AKU hanya angguk dan cuba untuk berehat, aku perlu sembuh sepenuhnya. Selepas aku sembuh aku akan tanya mama siapa sebernanya Tengku Hariez.
*****
Perlahan-lahan aku terjaga dari lena. Aku bangun dari katil ku lalu aku menuju ke bilik mandi.
Aku menadah tangan dibawah pili air seterusnya aku mengusap air itu ke mukaku. Aku mengambil berus gigi lalu aku memberusnya ke gigi.
Selesai memberus gigi, aku keluar dari bilik mandi. Perut secara tiba-tiba merasa lapar. Aku memulas tombol pintu seterusnya aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
Langkahku terhenti apabila melihat dua susuk lelaki yang amat ku kenali di dapur, Haykal dan Hariez.
"Eh? Rel?" tegur Haykal seraya memanggil ku datang kearahnya.
Aku melangkah pergi kearah Haykal. "Aurel dah makan? Ni makanlah dulu, Hariez ada belikan nasi lemak" pelawa Haykal.
Aku mengambil tempat di sebelah Haykal. Cawan teh itu dicapai olehku seterusnya jag yang berisi air teh itu dituang sedikit kedalam cawan.
"Tak apa lah, rel tak ada selera nak makan.." kataku sambil tersenyum nipis. Tadi memang rasa nak makan tapi tak tahu lah tiba-tiba je hilang selera.
"Nanti lapar makan tau," kata Haykal seraya menuju ke singki. "Aku nak keluar kejap, rel tunggu kat rumah dengan Hariez, jangan pergi mana-mana tanpa bagitahu dia, faham?"
Aku angguk tanda faham.
Kini tinggal lah aku berdua bersama Hariez di rumah. Terasa agak sedikit janggal kerana ini pertama kali aku ditinggal sendiri tetapi bersama lelaki lain selain Haykal. Kebiasaannya aku akan ditinggal bersama Haykal sahaja di rumah.
Awkward.
Aku memutuskan untuk memulakan perbualan. Kalau diam je, sampai besok tak akan bercakap...
"U-urm... Saya nak tanya sesuatu boleh?" soal ku sebagai awal perbualan.
"Hm?"
"Sebernanya semalam saya ada mimpi something," kata ku sambil memandang tepat kearah Hariez.
"Mimpi apa?" soalnya.
"Saya mimpi... Dalam mimpi saya ada awak, Harraz, dan makcik Husnah" kataku, tangan tidak berhenti menarik-narik benang baju.
Wajah Hariez kelihatan sedikit terkejut namun cuma berlagak tenang. "Apa yang terjadi dalam mimpi tu?" soalnya dengan riak wajah ingin tahu.
"Um... Saya tak berapa ingat tapi yang saya ingat, masa itu awak bergaduh dengan Harraz sebab Harraz bawa saya jalan-jalan tanpa pengetahuan awak. Lepastu awak dengan Harraz pun bertumbuk tampar. Then makcik Husnah ada cakap something tapi saya tak ingat dia cakap apa yang saya ingat dia cakap saya ni adalah tunang awak, betul ke?" ceritaku. Dapat kulihat Hariez memandang tepat ke arah biji mata ku.
"Lepastu apa jadi?" soalnya lagi.
"Er... Tak ingat..." riak wajahnya sedikit kecewa tetapi tidak terlalu kecewa.
"Hm, mungkin mimpi yang awak mimpi tu sebernanya nyata. Dua tahun yang lalu apa yang awak mimpikan tu memang terjadi" katanya seraya memandang kearah lain. "Dan ya, awak memang tunang saya. Tapi semua ni salah saya" katanya lagi dengan wajahnya sedikit sedih.
"Maksud awak?" tanyaku, apa maksud dia semua ni salah dia?
"Kalau masa boleh diulang saya nak dengar cakap awak, saya tak nak laju kan kereta... Disebabkan saya lah awak hilang ingatan..." katanya dengan nada yang agak sedih.
Maksudnya aku ni memang tunang dia dulu? Ya Allah, apa semua ni? Berikan aku pentujukMu Ya Allah...
"Jadi... Saya betul-betul tunang awak dulu?" soalku, nada suara ku terdengar sedikit menggeletar.
Hariez angguk perlahan. "Yes Aurel, You were my fiance two years ago..." jawabnya dengan nada yang agak perlahan seperti menahan tangisan.
Aku terdiam seribu bahasa, aku tak tahu nak cakap apa. Percaya atau tidak? Aku tak tahu...
"Aurel, don't you want to go back to the way you used to be? We used to be very close... We took care of each other. But maybe we didn't have the means to get married. I know you still don't remember everything. But you don't know how much I miss you... Can we start over?" luahnya. Air matanya perlahan-lahan mengalir. Tangannya lantas menyeka air mata dengar kasar.
Can we start over? Can we?
"I... I don't know... Please give me time, I never knew we were this close before. Aurel, tak boleh... Aurel tak boleh nak ingat... Aurel minta maaf" lirih suaraku. Aku menunduk kebawah, sungguh aku tak sanggup untuk melihat wajahnya.
Aku lemah apabila melihat kaum lelaki menitiskan air mata demi wanita yang amat ia cintai.
"Kenapa awak tak cari perempuan lain? Saya hilang ingatan. Memori saya dengan awak dah hilang, kenapa awak still nak tunggu saya?" gumam ku perlahan. Aku berharap dia tak dengar apa yang aku katakan.
"Because I love you, Aurel Naura. It doesn't matter if you lose your memory or not, I still choose you. I will always wait for you until the beginning open your heart for me. That's my promise" balasnya dengan yang nada serius. Janjinya... Dapatkah dia tunaikan? Atau adakah aku yang akan melukakan janjinya?
Dia dengar apa yang aku gumamkan.
Dapat ku rasakan katanya bukan sekadar di buat-buat.
Adakah aku boleh untuk membuka hati untuknya? Mampukah aku menerima? Bisakah ingatanku kembali pulih?
Takdir hanya Tuhan yang menentukan. Aku hanya lah hamba yang ditentukan oleh Tuhan.
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...