DING DONG!
Bel loceng rumahku berbunyi tiga kali. Aku mengambil tudung sarung lalu menuju ke pintu rumah. Aku membuka perlahan pintu untuk langkah berjaga-jaga.
"Hai, Aurel" sapa orang yang berada dihadapan rumahku, Hariez.
Aku membuka sedikit luas pintu itu lalu aku membalas sapaannya dengan senyuman. Tak sekarang ni kenapa dia kacak sangat? Dia nak pergi mana petang-petang macam ni?
"Hai. Kenapa awak datang sini? Dengan pakaian awak segak macam ni" balasku seraya memuji pakaiannya.
Hariez ketawa kecil. "Ye ke segak? Kalau awak nak tengok saya lagi segak, awak kena lah kahwin dengan saya. Baru tahu segak ke tidak" usiknya sambil mengenyit sebelah mata kepada ku.
Gatal!
"Okay, okay, saya datang sini nak ajak awak keluar jalan-jalan. It's not often that I get to spend time with an angel like you" sambungnya lagi.
Aku? Aku nak je keluar tapi malas nak bersiap. Hm, tapi... Bukan selalu kan dapat jalan-jalan dengan Hariez. So terima je lah.
"Okay, awak tunggu lah kat ruang tamu sekejap, saya nak bersiap" kataku sambil membawa Hariez masuk ke ruang tamu.
Aku menyuruh Hariez membuat apa sahaja yang dia nak sementara menunggu aku bersiap.
Aku menaiki tangga dan menuju ke kamarku. Tudung dibuka kembali. Aku mengambil tuala dan berjalan masuk ke dalam bilik mandi.
Usai mandi, aku mengenakan blouse berwarna putih yang diberikan oleh Haykal semasa ulang tahunku kali ke 20 tahun.
Setelah itu, aku duduk di meja solek. Aku lebih berminat untuk bermake up ala-ala dan tidak terlalu tebal. Like Korean beauty gituw.
Mari sini aku ajar cara nak make up, haha. Pertama ambil sunscreen lalu oleskan ke muka. Kedua rata kan sehingga tiada tompokan. Kalau tak ratakan nanti bila berpeluh dia akan bertompok.
Ketiga, oleskan sedikit foundation di kedua-dua belah pipi, dahi, hidung, dan dagu. Lalu rata kan, make sure dia rata dan tidak bertompok.
Keempat, ambil pengepit bulu mata dan kepit dalam beberapa saat, setelah itu letak maskara agar kelihatan lentik dan cantik, rawr.
Kelima, aku memakai liptint sebagai blusher di pipi. Akhir sekali, aku membuat ombre ala-ala Korean look supaya terlihat natural.
Selepas itu, aku memakai selendang berwarna putih. Ya, memang tema aku white-white hari ini. Tak tahu lah kenapa...
Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, aku menyemburkan sedikit minyak wangi di pergelangan tangan dan baju. Tanganku terus mencapai beg tangan.
Aku menuruni tangan dengan perlahan, agak sedikit malu. Macam pengantin yang nak jumpa calon suami pula, haha!
Hariez memandang ke arah aku yang berjalan menuju ke arahnya. Dapatku lihat telinganya bertukar merah.
"Cantiknya awak, sayang... Eh? Astagfirullah!" pujinya kepada ku. Aku tersenyum nipis, pipi ku bertambah merah dan aku tahu itu bukan kesan blusher melainkan aku sedang blushing.
"Sorry-sorry, tersasul..." katanya kepadaku seraya mengusap-usap batang lehernya. Eleh shy-shyton pulak dia ni.
"Urm, jom lah gerak" ajak ku seraya tersenyum lembut kepadanya. Bukan apa, orang kata senyum tu sedekah. Maklumlah aku ni tak cukup amalan, sebab tu lah aku senyum
"Jom!" kami berdua berdua berjalan menuju ke Mercedes milik Hariez. Berapa banyak kereta mamat ni ada? Kaya betul!
Hariez memandu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang saja. Kami berdua selesa mendiamkan diri. Hanya radio sahaja yang berbunyi untuk mencegah suasana yang sunyi.
Beberapa minit kemudian kami tiba di sebuah restoran yang agak besar dan luas. Semestinya restoran untuk anak orang kaya.
Aku terpegun seketika, betul ke dia ajak aku makan dekat sini? Biar betul? Tak apa lah, kalau dah rezeki jangan ditolak. Ingat rezeki tidak akan datang kedua kali, haha!
"Awak memang nak tenung restoran ni sampai bila-bila ke?" Hariez mula bersuara membuatkan aku tersedar ke dunia nyata.
