"cikgu , kita pun tengok sekali ke ?" Soal Soonyoung sambil memandang pelik tatkala sir Kai mula mengeluarkan 6 ipad dan menyusunnya di atas meja.
"Haah , kau nak ke tengok muka diorang 3 jam?" Sir Baekhyun membalas.
"Eh tak nak taknak. Tak kuasa saya tengok muka dorang. Kalau muka macam Brad Pitt tak pe jugak. Lagipun saya tak tengok lagi cerita tu." Ujar Soonyoung.
"Aku dah tengok dah. Sedih cerita tu. Kau hado ?" Celah Seungkwan sambil mengflipkan rambut pendeknya itu.
Ingat cool ?
"Aku dah tengok cerita conjuring , kau hado?" Dia memulangkan paku buah keras kepada Seungkwan.
Seungkwan hanya menggulingkan matanya. Nasib dia penakut cerita hantu.
"Oh my god , tak sabarnya nak tengok cerita hi bye mama !" Ujar Seungcheol ceria. Dia meregangkan tangannya sebelum dia menghenyakkan punggungnya di sebuah kerusi kayu.
"Get ready , guys. Cerita ni sedih. Aku remind awal -awal!" Jerit Seungkwan.
Mereka yang lain hanya menghiraukan jeritan Seungkwan. Minghao yang baru sampai turut duduk sambil memegang selimutnya.
"Kau kenapa bawak selimut , hao?" Soal Seokmin.
"Saja. Kot kot orang sebelah aku nangis macam mati bini."
"kau asal cakap camtu? Kata - kata itu sebuah doa!" Seokmin cemberut. Dia mengerutkan dahi menjeling jejaka itu.
"Kau belum kahwin lah gila. Nak risau kenapa ?" Balas Mingyu.
"Eh haahlah eh. Sorry sorry." Seokmin tersengih.
"Dah dah , aku dah nak start ni. Jeonghan, jun are you ready?" Soal Sir Kai.
"Dah cikgu!" Serentak mereka berdua membalas.
"OK LET'S START YEREOBUN!" Jerit Soonyoung yang mengundang jelingan orang ramai.
.
"Woi , aku tak expect cerita hi bye mama ni sedih." Terseksa Seungkwan menahan air matanya. Katanya biar macho tak nangis.
"Bukan kau dah tengok ke cerita ni , Seungkwan ah?" Soal Jisoo hairan melihat Seungkwan yang tersedu - sedu sambil mengelap air matanya.
"Eh ,Hyung berapa banyak kali pun aku tengok cerita , nak nangis aku we."
"Cengeng eh kau." Balas Minghao.
"Hyung!" Bentak Seungkwan.
"Sian aku tengok Seungkwan selalu kena buli.." Ujar Mingyu. Dia menyilangkan tangannya.
"Heh , kau pun sama je nanti." Seungkwan tersenyum sinis.
"Tak tapi kan memang sedih tho. Betul kata Seungkwan." Ujar Soonyoung sambil menyambar tisu di hadapan matanya lantas mengesat. Nak nangis.
"Lagi - lagi part mak dia time dia dapat tahu anak dia sebenarnya boleh nampak dia." Tokok Chan.
Soonyoung memandang chan. Chan memandang Soonyoung. Mereka lantas memeluk. "We , sedih we nak nangis lah aku."
"Aku pun nak nangis Hyung."
"Cikgu?" Soal Seungcheol saat melihat cikgu Myungsoo yang sudah berair mata itu.
"Shut up you. I want to cry right now." Balas cikgu Myungsoo seraya menunjukkan tanda senyap pada Seungcheol.
"Bukan saya nak tegur , tu ada nasi dekat mulut cikgu." Ujar Seungcheol sambil menunjukkan nasi di bibir cikgu Myungsoo.
"Ish , buat buat tak nampak dahlah." Cebik cikgu Myungsoo.
"Tu ,jun aku tengok matanya dah merah tu! " Tunjuk sir Baekhyun ke arah Jun.
"Ish mana ada mata saya merah." Jun berkerut dahi. Terseksa dia tahu nak nangis dari tadi tapi terpaksa menahan.
