No woman wants a man who has eyes for other women.
Buat sejenak, hanya kebisuan yang menemani mereka. Ayra berdiri tak beranjak sejak tadi. Arian pula duduk di kerusi sambil menunduk memanggung kepala sendiri.
Ayra tarik nafas. Perlahan langkah dibuka mendekati Arian. Perlahan lahan dia melutut di hadapan Arian. Matanya membahang. Nafas yang dihirup serasa beracun saat ini.
Melihat akan tingkah Arian laju saja dia bangkit dari duduk. Tubuh Ayra yang tadinya melutut di bawa untuk turut berdiri.
"Izinkan saya Arian..." Suara Ayra kian serak menahan rasa di dada. Sebak. Tak tahu mengapa, pengakuan Arian tadi seolah olah merobekkan hatinya. Melumatkan kepercayaannya.
"Maafkan abang, lifeline." Serentak itu air mata Arian menitis. Kakinya melemah sehinggakan tubuhnya melorot jatuh. Bergema bunyi bila tempurung lututnya bertemu dengan permukaan keras lantai.
"Maafkan abang..." Tak henti ucapan maaf itu meniti di bibirnya.
Ayra turut sama menangis. Tak tahu mengapa, melihat akan keadaan Arian kini buatkan hatinya di hentak rasa sayu. Namun, dia masih kaku berdiri. Hanya matannya memandang bahu Arian yang terhinggut hinggut.
Bisu.
Hanya detakan jam dinding yang kedengaran. Sesekali esakan Arian turut menyapa halwa telinganya.
"Abang izinkan... Cuma bukan malam ni... Dah lewat, lifeline... Abang janji, esok abang sendiri akan hantar Ayra pulang ke pangkuan ayah..." Arian perlahan lahan mendonggak memandang isterinya.
Mata Ayra naik memandang jam di dinding. Pukul 11 malam. Perlahan kepalanya mengangguk. Terus saja dia berlalu sambil menarik luggage miliknya kae arah satu bilik.
"Sayang nak ke mana?" Buru buru Arian bangkit. Langkah Ayra dikejar. Dengan mudah saja dia menyaingi langkah isterinya.
"Saya nak tidur di bilik tetamu." Ringkas.
Arian mengangguk lemah. Tak mengapalah jikalau itu yang Ayra inginkan.
"Pergi lah makan. Lauk ada atas meja." Terus saja tubuh Ayra menghilang di balik birai pintu meninggalkan Arian termanggu sendiri. Ayra tak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Dia.
Dia yang terlalu banyak menyakiti wanita itu.
"Maafkan abang, lifeline."
Tolong bertahan, Ayra.
Awal pagi lagi Ayra sudah bangun berdiri di hadapan pintu rumah. Hatinya menyirap dengan amarah. Ya! Arian mungkiri janji!Selepas subuh, Ayra terdengar bunyi enjin kereta milik Arian menderu keluar. Entah ke mana. Langsung tak di khabarkan padanya. Ikutkan hati, Ayra boleh saja pandu kereta miliknya ke rumah Encik Khalid. Namun, apakan daya keputusannya dahulu untuk meninggalkan kereta tersebut di rumah Encik Khalid akhirnya memakan diri.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...