-keesokan harinya-
*BAEKHYUN POV*
Aku bangun dan melihat Kiara masih lagi didalam dakapanku. Aku meleraikan pelukanku.
Aku bangun dari pembaringan. Aku memandang Kiara yang sedang nyenyak tidur.
Aku tersenyum sendiri.
Aku memerhati sekujur tubuh Kiara yang sedang lena tidur.
Tiba2, mataku berhenti pada bibir Kiara yang masih merah.
Perlahan2, aku mendekatkan bibirku dengan Kiara.
Tiba2, Kiara membuka mata. Aku cepat2 mengalihkan wajahku. Kiara kelihatan keliru.
"Aku nak mandi." Katakku dan terus bangun dari katil dengan muka yang merah menahan malu.
Aku mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.
Aku terdengar bunyi pintu dibuka dan kemudian ditutup. Kiara dah keluar.
Aku membuka baju dan shower.
______________
*KIARA POV*
Aku membuka mata dan... MUKA BAEKHYUN DEKAT DENGAN AKU!!!
Baekhyun serta merta mengalihkan pandangannya.
"Aku nak mandi." Kata Baekhyun dengan dingin dan terus bangun dari katil menuju ke bilik air.
Aku masih lagi keliru dengan apa yang terjadi.
Dia... nak kiss aku ke?
Aku bangun dari katil dan keluar dari bilik. Aku pergi ke bilikku yang terletak disebelah bilik Baekhyun.
Aku mengambil tuala yang tersidai diampaian tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.
_____________
Selepas selesai mandi dan menukar pakaian, aku keluar dari bilik. Baekhyun juga turut keluar dari biliknya.
Mukaku merah. Aku terus turun ke bawah dan dia mengikut dari belakang.
Apabila aku... maksud aku, aku... dan Baekhyun turun ke bawah, semua mata tertumpu kearah kami sambil tersengih.
"So, you guys have a fun yesterday?" Soal appa Baekhyun membuatkan aku blush.
Jin nampak tak senang duduk.
Dari semalam lagi dia macam tu.
Mana taknya, noona dia bertunang dengan musuh ketat dia.
"Tuan, Puan, makanan dah siap." Kata maid aku.
"Yelah. Jom kita makan." Kata appa. Semua mengangguk.
Jin jalan dahulu dan terus menarik tanganku mengikutnya. Aku hanya membiarkan.
Mukanya tidak tersenyum. Jelas sekali yang dia marah.
Aku mengambil tempat disebelah Jin seperti biasa. Baekhyun duduk di kerusi yang berhadapan denganku.
"La~ kenapa duduk sini? Duduklah sebelah Ara." Kata omma.
Omma, ANI!!! Makin benganglah si Jin ni nanti.
Tanpa banyak bicara, Baekhyun bangun dari tempatnya dan duduk disebelahku.
Aku nampak Jin sedang mengenggam penumbuknya.
Aku memegang tangan Jin. Jin memandangku. Aku menggeleng.
Jin kembali memandang depan.
"Okay, mula makan." Kata appa dan kami semua mula makan.
___________
YOU ARE READING
LOVE FATE (EXO Baekhyun ff)
FanfictionMereka langsung tidak sehaluan. bagaikan anjing dengan kucing. selalu bergaduh setiap kali bertemu. tapi, mereka telah ditakdirkan untuk berkahwin. kiara terpaksa kahwin atas paksan bapak tirinya. manakala baekhyun, terpaksa kahwin kerana tidak ma...