Bab 21

27 4 0
                                    

Umi tersentak dengan sahutan itu, baru sahaja dia mahu menghenyak kan punggung di kerusi tapi ada pula suara yang membingit di keheningan dapur ruang makan itu.

"Siapa tu?" Umi soal dengan pelik. Haqq juga tertoleh kepalanya ke arah datangnya suara itu, yang pastinya suara itu adalah lelaki.

"Tolong tengok kan kejap Cik Timah" arah umi pada pembantu rumahnya dan tanpa menunggu dia melaksanakan arahan tersebut. Sejenak sahaja bayangnya hilang dari ruang makan itu, dia menuju ke pintu utama.

Entah siapa agaknya ya? Walaupun aku tiada hak untuk tahu, tapi sifat ingin tahu yang sudah lama semadi di jiwa ini membuak-buak. Jari kecil menguis lengan Haqq dan serentak itu mata bersabung dengan nya.

"Who is that Haqq?" Tanyaku padanya. Wajahnya biasa sahaja tapi tak terlalu dingin.

"Not sure, tapi saya cam suara tu" jawabnya kemudian berpaling ke arah layar telefon. Tak pasti tapi masih cam?

Cik Timah yang tadi tergesa ke muka pintu telah kembali ke ruangan. Mukanya tampak ceria bersama senyuman terukir, umi yang hairan dengan keadaan itu terus berkerut. Tak pula Cik Timah berbisik apa yang telah jadi pada umi, dia sebaliknya diam.

Terasa ada bunyi seakan orang sedang berjalan. Rumah itu berjubin bersih tetapi apabila keadaan sunyi pasti segala bunyi pun boleh dengar. Sepertinya hentakkan tapak kaki itu menuju ke ruang makan, berdebar pula nak tahu siapa pemilik suara yang memberi salam itu tadi.

"Assalamualaikum umi, I'm home" terpacak seorang lelaki yang tak kurang tinggi nya seperti Haqq, wajahnya juga kacak, kulit mengalahkan orang perempuan. Jangan-jangan ini...

   "Ya Allah..! Naqeeb!" Suara umi menjerkah ruangan itu dan dia lantas bangun dari duduknya dan lari ke arah Naqeeb.

   Satu senyuman gembira antara Naqeeb dan umi, mereka saling berpelukan. Rapat. Sangat rapat. Aku yang menjadi saksi melihat adegan itu turut merasa sebak, alangkah bahagianya seorang ibu melihat anaknya yang sudah lama tidak pulang. Dan kini mereka bertemu semula. Aku menumpang rasa senang teramat kerana hajat umi untuk menanti kepulangan anaknya tercapai.

   "Ya Allah..! Kamu balik juga Naqeeb. Doa umi termakbul akhirnya" sebak terdengar suara umi sambil mencium anaknya.

   "Naqeeb minta maaf umi..Naqeeb rasa berdosa sangat sebab lama tak jumpa umi. Bertahun Qeeb duduk kat Australia, hidup Qeeb tak pernah tenang" kata Naqeeb menahan rasa sebak. Dia membenamkan mukanya pada bahu umi.

   "Jangan cakap macam tu nak, umi selalu doakan yang terbaik untuk semua anak-anak umi. Alhamdulillah, umi bersyukur Naqeeb dah balik" balas umi seraya tangan nya mengusap wajah anak lelakinya itu.

   Tiba-tiba berkaca pula mata lentik aku ini, entah kenapa aku sama rasa bersyukur. Mungkin umi adalah wanita, aku pun wanita dan faham akan perasaan seorang ibu. Sifat keibuan pada setiap wanita itu kuat walaupun seseorang itu masih belum dikurniakan anak.

   Aku toleh pada Haqq, dia berhenti dari mengetik telefon nya. Tangan di silangkan ke dada, matanya mencerun ke arah dua beranak di depannya. Wajahnya tak memberi satu reaksi apa pun, sedih tidak, marah tidak, gembira pun jauh sekali. Penuh tanda tanya.

"It's your brother, Haqq. Go celebrate him" Katryna menyampuk. Wajah Katryna pula gembira sama macam umi, tapi dia masih di posisi duduk.

   "Why should I? Tu kan adik kesayangan kau" datar jawapan Haqq terpacul di mulutnya. Katryna yang mendengar terus mencebik dan menjulingkan mata. Apa masalah Haqq dengan adiknya ya?

   Sekilas mereka berkasih mesra, Naqeeb tidak sengaja memandang tepat pada aku. Berkerut dahinya, pasti dia pelik aku ni siapa, tinggal kat mana, aku ni apa. Dan macam-macam lagi. Naqeeb mendekatkan jaraknya dengan umi seakan mahu berbisik.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now