18.Beban (Shahzan's)

35 5 0
                                    

"Ceraikan aku!!!"

"Fine! Tapi saya ingatkan awak satu benda. Awak takkan boleh dekat dengan Shahzan sampai bila bila,"

"Adnin! Bagi anak aku!!!"

Di dalam hidupnya, tidak pernah sehari pun dia melihat kedua ibubapanya akur. Ada je benda yang nak digaduhkan. Setiap kali dia pulang dari sekolah, dia akan disambut dengan permandangan itu. Sampaikan pembantu rumah mereka pun menggeleng kepala.

Kadang kala dia terfikir, kenapa mereka berkahwin jika saling membenci? Ayahnya jarang ada di rumah kerana sibuk dengan perniagaan. Ibunya pula walau sering di rumah tapi terasa seperti tiada kerana dia tidak pernah peduli pun tentang anaknya. Kan dah ada pembantu yang uruskan, so buat apa dia nak susah payah lagi?

Kasih seorang ibu dan sayang seorang bapa tidak pernah dirasai oleh seseorang bernama Shahzan. Dia bahkan tidak pernah merasai air tangan ibunya langsung. Bagi mereka asalkan pelajarannya ada, makan pakainya cukup itu sudah memadai. Jika Shahzan mahu sesuatu, sekepuk duit akan diberikan. Belanjalah sesukamu.

Apabila ibu dan ayahnya mahu bercerai, mereka menghumbannya ke sekolah berasrama ini. Kerana tidak mahu dia melihat betapa buruknya proses penceraian mereka. Dan tiba tiba juga ibunya mula peduli akan dirinya, mahu merebut dia dari penjagaan ayahnya.

Tapi akhirnya, dia tahu juga niat sebenar wanita itu. Dia bukanlah mahu sangat menjaga Shahzan, dia cuma ingin menuntut nafkah yang tinggi dari bekas suaminya jika Shahzan berada di bawah penjagaannya.

"Sorry sayang, papa tak dapat teman. Papa kena pergi mahkamah untuk uruskan proses penceraian dengan mama,"

Pelajar tingkatan 1 itu termangu sendirian bersama beg besar di tangan. Dia memerhati ke sekeliling, semua pelajar baru diiringi keluarga mereka hanya dia yang keseorangan.

Dia tidak tahu mana arah yang harus dituju, jadi dia membuntuti sahaja keluarga di hadapannya sambil mengheret beg. Ketibaan mereka di kantin sekolah disambut dengan senyuman para guru.

"Sila duduk sementara menunggu taklimat dimulakan,"

Dia melilau mencari meja yang sesuai untuk diduduki, dia tidak mahu duduk berhampiran keluarga pelajar lain. Bimbang jika ditanya kemana gerangan ayah dan ibunya.

Seketika matanya hinggap pada seorang pelajar perempuan yang duduk di meja belakang sekali. Gadis itu duduk seorang diri sambil menghayun kaki. Di mulutnya ada sebatang lolipop.

Dia pun sorang sorang jugak?

Tanpa berfikir panjang dia segera menghampiri meja itu lalu mengambil tempat di sebelah gadis tersebut. Dia menggetap bibir, gementar. Apa yang perlu dilakukan? Borang borang cukup atau tidak? Jika ditanya apa yang perlu dijawab?

"Kau takut ke?"

Dia mengalihkan mata pada pelajar disebelah. Tidak berkata apa hanya mengangguk. Gadis itu lantas menyeluk saku.

"Nah," sebatang lolipop Lime Mint dihulur kepadanya. Dia memandang gadis itu ragu ragu. Kenapa dia bagi aku?

"Aku pun takut jugak,"ujar gadis itu tersenyum. Lolipop yang dihulur, disambut Shahzan.

Sewaktu proses pendaftaran, gadis itu tidak pernah meninggalkan sisinya. Mereka bersama sama menguruskan segalanya, daftar sekolah, daftar asrama, ambil baju sukan dan baju batik di koperasi juga lain lain lagi.

Kerana mereka sedar mereka tiada keluarga untuk bergantung hanya satu sama lain.

**********

Kehidupan di asrama ternyata lebih baik dari di rumah. Dalam sekelip mata dia menjadi tumpuan semua pelajar, kerana pengaruh bapanya. Anak Datuk Adnin belajar di SMASyi. Siapa yang tidak kenal Datuk Adnin, ahli perniagaan terkemuka di Melaka.

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now