Mak , nak nangis jun.
"Jun !" Panggil seseorang dari belakang.
Jun pantas menoleh. Tanpa disangka , Soonyoung meletakkan beberapa hiris bawang di hadapannya menyebabkan deretan air matanya yang sedari tadi ditahan jatuh ke pipi jua.
"Ha , shilpae ! Kau dah fail HAHAHAH." Soonyoung tergelak jahat.
"Jun fail! Sekarang pemenang dia Jeonghan!" Ujar Sir Baekhyun.
"Cikgu , saya bantah! Mana ada saya nangis , tu si hoshi yang pergi letak bawang betul betul tengah halam depan mata saya , mana saya tak nangis kalau gitu." Jun mencekak pinggang. Tidak puas hati apabila dia dicop gagal.
"Masa tu , ada saya kata gangguan dari rakan tak boleh dalam game?" Soal sir Baekhyun.
"Takde." Jun polos menjawab.
"Maksudnya boleh lah tu."
Jun mengeluh. Dia mengalah saat sir Baekhyun berkata begitu.
"Jadi , Jeonghan dikira sebagai pemenang!"
"YEAH!!!" jerit Jeonghan gembira. Dia menggoyangkan tangannya tinggi.
"Wow , congratulations Hyung!" Ucap Soonyoung sambil mengelap air mata. Tak habis lagi tu menangis.
Mereka yang lain turut mengucapkan tahniah kepada Jeonghan atas kejayaannya dalam permainan itu.
Jeonghan lantas membalas. "Makasih , makasih semua. Huehue."
Jisoo selaku evil twinnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa Jeonghan menang. Dia dapat merasakan ada yang tidak kena.
Pantas sahaja dia pergi ke tempat duduk Jeonghan. Alangkah terkejutnya dia lihat apabila keluar cerita my little pony.
Siap keluar lagu tu.
Poni kecilku ~
Poni kecilku ~
AaaaaaaaaaaaaaaaJisoo meraup wajahnya. Aku dah agak!
Iris mata Seungkwan tertancap pada wajah kerut Jisoo. "Kenapa hyung ?"
"Ni.." Jisoo menjuihkan bibir ke arah computer. Menyuruh Seungkwan melihat sendiri.
"Ya Allah , bang. Kau umur berapa bang , tengok cerita my little pony. Ya Allah malu siot aku." Seungkwan menekup mulutnya.
Jeonghan tersentak. Eh , babinya aku lupa nak tutup cerita tu!
Buat kerja tak clean lah kau ni , Jeonghan!
Mereka yang lain terus mendekati tempat Jisoo berada dan alangkah terkejutnya saat melihat scene dimana apple jack sedang menyiram ladang applenya.
Jeonghan tengok my little pony?
"AHAHHAHAHSHSHSHHSSH." Soonyoung menghamburkan tawanya.
Jeonghan hanya selamba apabila penipuannya sudah terbongkar. Siap boleh belek rambut lagi.
Mereka yang lain hanya terdiam lantas menoleh si pelaku itu.
"Wae , rambut aku toncet sangat ke ?" Ujar Jeonghan sambil mengikat rambutnya menjadi toncet.
"YUHUHU , MAKSUDNYA AKU MENANG AH KALAU JEONGHAN HYUNG CHEAT KAN." Ujar Jun gembira sambil memukul angin.
Seungkwan hanya menatap jun pelik.
Sir Baekhyun mengangguk. " Dengan keputusan Jeonghan menipu dalam permainan , jun diiktiraf sebagai pemenang!"
Sir Baekhyun mengangkat tangan jun persis pengadil bagi acara meninju.
Jun menjelirkan lidahnya. Siapa suruh menipu!
Jun kemudian mengeluarkan kipas tradisional dan mula mengipas sambil pamit dari situ.Nyeh. Jeonghan tersenyum senget.
YOU ARE READING
𝗕𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁
Humorseventeen - persahabatan yang terjalin oleh 13 sahabat yang masih berada di alam persekolahan. Melalui perkhemahan inilah , mereka mula mengenal erti persahabatan yang sebenar. "Janji pada aku walaupun kita sudah berpisah di hari terakhir kem ini...