PROLOG

7 0 0
                                    

3 a.m, KUALA LUMPUR

"T..ttt..tolong aku anna.." kelihatan seorang gadis yang berlumuran darah sedang menggapai-gapai tangannya cuba meminta pertolongan.

"TOLONG! TOLONG! SESIAPA TOLONG KELUARKAN KAKAK SAYA CEPAT!" perit tekaknya menjerit meminta pertolongan orang sekeliling. Malangnya tiada sesiapa. Hanya dia, kakak dan sebuah kereta audi separuh remuk. Dengan berbekalkan kudrat sebelah tangan namun tetap digagahkan diri cuba membuka pintu kereta itu sekuat hati.

Tak terasa kesakitan pada badan kerana nyawa kakaknya lebih penting sekarang ini. 'Ya tuhan..tolong aku Ya ALLAH!' Air mata tak usah cakap, laju merembes keluar.

"An..anna..ssa..kitt.."mendayu-dayu sahaja suara rintihan si kakak menyapa gegendang telinganya.

"AKAK KAU KENA BERTAHAN! SABAR KEJAP..PANDANG ADIK!JANGAN CUBA-CUBA NAK PEJAM MATA!" tangan yang menggigil-gigil itu digenggam. Cuba menyalurkan secebis kekuatan.

Setelah berhempas pulas membuka pintu kereta itu, tubuh kakaknya cuba dibawa keluar. Namun tidak semudah yang disangka..kakaknya tersepit. ' Ohhhh tidak..dugaan apalagi ni Tuhan.'

"Ttt..tinggal..aaku, perrr..gii."

"No!Never! sampai mati aku takkan tinggalkan kau! we are sisters, remember?" genggaman dieratkan lagi. Air mata bercampur darah di pipi kakaknya diseka perlahan. Sebak rasa hati melihat keadaan kakaknya begini. 'Kalaulahhh....'

Fikiran yang tadinya melayang-layang kini dihempap realiti apabila dia terhidu bau petrol. Mata meliar mencari punca bau tersebut.

"Ohhhh noo.." terbeliak mata hazel itu apabila sudah mengenalpasti punca dari mana bau itu datang. Cepat-cepat tubuh si kakak cuba ditarik keluar dari kereta itu sekali lagi.

Tap...tap...tap...tap...

Panik.Resah.Takut. Itu yang dia rasakan sekarang. Semakin laju minyak itu menitik keluar semakin berdebar rentak jantungnya. Masa kian suntuk. Berpeluh-peluh seluruh badan. Rasa sejuk di hujung jari tangan dan kaki mula dirasai.

"Ann..aanna..mmaa..aaff.." tiba-tiba bahunya dicengkam erat oleh si kakak. Mata bertentang mata. Menyalurkan maksud yang sukar difahami. Kemudian, pipi bertemu pipi. Pelukan terakhir sebelum....

'Dushh' tubuhnya ditolak kuat oleh si kakak. Jauh beberapa tapak ke belakang. Kemudiannya, jatuh terduduk di atas jalan raya.

"BOMMMMM"

Kini, kereta audi yang separuh remuk itu mula dijilat api. Marak. Menyala-nyala. Menghasilkan kepulan-kepulan asap hitam. Sehitam mimpi ngeri kepada satu-satunya saksi kejadian ketika itu.

"TIDAKKK!! AKAKKKK! AKAKK! TOLONG! JANGAN TINGGALKAN ADIK!" menggigil seluruh badan. Mata mula berpinar-pinar namun digagahkan juga diri untuk bangun mengorak langkah mendapatkan kakaknya. Rasa sakit yang mula mencengkam kepala cuba ditepis.

"Hiks...hiks..akak sampai hati kau..hiks buat adik..hiks..hiks..macam ni" tangisan yang ditahan tadi semakin berlagu nyaring. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Otak cuba memproses segala maklumat namun hasilnya tetap sama iaitu buntu. Buntu memikirkan segala-galanya!

Badan yang tadinya melangkah tiba-tiba sahaja rebah. 'Eh, pelik. Kenapa tak sakit?' Badan yang sepatutnya terhempas ke atas jalan raya, kini terasa didakap kemas.

Dalam keadaan separuh sedar itu pipi terasa ditepuk-tepuk dan ada suara yang memanggil-manggil.

"Cik? cik boleh dengar suara saya?" soal suara serak-serak basah itu.

"Cik, cik kena bertahan. The rescue is on the way. For now, please stay awake." sekali lagi terasa pipinya ditepuk-tepuk. Dalam kekalutan itu badannya dipeluk erat. Lelaki itu cuba menyalurkan haba.

Anehnya telinga secara tiba-tiba terdengar lantunan ayat dalam bahasa arab. Syahadah? ayat al-quran? selawat? entah dia tidak pasti tetapi bacaan itu sungguh merdu. Menusuk ke hati yang paling dalam. Tenang. Sangat tenang. Itu yang dia rasakan saat itu.

'Tolong...tolong jangan berhenti' kata-kata yang cuba diutarakan namun gagal. Dalam ketengan itu dunianya tiba-tiba sahaja gelap. Dia pengsan.

"Eh cik? cik? cikkkkkk!"









A/N : Heyy guys!👋🏻 it's me fy...since im newbie here and this is my first baby....please give me your support! feel free to like,comment and share! how about this chapter? it's good or not? trust me..im really appreciate your comment❤️see you next time..muahh

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YANG BERNAMA CINTAWhere stories live. Discover now