Bab 1

79 17 0
                                    

ALLAHUAKBAR... azan subuh berkumandang dengan lantangnya menandakan waktu subuh sudah pun masuk.

Aku bersiap-siap untuk menunaikan rukun Islam yang kedua itu di surau At-Taqwa. Sebelum kak Natasha a.k.a kak Donat menjerit untuk halau semua penduduk blok Bestari, baik aku cau dulu.

Oh, aku lupa nak perkenalkan diri. Nama diberi, Iman Nadeera binti Dato' Sobri. Orang disekeliling ku panggil aku Iman.

Sekarang ni, aku dah mencecah umur lima belas tahun tapi tahun ni tiada PT3. Pada pandangan aku, aku rasa happy but at the same time sedih juga la sebab takde peperiksaan besar yang dapat aku alami.

Tetapi itu tidak menghalang aku daripada mendapat four flat di dalam peperiksaan semester. Walaupun sebenarnya aku tak pernah dapat four flat pun seumur hidup aku, hahaha.


" MUAZ TAUFIQ, awak ditahan maktab selama dua minggu. So, jangan berani - berani nak balik waktu PB pilihan nanti ya? " ujar Cikgu Rizal, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar MRSM Beseri itu. Semua orang di situ gelak ketawa akibat daripada kata- kata Cikgu Rizal itu.

Aku tidak menghiraukan suara bising yang dihasilkan oleh puak-puak tersebut. Maaf, sekarang ni aku sedang khusyuk memerhatikan jejaka yang tengah hangat di pasaran sekarang ni a.k.a crush aku. Handsome nya crush aku, patut la ramai minat.

" Weh, tengok siapa tu? " sapa rakan karibku yang bernama Amani itu. " Ish, takde siapa lah " aku menafikan soalan Amani. " Yakin? " Amani menunjukkan smirk face nya.

Aku geleng kepala menandakan aku benar-benar menafikan, tapi hakikatnya memang betul pun aku tengah tengok someone atau lebih tepat lagi crush aku." Yelah, yelah"

Setibanya aku di kelas, selepas morning call, aku dan Amani ternampak susuk tubuh seseorang yang sedang bersembunyi di sebalik meja guru. Kami berdua meluru ke arah meja guru tersebut dan mengenal pasti siapakah gerangannya?

" Arghh!! " jerit lelaki itu. Eh, macam familiar je suara ni? Apabila cahaya mula menerobos masuk lalu menampakkan muka 'lelaki' tersebut, aku sedikit terkejut.

" Ayyad? Kau buat apa kat sini? Tak pergi morning call ke? " soalku. Dah macam inspektor polis pula. "Err... shh... jangan bagitau LDP please.. aku taknak kena dimerit " rayu Ayyad dengan simbol kedua-dua tangan dicantumkan bersama.

" Dah kalau tak nak dimerit, apasal tak pergi morning call? " Ayyad sekali lagi disoal oleh ku. Ayyad membuat muka cuak, aku pula yang seronok melihat mukanya.

" Aku malas ah. Nak bagi pengucapan awam ke nak bagi nasihat ? Buang masa aku je, lebih baik study daripada buat benda tak berfaedah tu " Ayyad berkata sambil menunjukkan 'jawline' nya.

Aku mengeluh kecil. Dia ni four flat atas kertas je ke? Setakat morning call dekat DTSP tu, jalan tak sampai dua minit pun. Nak keluarkan peluh sikit pun berkira. Inilah homosapien zaman sekarang. Haih..

"Ok tapi nanti aku akan claim something daripada kau. Tapi not now la. Sebab aku pun taktau nak claim apa. So just wait and see " aku sempat menjeling sekilas ke arahnya. Ayyad hanya membalas dengan anggukan.


PERHIMPUNAN RASMI dijalankan di DTSP pada pukul tiga petang. Pelajar dikehendaki untuk ke sana lima minit sebelum bermulanya perhimpunan.

Aku dan Amani sudah pun tiba di perkarangan dewan tersebut dan kami sempat membeli minuman di sebuah mesin air.

" Tadi kau sembang apa dengan Ayyad ? Aku nampak conversation korang macam interesting " Amani memulakan perbualan kami dengan menyoal aku soalan yang 'agak' menjengkelkan.

