RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répèteTOK TOK TOK
Ketukan di pintu mengejutkan aku yang sedang membuang pandang ke tingkap. Hamparan jeladeri dipayungi oleh cakupan awan memutih digantikan dengsn imej pintu kayu dikuak dari luar saat aku berpaling pandang.
Senyuman ikhlas aku kulumkan buat Mbak Endang. Wanita separuh baya itu menghampiri aku dengan langkah tertib seperti kebiasannya. Dapat aku lihat, di tangannya, ada lipatan kain berwarna merah merona. Barangkali, pakaian aku untuk malam nanti.
"Maaf menggangu neng. Ini..." pakaian itu diletakkan di atas katilku. Aku yang masih berdiri membelakangi dinding, turut membuka langkah mendekati katil. Pakaian yang diletakkan di atas kstilku, aku perhatikan lama.
"Pakaian untuk malam ini?" Aku bertanya dalam Bahasa Melayu. Barangkali terpengaruh dengan cara Cempaka berbual denganku pagi tadi. Kagi pula, aku kan berada di tanah Malaya. Bukannya aku tidak pandai berBahasa Melayu pun. Aku pernah belajar Bahasa Melayu semasa aku di Solo dahulu.
Mbak Kyati yang ajarkan.
Mbak Endang mengangguk. Senyumanku dibalas dengan anggukannya sebelum dia membuka langkah untuk keluar dari bilik ini tanpa berpesan apa-apa lagi. Mataku menyoroti langkahnya. Aku jadi teringat kepada Mbak Kyati saat aku memerhatikan gerak-geri Mbak Endang.
Tanpa sedar, aku mengeluh sebaik pintu terkatup semula. Kepala seakan melayang ke tanah Solo. Entah apa yang berlaku di desaku saat ini. Sudahlah aku pergi tanap khabar kepada sesiapa selain Mbak Kuati. Pasti Mbak Kyati letih hendak menjawab pertanyaan demi pertanyaan orang-orang yang selalu menjemputku menyanyi di rumah. Terumata sekali penghulu desa.
Entah lelaki tua itu tahu atau tidak bahawa aku ini sedang mengikuti tamunya. Tamu yang aku sendiri pernah tikam.
Ada kala, sepanjang aku di atas jong ini... aku merasakan bahawa akalku sudah tidak waras lagi. Dalam erti kata lain, aku sudah gila. Bayangkan, wanita mana yang sanggup untuk menuruti egonya semata-mata dengan mengikuti lelaki yang hanya dikenal sebatas nama? Sudahlah perginya berbatu-batu, berhari-hari. Agaknya, aku benar-benar sudah gila. Gila kerana kesetiaanku pada kejujuran pacarku dipersoalkan sewenangnya oleh Nadim.
Tangan aku mencapai pakaian itu. Lipatannya aku buka sekali gus baju itu tertayang di hadapan mataku. Kebaya Melayu berwarna merah menjadi jamahan mataku. Bezanya, kain baju ini bukan dari jenis renda nipis yang aku perlu pakai alas di dalamnya; sebagaimana kebaya yang biasa aku pakai di Solo dan aku lihat di sini siang tadi.
Kebaya ini... kainnya legap. Tidak tebal namun tidaklah terlihat terus. Aku berpusing, memegang pakaian ini di antara aku dengan cahaya senja dari tingkap. Aku tersenyum sedikit saat pakaian itu langsung tidak membenarkan cahaya menembusinya.
Aku melemparkan pakaian itu ke atas katil semula. Benar-benar di atas kain batik yang disertakan sebagai kain bagi kebaya berkenaan.Dahi aku berkerut. Cahaya senja yang terbias dari tingkap aku perhatikan dengan bayangan Nadim sewaktu aku makan tengah hari dengannya siang tadi, menjadi isi dalam kepala.
"Aku tidak tahu kau sefasih itu dalam Bahasa Melayu." Nadim menegurku.
Suapan aku terjeda sejenak. Dari mata fokus ke arah pinggan, aku mengangkat kepala sejenak. Sesaat, aku kembali menunduk. Tidak kuasa hendak melayan basa-basi Nadim.
"Malam ini, aku harap kau bersedia untuk melihat apa yang sepatutnya jiwa kau lihat sejak dahulu lagi."
Aku diam. Tidak membalas. Tangan sibuk mencuit makanan yang berada di atas pingganku dengan tangan. Nasi aku gaulkan sedikit dengan lauk yang dicedokkan ke dalam pingganku tadi. Aku suapkan ke sdalam mulut.