Sejak kebelakangan ini Dean sering muntah di awal pagi. Tubuhnya terasa lemah tidak bermaya. Dia kembali ke katil untuk berbaring. Mungkin dia tak masuk kerja hari ini.
Dean mencapai telefon bimbit lalu dia menghubungi setiausahanya, Maya.
"Maya, I tak masuk kerja pagi ni ya. Apa-apa appointment pagi ni you tangguhkan dulu."
"Okey. Oh ya...Puan Aireen ada hantar emel pagi ni."
"Emel apa?"
"Surat perletakan jawatan sebagai CEO di Megat Holdings."
Dean terdiam seketika. Selepas ini dia tiada peluang lah lagi untuk bertemu wanita itu.
"Okey... You uruskan apa yang patut. Kalau nanti I rasa badan I dah sihat sikit I masuk office petang ni."
Talian dimatikan. Telefon bimbitnya dilemparkan ke atas katil sebelum dia duduk di birai katil. Kepalanya masih terasa pening. Tekaknya pula terasa mual. Apa yang tak kena dengannya.
.
"Zayyan, belikan I cupcake 10 biji. Lepas tu you belikan I spagetti aglio olio with chicken grill, cheesetart, and pizza. Then I nak ice latte. Itu aje." Aireen menghubungi Zayyan menyuruh lelaki itu membelikannya makanan.
"You bela saka ke sejak dua menjak ni? Banyaknya you oder makanan."
"Ala... I teringin la nak makan. I bagi you duit. Bukan guna duit you pun."
"You tak diet ke? Coach Kiki tak marah?"
"Tak. I dah berhenti kelas fitness dia. Dan I juga dah berhenti kerja."
"What??"
Aireen ketawa mendengar suara Zayyan yang terkejut beruk itu. Rugi pula tak dapat tengok wajah terkejut lelaki itu secara berdepan.
"Aireen...company tu daddy you punya. You nak lepaskan macam tu aje?"
"Company tu sekarang dah jadi milik Dean. I boleh buat apa lagi? Daddy I yang setuju nak bagi company tu pada dia."
Zayyan tahu Aireen sedih dengan kehilangan syarikat ayahnya itu. Ini bermakna selama ini dia tak pernah salah menilai Dean. Dia dapat rasa Dean ada motif tersendiri berkahwin dengan Aireen. Ternyata memang benar Dean berkahwin dengan Aireen demi harta.
.
Aireen pandang alat uji kehamilan di atas sinki bilik air. Jantungnya berdebar menunggu keputusan ujian tersebut. Dia pelik kerana sudah lama dia tak datang bulan dan badannya pula sering terasa letih. Setelah beberapa minit, hasil ujian alat itu mula kelihatan.
Double line!
Aireen menerkup mulut. Dia tak menyangka bahawa dia bakal menjadi seorang ibu.
"Thank you sebab hadir dalam hidup mommy. Walaupun papa tak ada. Mommy akan jaga you, sayang." Aireen mengusap perut sendiri sambil menangis terharu.
Kini dia tidak sendiri lagi. Dia bersyukur kerana berpeluang mendapat rezeki seorang anak. Tapi dia perlu merahsiakan hal ini dari pengetahuan Dean. Urusan penceraian mereka di mahkamah akan selesai tak lama lagi. Jika Dean dapat tahu bahawa dia sedang mengandung, pasti lelaki itu takkan mudah melepaskannya.
.
Tiga bulan kemudian,
Dean tersenyum melihat Aireen yang sedang sibuk memilih pakaian di pusat membeli-belah. Aireen dan shopping memang tak boleh dipisahkan. Dean hanya perhatikan Aireen dari jauh. Sungguh dia terlalu rindukan wanita itu.
Dean menghampiri Aireen dengan lebih dekat. Dean sembunyikan wajahnya dengan memakai topi dan hoodie. Tak ubah seperti seorang stalker. Kerjanya kini adalah stalk janda sendiri.
Dean perasan Aireen memilih pakaian yang agak longgar dan tertutup apabila keluar rumah. Kebiasaannya Aireen memilih pakaian yang agak seksi dan ketat. Mungkin Aireen dah bertaubat.
Tapi kalau dilihat semula tubuh Aireen kelihatan semakin berisi. Mungkin Aireen sudah tidak ambil kisah tentang berat badannya lagi. Menurut Haidar, Aireen sudah berhenti dari kelas training Coach Kiki.
Setelah membuat bayaran di kaunter, Aireen keluar dari butik pakaian tersebut. Dean masih mengekori Aireen dari belakang. Hanya itu sahaja yang dia mampu buat saat ini demi mengubat rasa rindunya pada Aireen.
"You dah dapat barang yang you nak?"
Langkah Dean terhenti apabila melihat Zayyan yang datang memaut bahu Aireen.
"Dah." Aireen menunjukkan beg kertas di tangannya sambil tersenyum manis ke arah Zayyan.
"Kalau macam tu, jom pergi makan dulu. Mesti you lapar kan?"
"Lapar sangat. Jom lah..." Aireen memaut lengan Zayyan. Mereka jalan beriringan sambil mencari restoran di sekitar situ.
Hati Dean mula panas berbahang kerana cemburu melihat Aireen bersama Zayyan.
.
Dean melempar topi di kepalanya ke atas sofa. Dia melabuhkan punggung di sofa lalu menyandarkan tubuh di situ.
Masih terbayang wajah Aireen yang bahagia bersama Zayyan di pusat membeli-belah tadi. Sejak tiga bulan mereka berpisah, dia sudah rasa tak sanggup hidup tanpa Aireen.
"Dia orang ada apa-apa ke? Siap jalan berpegangan tangan lagi." Dean mula runsing dan tak senang duduk.
Datin Faridah menghampiri Dean di ruang tamu.
"You follow dia lagi?"soal Datin Faridah sambil berdiri bercekak pinggang.
Dean masih senyap. Malas mahu bergaduh dengan mamanya. Sejak dia menceraikan Aireen, hubungannya dengan Datin Faridah semakin renggang.
"You kena move on. Perempuan tu happy aje you tinggalkan dia."
"Dean mengantuk, nak naik atas." Dean bangun untuk beredar.
"Tunggu. Mama ada perkara nak cakap sikit."
Dean duduk semula ke sofa dengan muka terpaksa. Datin Faridah tersenyum apabila Dean sudi untuk bercakap dengannya. Dia juga melabuhkan punggung di sofa.
"Malam ni kawan mama akan datang makan malam di rumah kita. Mama nak perkenalkan Dean dengan anak kawan mama ni."
"Sorry, Dean tak berminat. Mama kuburkan aje la hasrat mama tu. Dean takkan ikut cakap mama lagi. Dean tak nak kahwin sampai bila-bila. Biar anak mama ni duda sampai ke tua."
"Dean!"
"Dah lah mama. Dean penat asyik nak ikut cakap mama. Dean tak bahagia. Kalau mama nak tengok anak mama ni bahagia macam dulu, mama jangan paksa Dean. Biar Dean sendiri tentukan hidup Dean."
Dean menapak laju anak tangga menuju ke bilik. Datin Faridah mengurut kepalanya yang terasa pening tiba-tiba. Dean semakin berani melawannya. Jika dulu anak manjanya itu seorang yang mendengar kata. Tapi kini Dean kuat memberontak.
"Ini semua salah perempuan gemuk tu!" Datin Faridah mengetap bibir. Dia menyentuh parut dilehernya.
Ok...dah dpt triple. Esok pulak author update
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024