Bab 1

90 4 0
                                    

Kedengaran suara ringtone Iphone 15 milik Tasha di dalam biliknya,Jam menunjukkan 5:40 pagi.Tasha bangun masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.

-♡-

Selepas tasha menunaikan solat tasha melipat telekung dan sejadahnya dengan kemas kemudian tasha bersiap-siap untuk pergi ke sekolah,tasha mengambil beg sekolahnya dan botol air lalu turun ke dapur kemudian tasha pergi ke bilik papanya.

Tuk
Tuk
Tuk

tasha mengetuk pintu bilik papanya sebelum masuk ke dalam dengan perlahan-lahan.
"Papa bangun solat subuh,dah lambat dah ni" kata tasha sayu

"hm" balas dato' william sebelum bangun masuk ke dalam bilik air.

"papa,tasha pergi sekolah dulu tau" kata tasha sebelum turun ke bawah.tasha menghembus nafas perlahan sambil teringatkan arwah mamanya

Tasha memakai kasut sekolah,dan mengambil kunci motor kawasaki zx25r miliknya kemudian memecut ke sekolah.

-♡-

Setibanya di sekolah jam menunjukkan 6:30 pagi,tasha mendorong motornya ke tempat parking motosikal.Tasha membuka helmet lalu memakai mask hitam dan dia membetulkan cermin matanya

Tasha menundukkan pandangan,apabila semua mata tertumpu kepadanya.Tasha berjalan sedikit laju,dengan tidak sengaja tasha dia terlanggar seseorang.

"Ah-"
kata tasha sebelum dia terjatuh ke lantai tetapi sebelum itu ada satu tangan memegang pinggangnya untuk tidak membiarkan dia terjatuh.

"Awak okay?" soal jejaka itu,tasha perlahan-lahan membuka mata merahnya yang sudah ditatapi oleh mata hazel lelaki itu.

-♡-

Jiang POV

Jiang berjalan ke kelas seperti biasa selepas memarking motor Honda CBR miliknya itu.Sedang dia berjalan,tiba-tiba ada seseorang melanggarnya dari belakang,jiang memusing ke belakang dan ternampak gadis itu hampir terjatuh,dengan secepat mungkin jiang menangkap gadis itu sebelum terjatuh.

"Awak okay?"soal jiang

'Ya Allah,cantiknya dia'kata jiang dalam hati.

"saya okay,sorry sebab langgar"kata gadis itu sebelum berlalu pergi.Jiang hanya berdiri terkaku melihat gadis itu berlalu pergi.

"Wo xiang wo zhaodaole wo de leixing"
(I think i found my type)

End of Jiang POV


-

♡-

"Ya Allah malunya jatuh depan orang.tu lah kau jalan tak tengok depan,tasha,tasha" kata tasha sebelum naik ke tangga untuk pergi ke kelas.

Sampai saja di kelas,tasha duduk di kerusi dengan keadaan malu.
"Ish,kalau aku jalan biasa tadi tak adalah terlanggar orang tu,malu wey malu" kata tasha perlahan

"OH POCOT MAK KAU!!"melatah tasha apabila disergah oleh siapa lagi kalau bukan kawan karibnya mia.

"selamat pagi!"kata mia dengan muka yang tidak bersalah.

~His Obsession~ (OG)Where stories live. Discover now