"Aireen macam mana sekarang?" soal Haidar sambil menyedut minuman Gigi Coffee di depannya.
Dean menekur meja. Hampir dua minggu hubungannya dengan Aireen dingin. Aireen banyak berdiam diri sejak pemergian daddynya.
"Macam tu lah. Aku tak tahu apa lagi yang aku perlu buat." Dean buntu.
Dia dan Aireen kini seperti orang asing. Mereka tidur di bilik berasingan. Aireen sudah berpindah masuk ke bilik tidur arwah Tan Sri Megat. Sejak pertelingkahan yang terjadi, hubungan mereka semakin renggang.
"Cubalah pujuk dia lagi. Dia masih sedih tu dengan kehilangan daddy dia," duga Haidar.
"Tapi sampai bila dia nak bersedih macam ni? Company dia pun aku tak tahu apa jadi sekarang ni. Dia dah jarang masuk office. Dia lebih suka di rumah dan terperap dalam bilik arwah."
"Dia perlukan sokongan kau. Kau janganlah biar dia seorang diri macam tu. Bahaya untuk kesihatan mental dia."
"Aku tahu. Aku dah cuba untuk bercakap dengan dia tapi dia asyik mengelak dari aku. Aku tahu dia masih marahkan aku tentang hubungan aku dengan Lydia. Cuba kau beritahu aku, macam mana lagi untuk aku jelaskan yang aku dan Lydia dah tak ada apa-apa hubungan lagi?" Dean meraup rambutnya ke belakang. Mata dipejam rapat buat seketika.
Haidar hanya mampu diam. Dia juga pening memikirkan masalah rakannya itu. Sedang dia meliarkan pandangan ke luar, tiba-tiba matanya menangkap kelibat seorang gadis yang sedang berpimpin tangan dengan seorang lelaki.
"Aku rasa aku dah tahu macam mana," kata Haidar sambil tersenyum.
"Macam mana?" Dean menjungkit sebelah kening.
Haidar menunding jari ke arah sepasang kekasih yang sedang berdiri di depan sebuah bodyshop.
Dean melihat ke arah yang ditunjukkan Haidar. Dia melihat Lydia sedang bersama seorang lelaki.
"Aku rasa situasi ni boleh buat Aireen percaya yang kau orang berdua memang tak ada apa-apa hubungan lagi," cadang Haidar.
"Good idea!" Dean memetik jari. Tak sangka dia ada rakan baik yang bijak seperti Haidar.
.
Aireen hanya merenung kosong gambar yang baru dihantar oleh Dean sebentar tadi. Gambar Lydia bersama lelaki lain.
Dean sedaya upaya memujuknya agar percaya bahawa mereka sudah tidak berhubungan lagi. Tapi Aireen sudah mula tawar hati terhadap Dean. Dia tidak kisah lagi sekiranya lelaki itu ingin menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun.
Aireen bingkas bangun dari katil untuk menuju ke dapur. Perutnya berasa agak lapar. Sejak kebelakangan ini dia mudah berasa lapar. Aireen membuka peti sejuk di dapur untuk mendapatkan coklat.
"Mak Tam, Aireen teringin nak makan mi kari lah. Boleh tolong buatkan?" ujar Aireen sambil mengunyah coklat.
"Boleh aje. Makan malam ni Mak Tam buatkan mi kari."
"Tak nak malam ni. Nak sekarang boleh?"
"Tapi takkan nak makan mi kari waktu tengahari ni? Puan Aireen mesti nak nasi kan?"
"I nak nasi dan mi kari. Boleh tak Mak Tam?" Aireen tersengih.
"Iya lah. Nanti lepas siap masak makanan tengahari ni, Mak Tam buatkan mi kari."
"Thank you, Mak Tam... Sayang Mak Tam." Aireen memeluk Mak Tam lalu dikucupnya pipi wanita tua itu. Wanita itu adalah pekerja paling lama di rumahnya itu.
.
Dean berjalan mundar-mandir di depan bilik tidur arwah Tan Sri Megat. Dia teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik itu.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024