17.Setia

59 6 0
                                    

Typing.......

S: Cabaran dah tamat. Masa untuk kenakan dia.

J: Aku tak sampai hati la. Dia baik kot..

S: Cabaran tetap cabaran. Ajak dia gi taman rekreasi Cendera esok.

J: Okay. Tapi kau jangan buat pape kat dia.

S: ..............

************

"Adikkkkkk!!!!"

Pagi pagi lagi rumah cik Zai sudah riuh dengan pekikan Ziyad. Zinnirah yang sedang memotong bawang nyaris terpotong jari dek pekikan lelaki itu di telinganya.

"Kenapa kau potong macam ni?" Marah Ziyad sebaik melihat rupa bawang yang dipotong adiknya.

"Ha? Suruh potong kan? Aku potonglah," balas gadis itu selamba.

"Iyee..abang suruh potong kasar. KASAR! Bukan mayang halus, gila! Itulah orang nak masak dia sibuk nak masak lepas tu tak reti. Habis bawang aku!"

Hari terakhir cuti sekolah dimulai dengan bebelan Ziyad umpama makcik tua di telinga. Jurutera itu segera menarik Zinnirah bangun dari kerusi lalu menolaknya keluar dari dapur.

"Kau jangan masuk dapur aku!" Teriak lelaki itu kemudian masuk semula ke dapur.

Zinnirah termangu seorang diri di ruang tamu. Masih tidak mengerti apa kesalahannya. Kasar ke halus ke, sama je la. Masuk perut jadi tahi jugak.

Gadis itu menghampiri ibunya yang sedang melipat kain, lalu baring diribanya. Cik Zai tersenyum sambil mengusap lembut ubun ubun Zinnirah.

"Bosanlah abang tu. Ini salah, itu salah. Best lagi masak dengan mak dari masak dengan dia," rungut Zinnirah.

"Alaa..macam tak biasa pulak. Abang kan memang macam tu, mak pun kena bebel dengan dia tau," balas cik Zai lalu tertawa.

"Adikkkk! Jangan lupa ambil kelapa!" Laung lelaki itu dari dapur.

Zinnirah yang baru hendak bermanja dengan ibunya, mendengus kasar. Ada je la orang tua sorang ni.

Ugh.

************

Puan Zulaikha mengeluh lemah lalu memicit kepalanya yang sakit. Sudah masuk seminggu sejak Aisyah bertindak memutuskan hubungan dengan semua orang. Pesanan terakhir anak ketiganya itu adalah meminta mereka untuk tidak bimbang tentangnya dan dia baik baik sahaja.

Setelah disiasat betul betul, rupa rupanya dia membawa diri ke luar negara. Patutlah no telefonnya tidak boleh dihubungi. Namun puan Zulaikha masih tidak putus asa menghantar pesanan melalui Whatsapp, berharap agar suatu hari ia akan berbalas.

"Kak Aisyah still tak balas mesej?" Soal Hafiz yang tiba tiba muncul di dapur.

Puan Zulaikha sekadar menggelengkan kepala. Hafiz mengambil tempat di sebelah ibunya.

"Akak tu memang, tak pernah nak kisah pasal kita. Asyik fikirkan diri sendiri jer. Agaknya...kalau Hafiz mati pun, mesti dia tak peduli,"

"Astaghfirullah al-Azim. Kenapa cakap macam tu," tegur puan Zulaikha. Terkejut mendengar kata kata yang keluar dari mulut satu satunya anak lelakinya itu.

"Betul la kan? Masa dia mengajar kat sekolah tu, ada dia kisah pasal Hafiz? Yang dia sibuk asyik nak terkejarkan abang Izdiey tu jer. Hafiz ni adik dia, sikit pun dia tak layan. Padahal Hafiz rindu gila dekat dia kot. 3 tahun dia tak jumpa kita," luah remaja itu kesal.

Ibunya tidak berkata apa. Hafiz memang sangat rapat dengan kakak kakaknya. Setelah kakak sulung dan kakak keduanya berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri, remaja itu lebih banyak meluangkan masa bersama Aisyah dan adik bongsu mereka, Aina. Jadi pasti dia sedih apabila kakak yang dia paling rapat mengabaikannya.

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now