Missing

6.8K 298 22
                                    

"You fikir Dean kahwin dengan you sebab dia cintakan you ke? You silap Aireen, Dean cuma nak harta ayah you aje."

Kata-kata Lydia beberapa hari lepas sangat mengganggu fikiran Aireen. Benarkah Dean berkahwin dengannya semata-mata kerana harta?

Aireen masuk ke ruang peribadi Tan Sri Megat. Dia menggeledah barang peribadi Arwah yang masih tersimpan rapi di bilik itu. Mungkin ada sebarang petunjuk.

Tak berapa lama kemudian, Aireen terpandang ke arah CCTV. Aireen mula membuka video rakaman CCTV di komputer bilik itu. Setiap fail rakaman dia buka untuk mendapatkan sebarang bukti. Sehinggalah akhirnya dia melihat satu rakaman video yang memaparkan sosok Dean yang masuk ke bilik tersebut.

Video itu bertarikh sebulan selepas hari pernikahan mereka. Aireen mendengar butir bicara antara Dean dan arwah Tan Sri Megat melalui rakaman CCTV bersuara itu.

"Tentang janji yang pernah daddy ucap sebelum Dean berkahwin dengan Aireen."

"Oh pasal tu... Jadi, Dean nak daddy tunaikan apa? Dean boleh minta apa saja yang Dean mahu. Itu janji daddy kan." 

"Dean nak daddy serahkan Megat Holding pada Dean. Daddy boleh tunaikan?"

Aireen menerkup mulutnya yang sudah terlopong. Jadi selama ini dia telah diperdaya Dean sejak awal lagi. Dean berkahwin dengannya hanya ingin menuntut janji dari daddynya. Dean hanya inginkan harta semata-mata.

"How dare you!" Aireen menghentak meja. Penumbuk dikepal kerana terlalu geram.

Aireen membuka aplikasi pengesan di telefon bimbitnya untuk mengesan keberadaan Dean. Kini, dia boleh tahu ke mana saja Dean pergi agar dia dapat pastikan Dean tak berlaku curang di belakangnya. Lokasi Dean kini berada di rumah banglo ayah dan ibu mertuanya. Aireen bergegas keluar dari bilik itu untuk ke sana.

.

"You rasa Aireen boleh terima ke kalau dia tahu yang arwah daddy dia bagi company tu pada you bersyarat?"

Aireen terdengar suara ibu mertuanya sedang bercakap dengan Dean di ruang tamu rumah itu. Dia masih berdiri di tepi pintu masuk sambil memasang telinga.

"Bagi dia cucu, baru you boleh dapat company tu. Tapi kita beruntung dapat company tu tanpa sempat you bagi cucu pada dia. Setidaknya tak ada lah darah keturunan kita wujud dalam rahim perempuan gemuk tu."

"Enough ma!" Dean membentak.

"Wah! Dah pandai tinggikan suara dengan mama nampaknya. Mama rasa betul lah. Perempuan tu ada guna ubat pengasih ni."

Prangg!

Aireen tersentak melihat Dean menghempas pasu ke lantai.

"Sekali lagi Dean ingatkan mama, Dean takkan ceraikan..."

"Ceraikan I."

Dean terkejut melihat sosok Aireen yang sedang berdiri di muka pintu. Aireen berjalan menghampirinya dengan wajah kosong.

"Ceraikan I sekarang. I tak nak hidup dengan you lagi,"ucap Aireen dengan nada datar.

Datin Faridah sudah tersenyum. Dean masih tak percaya dengan permintaan Aireen. Tak mungkin dia akan menceraikan isteri kesayangannya.

"Ai... Aireen, you dah salah faham." Dean cuba mencapai tangan Aireen tapi ditepis laju.

"Tak. Sekarang I dah faham kenapa you kahwin dengan I. Semuanya sebab harta kan?"

"Bukan macam tu... You dengar..."

"I dah dengar. I dengar apa yang you minta pada daddy. I tahu apa niat you untuk kahwin dengan I. You tak suka I pun. You suka duit daddy I. You nak company tu. Sekarang you dah dapat. Tahniah! So now, lepaskan I. I dah tak ada apa makna dalam hidup you lagi."

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now