PROLOG

27 2 0
                                    

Kampung Damai, 1300.

Sebermula maka adalah dua orang anak gadis kecil berlarian di tepi sungai. Si putih cantik berselendang putih di kepala, tidak terlalu kemas lilitannya membuatkan ia hampir tercabut semasa berlari. Yang si hitam manis hanya berbaju putih dan berseluar singkat, baru dicurinya di rumah Wak Thori beberapa minggu yang lepas.

Sesampai mereka di tepian batu-batu besar, mereka duduk sambil berbual kosong. Adapun si hitam manis membuat jenaka, si cantik manis pasti akan tertawa kecil dengan celoteh rakannya yang seorang itu.

"Dahlia, nanti bila kita sudah besar, apa kata kau duduk serumah dengan aku? Mak Piah pasti bersetuju untuk membiarkan kau tinggal dengan aku.", Jentayu berkata lembut sambil tangannya mencampakkan batu-batu kecil kedalam sungai.

Dahlia memandang gadis hitam manis disebelahnya. Dia terdiam sejenak. Ada baiknya juga jika dia tinggal bersama Jentayu, tidaklah dia berasa bosan seperti semasa membesar dengan makcik nya, iaitu Mak Piah.

"Hmm, aku suka idea kau. Tapi, kau mesti tolong aku beritahu tentang ini dengan Pak Wan. Mak Piah aku tidak begitu takut, tapi kalau Pak Wan, kau mesti pergi dengan aku. Bolehkan, Jentayu?", Dahlia memegang lembut lengan Jentayu, perhatian gadis itu terus tertacap kepadanya.

Bibir Jentayu melakarkan senyum manis, jarinya dibawa perlahan-lahan menyisip helaian rambut Dahlia di telinganya, si putih cantik menjadi tak keruan sebentar. "Semestinya boleh. Aku tahu yang kau takut Pak Wan mungkin akan tidak setuju dengan sumbang saran aku ini, tapi tidak mengapa. Aku sendiri akan terangkan pada dia.", terang Jentayu. Dahlia mengangguk perlahan sebelum bersandar dibahu Jentayu, membiarkan dirinya berasa tenang disisi sahabatnya itu.

Oleh yang demikian, bermulalah lentara kisah Jentayu dan Dahlia di Kampung Damai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DON'T WANNA GO BACK Where stories live. Discover now