Andrian's POV
Aku menempatkan diri di atas kerusi empuk di pejabat VA Group.Kerusi dipusingkan menghadap cermin bangunan di bahagian belakang meja.Dari jauh aku melihat Gunung Bucegi.Terserlah puncaknya.Puncak gunung itu terbentuk daripada batu batu yang mempunyai formasi yang unik.Paling terkenal ialah formasi The Sphynx dan Babele.Gunung Bucegi hanya akan kelihatan jika cuaca cerah dengan suhu persekitaran yang sejuk. Jika Jepun bangga dengan Gunung Fuji,Nepal berbangga dengan puncak Gunung Everestnya, Romania punya Gunung Bucegi yang menggamit jutaan pelancong pada setiap tahun.Rata rata yang gemar mengunjungi Gunung Bucegi ialah mereka yang mencintai hobi menjelajah hutan dan mendaki gunung.
Aku telah pun berpindah ke bilik lain selepas aksi panas bersama Federa ditangkap oleh Seroja.Aku tidak mahu peristiwa itu membayangi hubungan kami.Aku tidak mahu Seroja menyimpan rasa kecewa dan terkilan lantaran kesilapan aku dahulu.Aku memang bukan suami yang baik.Aku sedikit pun tidak layak untuk wanita bernama Seroja Dianne.
Aku nekad berubah untuk mengambil hati sang isteri kembali.Aku tidak boleh kehilangan dia.Seroja sangat bermakna untuk aku dan dia amanah yang perlu aku jaga sebagai seorang suami.
Peristiwa aku meniduri Federa,kehilangan anak kami dan dia hampir kehilangan nyawa kerana aku.Aku hampir membunuh dia.
Berbulan bulan aku cuba mengambil hati si dia.Aku tidak mahu memaksa Seroja.Dia perlukan masa.Apa yang berlaku sebelum ini meninggalkan kesan hitam terhadap dirinya.
Aku yakin hubungan kami akan baik baik semula.Sekarang ini Seroja masih melayan aku seperti suami.Layanannya tidak berubah.Layanan isteri yang taat dengan suaminya.Segala keperluan aku disediakan oleh Seroja cuma kami masih lagi belum sebilik.
Mungkin wanita itu masih lagi dihantui tragedi bagaikan bertimpa timpa ke atasnya.Siapa sahaja yang tidak serik jika diduga seperti Seroja.Walaupun begitu aku tetap merasa beruntung.Dari layanan wanita itu aku yakin perasaan dia masih kuat untuk aku
Seroja senantiasa mengambil berat tentang kesihatan aku.Dia senantiasa memantau tahap mental dan emosi aku.Jika aku ke hospital untuk terapi dia orang pertama memberi semangat kepada aku.Aku kuat kerana dia.Jika ditakdirkan aku terpaksa berpisah dengan Seroja entah apa yang jadi.Aku mungkin kelihatan kuat dan tegas dimata para pekerja tetapi sebenarnya aku lemah dan merasa rendah diri dengan kekurangan yang aku alami kini.
"Knock!!Knock!!'
Aku menoleh ke arah pintu.Terbang segala perkara yang aku fikirkan.Jam pada pergelangan tangan aku lirik.Sudah hampir pukul 12.Siapa pula yang datang ke pejabat aku bila hampir makan tengah hari ini?Boris tidak pula memaklumkan aku ada janji temu dengan sesiapa hari ini.
"Come in..."
Pintu ditolak perlahan dari luar.Berdiri tegak lelaki saparuh abad di bingkai pintu.Susuk lelaki itu masih kelihatan gagah.Uncle Dorin melangkah tenang ke arah meja aku.Ada sengihan pada wajah lelaki tua itu.
"Hye uncle..whats up?"
Sapa aku sambil menjongketkan kening.Jarang lelaki itu bertandang ke bilik aku kecuali ada hal hal penting.Pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan.
"Saja mahu melawat my nephew"
Uncle Dorin mengambil tempat dihadapan aku.Baru sahaja lelaki itu melabuhkan punggungnya lagi sekali ketukan kedengaran.Aku kembali menoleh ke arah pintu.
"Come in"
Pintu dikuak dari luar dan kelihatan Boris membawa beg kertas yang berisi makanan dan minuman.
"Boss..ini kiriman dari Lady Vasile.Untuk boss dan Tuan Dorin."
Boris meletakkan beg kertas berisi makanan ke atas meja kopi.Aku menegakkan badan.Nama Lady Vasile membuatkan aku tersenyum lebar.
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...