemah!
"Saya yakin saya slay, dan saya tahu saya handsome. So please jangan tenung lama sangat nanti tak pasal-pasal masuk mimpi pula, siapa yang susah? Saya juga yang susah..." amboi, mamat ni! Perasan betul!
"Bila masa saya tengok awak?" tipu ku, sejujurnya aku memang merenung dia tadi. Muka dia agak familiar, macam...someone, tapi siapa eh?
"Eleh jujur je lah, buat apa nak malu?" katanya dengan nada mengusik.
Aku mula bengang, perut dah lapar lepastu kena tegur pula dengan Dma Islam 2.O, huh! Stress betul.
"Tapi kan awak ni cantik lah, saya nak ngorat boleh? Saya single lagi, awak single tak?" Ha sudah... Apa aku nak buat ni? Mama tolonglah anak mu ini...
Aku mengambil mangguk dan seterusnya aku mengambil lima ketul kek batik. Aku mencapai secawan jus limau yang telah disediakan diatas meja. Setelah itu aku mengangkat kaki dan meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum seperti menahan ketawa.
"Aurel, Aurel... Kalau lah kau ingat balik siapa aku... Aku ni bakal adik ipar kau tau," bisik lelaki itu dengan dirinya sendiri.
Aku duduk kembali dimejaku. Aku melayari tiktok sambil memakan kek batik yang telah aku ambil tadi.
"Excuse me, beautiful woman. Can I sit here?"
Aku mendengar suara lelaki asing, aku memandang ke arah pemilik suara itu. Dan... Ya, tak asing pun sebernanya.
Lelaki ini lah yang aku jumpa semasa hendak mengambil kek batik ni tadi.
Aku hanya angguk dan membiarkan dia duduk bertentangan dengan ku. Oh, for your information, meja dekat sini bukan bentuk bulat tapi bentuk petak.
"Awak datang sorang je ke?" dia mula membuka bicara. Aku angguk dan dia pun angguk. Kami saling anggukan.
"Apa nama awak?" tanyanya.
"Aurel."
"Uish, cantik betul nama awak ni, sama macam tuan dia" katanya lagi, aku hanya angguk dan melanjutkan makan.
"Awak ni memang selek eh?" hampir tersedak aku dibuatnya. Boleh dia kata aku ni selek? Hey! Kalau I selek I takkan layan and bagi you duduk depan I ni tau! Ikut sedap mulut you je kata I selek! You jangan sampai I jadi sugar mummy you yang garang lepastu I gigit-gigit you tau! I ni baran.
Sorry tergedik.
"Mana ada! Saya tak selek pun" kataku. Aku ni peramah orangnya, hehe...
"Hm, dah tu kenapa awak tak jawab soalan saya?" ha sudah... Soalan apa pula ni?
"Saya tanya awak ni single ke taken?" Haha lawaknya soalan dia, kalau aku dah bertunang macam mana? Kalau aku dah berkahwin macam mana? Hm... Kalau aku cakap aku ni janda dia percaya tak?
"Single, kenapa?"
"Okay bagus! Awak single saya single jom lah couple! Yeay aloha!" astagfirullah apa yang telah terjadi dengan hamba mu ini Ya Allah...
Tanpa mereka berdua sadari sepasang mata Hariez sedang memerhati telatah mereka berdua. Jealous.
Hariez mencuba mendekati Aurel dan lelaki itu.
"Ehem! Hai Aurel sayang. Buat apa tu?" tanya Hariez seraya mengerdipkan matanya ke arah Aurel.
Hah? Apa ni? Sayang? Euw!!
"E-eh along... Along buat apa dekat sini ? Dah makan ? Nak Harraz suapkan ?" terkucar kacir mulut lelaki yang bernama Harraz itu ketika bercakap dihadapan Hariez. Jelingan tajam yang diberikan oleh Hariez kepada Harraz.
Along ? Oh sekarang aku dah faham, diorang ni adik beradik rupanya... Patut lah muka dia nampak macam familiar giler.
"Em, kalau tak ada apa-apa Harraz masuk rumah dulu lah, bye along, bye Aurel" Harraz meminta izin untuk mempamit pergi seraya melambai tangan ke arah ku. Aku hanya melambaikan kembali dan tersenyum nipis. Huh...
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...