Tepat pada pukul 1530, kapal terbang AAsia yang dinaiki oleh Nur Fayyana Indira selamat mendarat di lapangan terbang pengkalan chepa,kelantan.
"Alhamdulillah, Ya Allah! Dah lama aku tak balik sinii! Rindunya dekat mama dengan abi. Macam mana la Mak Deeja sekarang?" Fayyana berkata dengan teruja sambil berjalan ke arah tempat pengasingan beg.
Beberapa minit kemudian , Fayyana mengambil troli dan beberapa luggage nya. Lebih kurang 3 luggage yang dibawa oleh nya.
Fayyana mengangkat luggage nya yang hairan, luggage ini paling padat dengan barangan, berasa lebih ringan dan tidak berat seperti yang sebelumnya.
Fayyana memanjangkan leher untuk melihat, takut takut kalau ada luggage lain yang serupa dengan luggage miliknya.
'Ala, ambil jela lagipun luggage aku je yang macam ni, ada kat sini' Fayyana berkata dalam hati dan mengangkut semua luggage nya lalu keluar dari lapangan terbang pengkalan chepa.
Setelah beberapa minit menunggu, grab yang dipesan pun tiba.Abang grab menolong Fayyana untuk mengangkat luggage-luggage nya.
Selesai meletakkan luggage ke dalam bonet, mereka masuk ke dalam kereta untuk memulakan perjalanan.
"Pakcik, saya dah send location rumah saya kepada pakcik. Pakcik dah dapat" Tanya Fayyana.
"Dah dapat nak" Jawab pakcik tersebut.
Fayyana tidak gemar bermain gajet di atas kereta, kerana dia seorang yang mudah mabuk.
Pukul 1734 Fayyana terjaga akibat
lapar dia meminta pakcik grab untuk berhenti di stesen minyak untuk membeli beberapa makanan ringan.Usai membeli, mereka meneruskan perjalanan ke rumah Fayyana.Akibat kebosanan yang teramat, dia memutuskan untuk cuba berkomunikasi dengan abang grab.
"Err, assalamualaikum pakcik" Fayyana membuka snek yang dibelinya tadi.
"Waalaikumussalam" jawab pakcik tersebut.
"Saya Fayyana indira, pakcik, boleh panggil ana je ,nama pakcik siapa?" Fayyana senyum.
"Oo fayyana, cantik nama, macam tuan empunya, nama pakcik dollah, panggil je Pak Dollah" Pak Dollah fokus memandu.
"Apa pak dollah ni, saya biasa biasa jelah" Fayyana mengesot kedudukannya ke tengah tengah kereta.
"Dah lama ke pakcik berkerja sebagai pemandu grab ni?" Pak Dollah senyum sebelum menjawab.
"Dah lama dah, nak. Sejak anak Pak Dollah umur 14 tahun lagi, sekarang ni, umur dia dah 23 tahun" terang pak dollah
"Oo dah sembilan tahun la maknanya" Fayyana mengangguk.
"Pak cik nak?" satu tin air bergas dihulur kepada pak dollah.
Terbatuk pak dollah melihat Fayyana menghulurkan kepadanya air yang bergas.
"Eh tak pe la nak, anak minum untuk anak je ek?" Pak dollah menolak.
Gila ke nak minum kalau usia dah 50 lebih? Cari maut tu!
Fayyana mengangguk faham.
"Apa nama anak Pak Dollah" Tanya Fayyana, ingin tahu.
"Nama dia, Batrisya, sekarang tengah sambung belajar dekat universiti" Fayyana mengangguk faham.
"Universiti mana?"Tanya Fayyana lagi.Banyak mulut betul la budak ni.
"Universiti dekat Pahang, tak jauh dengan rumah kami,eh dah masuk kawasan rumah anak ni" Fayyana tersenyum lalu bertepuk tangan teruja.

ANDA SEDANG MEMBACA
MI ENEMIGO, MI AMOR [og]
RomanceTengku Altezza Zayyan x Nur Fayyana Indira Pertemuan singkat antara Altezza dan Fayyana membuatkan masing-masing bingung. Siapa sangka? Mereka tertukar bagasi di lapangan terbang!! ketika itu, kapal terbang selamat mendarat di kelantan, dan itulah...