"E-eh, tak. Urm... Kita nak makan dekat sini ke?" soalku. Mana lah tahu dia berhenti dekat sini sebab penat memandu je, tapi... Macam tak logik!
"Eh tak, kita beli je pastu makan tepi jalan" sindirnya dengan riak wajah selamba. Ingin saja ku tumbuk mukanya hingga berkecai! Orang tengah serius dia main-main pula!
"Tak ada lah gurau je, jom lah. Jangan risau saya belanja" ajaknya seraya mematikan enjin kereta.
"Awak belanja?" soalku.
"Yes, I treat you. Jangan risau duit saya unlimited tak kan habis punya. Cukup juga lah untuk hantaran dengan mas kahwin kita" usiknya. Dapat ku dengar ketawa maconya.
Jantung ku berdebar-debar~
Pipi ku berubah warna. Alahai masa-masa macam ni lah nak bertukar warna tunggu lah dia keluar dulu. Tengok kan dia dah ketawa lagi!
"Sayang, saya tahu saya handsome but sekarang saya dah lapar sangat dah ni. Kita pesan makanan dulu lepastu awak nak tenung saya tenunglah, saya tak kesah pun. Sampai tembus muka saya pun saya tak kesah kalau awak yang tenung" serentak itu aku terus mengalih pandangan.
Jangan lah tegur! Tengok kan dah blushing lagi...
Kami berdua jalan beriringan masuk ke dalam restoran itu. Restoran itu sangatlah mewah. Kebanyakkanya yang datang makan semuanya bersama pasangan. Entah sudah halal atau tidak aku pun tak tahu.
Di setiap sudut restoran mempunyai lilin dan bau-bau tersendiri. Pelbagai jenis bau ada, kalau pergi sudut kanan bau lain. Kalau pergi sudut kiri bau lain. Memang tenang je rasa.
Kepada semua yang sedang broken tu memang diwajibkan pergi restoran ni, termasuklah saya, hehe.
Kami mengambil memang betul-betul bersebelah dengan pantai, maksudnya sambil makan sambil tengok pemandangan laut malam. Indah sungguh!
Di meja kami ada letaknya pasu bunga dan lilin, tetapi lilin yang ini hanya lilin biasa yang tidak mengeluarkan bau.
Tak lama kemudian pelayan pun tiba, kami memilih
pelbagai jenis menu. Aku hanya pilih menu yang sesuai dengan tekak aku sahaja, selebihnya aku biarkan saja walaupun nama menu itu agak menarik tapi apa aku kesah. Nama menarik tak semestinya sedap kan?Aku memesan spicy chicken Korean sauce, spaghetti dan lemon jus manakala Hariez pula memesan spaghetti sahaja. Sikit betul mamat ni makan. Diet ke?
Aku melahap makan itu dengan sedikit rakus, sikit je tak banyak. Tapi kalau orang tengok memang diaorang fikir aku baru lepas keluar gua. Macam tak pernah makan! Tapi apa aku kesah, yang penting perut aku kenyang.
"Makan perlahan-lahan sayang. Nanti tercekik baru tahu" seraya itu aku terus tersedak. Aku mencapai gelas lemon jus dan terus meminumnya.
Hariez tersenyum nakal. Apa muslihat dia pula lepas ni? Lepas dia buat aku tersedak jangan cakap dia nak buat aku... Eh astagfirullah!! Mengucap Aurel!
Tiba-tiba Hariez mengambil bahagian terakhir ayamku, kulit ayam. Woi! Kesukaan aku tu...
Hariez terus masuk kan kulit ayam itu kedalam mulutnya sambil tersenyum mengejek.
Aku terus memuncungkan bibir tanda merajuk. Eleh, tunggu lah aku tak kan halal kan kulit ayam tu. Hmph!
Hariez mengangkat sebelah keningnya apabila melihat reaksi aku seperti itu.
"Tak nak kawan!" bentak ku perlahan. Halah-halah nak manja-manja pulak. Tampar kang!
Hariez ketawa.
"Okay, then be my wife."
Aku tergamam seketika. Jadi isteri dia? Kenapa pula?
"Kenapa pula?" soalku.
"Tadi kata tak nak kawan, kalau tak nak kawan jadi isteri saya je lah tak payah lah jadi kawan" Hariez terus mengusikku sambil tersengih.
Aku mula geram. Lebih baik aku sambung makan daripada aku layan dia, boleh tambah stress jadinya!
Hariez terus ketawa terbahak-bahak. Ketawa je lah, aku peduli apa? Tunggu je, nanti aku bagitahu mak aku, hmph!
'comel.' bisik hati Hariez.
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...