" Aku just tanya kenapa dia tak pergi morning call. Lepas tu, dia kata dia malas. Tu je "soalannya itu telah aku jawab tetapi Amani dengan muka tidak puas hati masih tidak mempercayai kenyataan ku.

" Ikut suka hati kau lah nak percaya ke tak " aku juling kan mata ke atas. " Hahaha. Relaks lah Iman. Aku bukannya nak ship kau dengan dia pun. Walaupun si Ayyad tu dia four flat, tapi dia tak sesuai dengan kau. Kau putih, dia.. kau faham-faham lah kan? Hahaha " kata-kata Amani itu seperti mahu menyindir Ayyad pula.

"Aku? Nak suka dia? Please lah.. hahaha. Kalau betul lah suatu hari nanti aku 'ter'suka dekat dia, itu adalah lawak paling kelakar dalam dunia sebab benda tu memang takkan berlaku" serius kata-kataku.

Amani terdiam seketika. Terkedu mungkin dengan kata serius ku. Jangan bermain dengan Iman Nadeera. Sekecil-kecil cili padi, kecil lagi aku. Sekecil-kecil aku, besar lagi keseriusanku. Hahaha.

" Aku gurau je, Iman. Don't take it seriously " Amani bersuara selepas beberapa minit dia memilih untuk mendiamkan diri. Aku hanya menayangkan muka selamba.

" RESULT Form 3 agak menurun kebelakangan ini. Jadi saya memutuskan untuk mengadakan sistem mentor-menti untuk melatih minda kamu dengan mentor-mentor yang sudah mencapai target maktab iaitu 4.00 pointer. Mentor-mentor ini berhak memilih seorang menti daripada kelas sendiri. Terpulang lah, sama ada lelaki ataupun perempuan, asalkan masing-masing mempunyai seorang mentor dan seorang menti. Itu sahaja yang saya mahukan. Saya harapkan semua pihak dapat berganding bahu, bersama-sama menaikkan lagi ranking maktab kita. Sekian, terima kasih " ucapan dari pengetua itu membuatkan aku menguap beberapa kali.

Haih, stres lah sistem mentor-menti apa kebenda ni. Aku tengah fikir siapa je yang four flat. Umairah? Mesti dah ada orang cop. Dayana? Kelas lain la pulak. Siapa lagi ek yang four flat dalam kelas aku?

" Woi! " aku disergah oleh seseorang yang aku kenal. Khai. Bukan lelaki ya readers-readers sekalian. Nama dia Khairunisak and kitaorang panggil Khai. So, tak pelik lah kalau nama dia lelaki kan? Hahaha.

Keluh kecil dilepaskan menandakan riwayat hidupku belum ditamatkan lagi. Mahu aku hempuk kepala Khai dengan novel Dheo's ni? Tak ke rela kau masuk liang lahad lepas kena sampuk macam tu?

" Apa? " balasku dengan suara yang sedikit tinggi. " Aku dah cop Umai, kau pergi la cop Ayyad. Mesti kosong lagi tu"

Eh, eh. Senang-senang dia je nak suruh aku cop si Ayyad tu. Memang taklah!

" Asal pulak? Dah takde orang lain ke aku nak cop? " aku berkata sambil mengerutkan dahi.

"Hakikatnya memang betul pun apa yang kau cakap tu, Iman. Semua yang pandai - pandai dalam kelas kita telah dicop orang. Kau tengok best friend kau. Amani dah kena cop dengan Adila. Farisya pulak Mahfuzah dah cop. Senang cerita semua orang dah cop partner masing-masing. Tinggal kau dengan Ayyad je " penerangan Khai itu membuatkan aku sedikit tersentak.

Alamak! Macam mana ni? Takkan aku nak ber'mentor'kan mamat jawline tu?

" Seriuslah? Tinggal aku dengan mamat tu je? " aku masih tidak mempercayai kenyataan itu. " lye betul " Khai mengiyakan soalanku. Aku angguk tanda redha.


AKU terserempak dengan Ayyad di kafe dan pada ketika itu aku sedang mengejarnya kerana 'hal' itu.

" Ayyad! Kau nak lari mana? "aku berjaya mendapatkannya selepas memecut laju macam Usain Bolt.

"Err.. aku.. aku.."

TO BE CONTINUED...

4 flat's addiction Where stories live. Discover now